12 June 2011

Kisah di neraka. Na'uzubillah~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Sumber : Pak Cik Google sayam ;)

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Korang tengok bola Piala FA 2011 tadi? Aku kecewa gak lah. Tapi tak adalah sampai nak bako stadium ke sampah ke apa ke. Tahniah kepada kumpulan Terengganu sebab menang tadi. Nasib je pun. Haha :D

Korang tengok tak Akademi Fantasia penuh dengan gaya gedik gedik dari perempuan mahupun lelaki tadi? Aku tak! Sebab, aku tak ada jiwa nak tengok dorang bergomolan tak ingat batas agama kat atas pentas. Lepas tu wajib ada adegan nangis nangis dan peluk peluk.

Kyahowa~ Geli mak!

Tapi, bukan tu yang aku nak kongsi kan malam ni. Baca tajuk aku rasa korang dah tahu. Aku bakal berkongsi satu pengetahuan yang serius. Kisah dari neraka. Pergh~ Ketaq kepala lutut aku. Cerita ni aku baca di salah satu belog yang aku kunjung semalam. Dah dapat kebenaran pun.

Jom baca, Kisah dari neraka ~ ~

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,
“Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”
Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.
“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”
Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.
“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”
Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.
“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”
Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.
Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?



Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.



Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.



Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.


Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.


Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?
 

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"


Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

Sumber : SINI



Na'uzubillah. Pesanan untuk semua pembaca dan juga peringatan untuk diri sendiri. Sama sama lah kita cuba menjauhi neraka jahanam ni. AMIN ;)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 comments:

najihah sahami said... BALAS

shag..nape xde button like to facebook..:(

nice sharing shag..gerun mambacanya. harap dapat ubah apa-apa yang terkurang...aminn~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Sebab Shag tak reti pasang lah Mish sayam :P Pasangakn boleh tak? :D

puteraduyong said... BALAS

Ya Allah...ampunkan aku ya Allah...
perkongsian yang bagus...

Unknown said... BALAS

enty yg bst.. ;)
sama2 la kita mengingati kwn2 yg len..

td ad tegur sowang mbr ni psl something la, pastu dia ckp, "eh sejak bila kau islamik ni?"

sedih ble dia ckp mcm tu.. huhu

emieysandra said... BALAS

perkongsian yg bagus..

moge kita saling ingat mengingati~

Unknown said... BALAS

astaghfirullah..moga kita dijauhkan dr bau neraka sekalipon..aminnn..moga terpelihara semua perbuatan kita di dunia ini.

senyumSOYA said... BALAS

ya ALLAH ampunilah aku ya allah~ jauhilah aku dari perkara yang dilarang ya ALLAH...

laskar pelangi said... BALAS

nice entry. semoga kita semua dijauhkan daripada perkara yang dilarang olehNya. Amin

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@puteraduyong : Moga di ampunkan semua dosa kita ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@saiazuan : Kan! Salah ke kadang2 kita ingatkan orang dengan Islam? Nanti Shag kongsi cerita sepanjang Shag mula bertudung secara kekal ni. Banyak dugaan dari kawan sendiri =.='

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@emieysandra : InsyaAllah AMIN.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@MrS. F!zA : AMIN! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@senyumSOYA : AMIN~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@laskar pelangi : Kita kena usaha lah nak jauhkan diri sendiri :D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot