28 March 2012

Contest Cerita Seram by Syaf.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya the Mak Cik seekers sedang mencari hantu~ Okay. Sendiri taip, sendiri cuak. Aiyok~ Harap malam ni ia tak mari, aku cito eh pasal ia >.<



Sebenar nya, aku kena tembak satu das dari senjata yang di pegang oleh Agen Wilayah Cik Zetty. Aduh, sakit jiwa aku di buat nya. Kena karang cerita hantu pulop~ Aku ada banyak, tapi aku tak reti nak cerita. Tak apalah. Aku cuba. Malam ni aku cito satu kes jela. Lain kali ada mood aku cito lagi eh ;)


Kisah ni jadi kat aku dengan kawan satu rumah sewa aku. Tahun 2009 kot. Waktu aku study kat Kolej Profesional MARA Beranang. Sebelum tu, ada dah kes aku kena kacau. Tapi tak teruk. Takat lebam lebam. Alaa~ Hat lebam konon ada orang cengkam  lengan kito tu eh. Apa ada hal kan. Keke. Berlagok !


Dah lepas setahun kes atas berlaku, aku ingat dah tak kacau lagi. Tapi, satu malam tu, tengah siok aku tidur, aku tersentak. Terbangun. Aiyok~ Handphone aku berbunyi daa. Kacau aku tengah mimpi sedap. Selalunya, kalau HP aku bunyi time tidur, memang laju je tangan aku tekan buatng hijau. Bising kot.


Dengan suara serak basah ala ala Bandi Amuk, aku cakap - Helloo. Terkejut aku bila suara tu cakap - Moi, datang bilik aku sekarang. Cepat! Aik. Aku blur blur. Mamai kan~ Aku cakap - Eh? Sambil tu tengok skrin HP. Zainab ! Kawan baik aku merangkap budak rumah aku merangkap budak sebelah bilik aku. Aku dah pelik. Takkan terkunci luar rumah kot kan. Aku tanya balik ada apa. Dia suruh mari bilik dia. Sambil cakap, sambil aku jalan p bilik dia.



Waktu p bilik dia, aku ketuk pintu. Tak berjawab. Eh, jawab lah sayam oi. Aku malas nak masuk takut bukan kau yang panggil. Hati aku dah berbisik bukan bukan.


Aku ni dah lah kurang sabar, terus aku bukak pintu. Jantung aku nak gugur dah time pintu bilik di terbukak tu. Dengan berbalut, laptop terpasang surah Yaasin dengan volume yang rendah. Aku tanya kawan aku tu - Kenapa kau ? Dia suruh aku tidur dengan dia. Aku okay jela. Tapi aku mintak dia masa kejap. Aku nak amik bantal busuk aku. Dia jerit suruh aku cepat. Aku angguk sambil berlari ke bilik amik bantal busuk dengan hp.


Masuk je bilik dia, dia suruh aku kunci pintu bilik. Aku tak berasa pelik, aku terus kunci. Lepas tu baling bantal busuk aku kat dia. Aku tanya, awat bukak Yaasin pelan pelan. Dia cakap, dia dengar bunyi kat luar rumah tapi tak ada sesapa lalu. Bilik dia sebelah balkoni. Yang dulunya bilik aku, tapi aku pindah sebab bilik tu besar. Aku benci bilik besar. Menakutkan >.<


Dia cerita lagi. Waktu tu dia tengah tengok movie. Dia memang suka tengok movie tengah malam. Tetiba dia dengar orang berjalan kaki. Dekat sangat dengan tingkap bilik dia tu. Mula mula dia buat bodoh. Tapi, bunyi tu makin kerap dan makin kuat. Aku pun dah cuak dengar cerita dia. Dia sambung, dia tunggu bayang orang lalu. Tapi sampai dekat 20 minit bunyi tu, tak ada satu bayang pun lintas bilik dia. Tu yang dia terus call aku. Suruh teman dia tidur.


Jujur aku cakap, time aku taip ni aku pandang belakang je tak sudah. Aku duduk belakangkan tangga. Cuak nya !


Aku dah cuak tapi aku tak nak tunjuk kat dia. Sebab, kalau aku sama tunjuk takut, dia akan jadi lebih lebih dan lebih takut dari sebelumnya. Jadi, aku kuat kan volume bacaan Yaasin tu. Lepas tu ajak dia tidur. Aku cakap kat dia - Tarik tilam kau jauh dari tingkap. Kita tidur arah kiblat. Lepas alih semua, dia tak boleh tidur. Aku cakap kat dia - Ia lebih suka kalau kau lagi takut. Ingat Allah. Kau hanya takut kan DIA bukan ia. Dah, jom tidur. Jangan risau. Yaasin ni dah set ke replay. So, tak akan stop selagi kau tak stop kan.


Dekat kul 2 pagi jugak lah aku baru lelapkan mata. Tunggu kawan aku tidur. Sambil baring aku dok tengok tingkap. Cuak bhai~ Pertama kali aku rasa nak tunggu azan Subuh tu macam tunggu kucing bertanduk lima! Tapi, Alhamdulillah esok pagi bangun, tak ada apa yang berlaku kat kitorang berdua. Dan, malam berikutnya tak ada sesi ulang tayang.


Alhamdulillah, lah kan. Tapi, kes lebam lebam tu memang sentiasa ada je.


Oh ya, ni bukan entri untuk join kan diri ke kontes tu yok. Aku malas nak join sebab kena tag orang. Aku paling malas bab tagging ni. Tapi, sesapa yang rajin tu boleh lah p kaunter kat SINI yok ;)


4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

2 comments:

nasir hamzah said... BALAS

Huu, seramnya.. meremang baca..

jemput singgah my blog ada banyak cerita seram..

http://blognasirhamzah.blogspot.com

♕ Mr.IX ♂ said... BALAS

leh wat koleksi cerpen seram la pasni.......

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot