Hoyeah~ Dah masuk bulan ke-enam untuk tahun ke 2011 ni. Pantas sungguh masa berlalu.
Pagi pagi buta ni, kala kawan kawan aku sibuk siapkan draf pertama untuk skrip ucapan untuk subjek Speech Communication yang perlu di hantar esok, aku siapkan segmen dari Nelly The Strange. Haha. Tak senonoh betul aku ni. Kerja nak akhir minit betul! Tak reti dan tak pernah nak insaf!
Kenapa aku ber-belog?
Adoihai~ Kenapa susah sangat soalan anda ini Nelly sayam? Tak ada soalan senang lagi ke. Haha :D Apa eh nak hentam dalam entri ni. Hmph. Korang agak agak kenapa Shag Yahaya ber-belog? Eh, ni segmen siapa sebenarnya. haha :D
Kenapa aku ber-belog?
Pertama sekali, aku tak pasti kenapa aku ber-belog. Waktu mula mula aku terjebak dengan belog hampir 3 tahun lalu, aku tak ingat bagaimana dan kenapa! Ini sirius. Aku lupa. Rasanya hanya kerana ingin menceritakan sesuatu yang aku tak mampu luahkan di hadapan kawan kawan.
Aku, Shag Yahaya, seorang yang tak reti nak luahkan sesuatu secara berhadapan. Sama ada dengan keluarga atau pun kawan atau pun yang tercinta! Mungkin sebab aku punya ego teramat tinggi. Lalu, perasaan segan dan malu jengah. Sehinggakan aku berasa selesa lepaskan segalanya kat tempat yang di beri nama belog.
Kenapa aku ber-belog?
Setelah aku buang belog lama yang penuh dengan kebencian, keburukan dan apa lagi yang negatif. Aku mulakan buku baru. Belog baru dengan prinsip baru. Prinsip aku adalah, kongsi hanya berita gembira! Ataupun cerita sesuatu yang mampu beri teladan, nasihat atau apa apa untuk pembaca.
Aku cuba kongsi pengalaman aku. Aku ingin kongsi perkara baru. Contohnya aku kongsi pasal makanan sedap, lagu gempak, filem baru yang siok! Kira kasi jugak info pada pembaca aku kan. Dari belog lama, tiada aku beri. Hanya luahan semata mata.
Kenapa aku ber-belog?
Ini korang pasti dah baca kat merata rata belog. Makin lama aku ber-belog perasaan halus ni datang menjengah aku. Nafsu aku yang susah nak halang. Di mana aku perlukan yang baru sentiasa. Yang lama di simpan, yang baru harus di tambah dan di tambah lagi.
Aku mencari kawan! Bukan untuk suka suka mengumpat pasal orang lain. Tidak. Tapi, untuk aku tambah ilmu dan juga pengalaman. Lagi lagi dalam hal belog. Macam kes baru baru ni. Belog aku ini di hacked oleh seorang yang tidak bertauliah. Terima Kasih kepada Ell si Hati Batu dan Zai si budak sekolah. Haha. Itulah perlunya kawan dalam belog, berkongsi ilmu.
Kenapa aku ber-belog?
Lama kelamaan, aktiviti ni jadi sebahagian daripada nadi aku. Tiada belog, hidup jadi serba tidak kena. Korang ingat aku hilang sebulan lebih hari tu aku senang lenang ke berseronok? Oh tidak~ Aku rindu sama belog. Rindu dengan pembaca aku!
Ber-belog adalah hobi aku yang terbesar. Setiap hari sedaya upaya aku cari idea di luar untuk kemas kini entri terbaru untuk tatapan korang si pembaca setia belog ni. Kalau tak geledah kat luar, aku punggah je bloglist aku, kot kot jumpa cerita hot boleh mengumpat dengan pembaca aku sambil tambah dosa. Muahaha :D
Kenapa aku ber-belog?
Supaya aku boleh sertai segmen sebegini rupa. Harus banyak berfikir sebelum pos. Supaya aku belajar mengenal pembaca. Dalam menyampaikan ilmu, kena tahu juga siapa pembaca kita kan! Ni Jumaat ni aku ada speech. Boleh jugak aku guna tips mengenal pembaca nanti. Haha.
Kenapa aku ber-belog?
Aku suka menaip! Menaip dan menaip. Kalau dalam kehidupan sebenar, aku suka bercakap bercakap dan cakap lagi. Tak percaya boleh tanya Mish sayam dan Zati sayam ni. Macam mana aku kat luar. Dorang dah pernah lepak dengan aku :P
Cukup lah tu kot Nelly sayam. Mahu tidur dah. Esok kelas awal pagi tambah lagi dengan skrip ucapan yang masih belum mula di karang di mana esoknya kena hantar. Sekian terima kasih!
Eh eh. Kata Nelly, kena tembak 3 orang. Jadi dengan ini aku nak tembak mereka yang berada di atas tu iaitu
Nama pelajar : Shag Yahaya
Tajuk Tugasan : Kenapa aku berblog ?
Nama pensyarah : Nelly The Strange
Tarikh tutup : 17 JUN 2011 *ulangtahun kelahiran Nelly*
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
18 comments:
wow!!!bnyk nye sebab nelly berblog. hhahahaaa
Tiada belog, hidup jadi serba tidak kena.(amboi shag mmg dah tahap jatuh cinta pada blog ni)..
thanks2...dpt gak jumpa si zati and lappy..ekeke lme dok mncari..:P
me plak ber blog sbb org..huhu
blog ni kdg2 best..kdg2 xbest..hehe
jom baca entry saya ditipu pendekar berkuda..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/entry-panas-hati-pendekar-berkuda.html
bila berblog , kita ada kawan , kita dapat meluahkan pendapat ...
yang paling best , bila kita mampu support blogger lain juga !
:)
the best lah kan ?
hehehe
wow hehehe...will join XD
@najihah sahami : Mish sayam. Babab jugok nanti kang. Tu semua sebab Shag ber-belog bukan Nelly :P
@bunga : Haha :D Huish. Sayang tau! Haha :D
@Hati Batu : Haha. Aloh. Sonang jo kalo taip kat Google tu haa :P
Btw, sama sama ;)
@eT : Haha. Sebab orang pun okay gak! Janji ada sebab ;)
@qasehraihan : Bagi Shag selalu je best. Haha :D
@nelly : Yes! Itu yang penting. Kenapa lah Shag lupa nak masukkan? haha :D
@cik_zetty : Baik sayam! ;)
uuh.. ni semua alasan jak ni kan? hakikatnya.. berblog sebab nak lepaskan addict menaip.. ye tak? haha..
@Aretikz : Yeah! Kan ada tulis tu~ :D
masukkan!
haha
@nelly : Malas. Haha :D
Post a Comment