07 March 2012

Hutan Lipur Berkelah, Pahang #1



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Comel kan kucing tu ? :D


Shag Yahaya sedang menaip~ Maaf, entri baru lambat menyusul, lalu janji terpaksa di langgar >.<


Seperti yang aku cakap hari tu. Aku akan buat entri pasal ke mana aku pergi dua hari dua malam hari tu. Aku bersama lagi 34 orang lain, pergi hiking ke Hutan Lipur Berkelah, Pahang. Ni basic hiking. Untuk kenalkan pada peserta tentang hiking ke air terjun. Aku join sebab aku nak tengok air terjun tu :D


Peserta terdiri daripada 35 orang - 3 pelajar MIIT, 3 pelajar UiTM dan yang lain tak silap aku pelajar UBiS [UniKL Business School]. Pengangkutan pulak ala ala car pool. Ada 7 kereta sahaja jadi 5 orang satu kereta. Kereta ni pun last minit kira. Kalau tahu tak cukup kereta, aku boleh je pinjam sesapa punya kereta kan. Mampu pulak Viva nak angkut 5 orang kan. Aiyaa~


Sabtu malam tu, ktorang berkumpul di lobi kampus kota UniKL, Kg Baru. Plan sebenar bertolak pada jam 11 malam tapi ada seorang makhluk Allah ni boleh pulak terlajak tidur. Aku memang mengamuk jugak lah. Bangun seawal 10 pagi dan sampai kul 11 malam tu aku tak tidur tidur. Nak kena jalan jauh pulak tu kan. Lepas tu kena tunggu pulak orang lambat kan~


Dalam kul 1230 macam tu lah baru kitorang gerak tanpa si Adam ni.


Lepas reda marah aku kat Adam, ada lagi masalah lain. Waktu nak bertolak baru masing masing sedar, tangki minyak tak penuh lah. Angin tayar tak ada lah. Bekal rokok tak cukup dan macam macam lagi. Macam first time nak p travel naik kereta je.


Reda marah yang tu, sekali lagi aku mengamuk dalam kereta. Sebagai co-pilot memang aku naik angin jelah kan. Informasi tak sampai kat kereta kitorang yang mengatakan pelan dorang akan berhenti di RnR Genting Sempah. Kitorang terlajak sampai ke RnR Bentong. Terbaik lah kan. Jadi, ktorang tidur sat kat RnR Bentong tu sementara nak tunggu konvoi sampai ke tempat ktorang :Pp


Jam 3am ++ kitorang sampai Temerloh. Rehat kan badan sekali lagi. Situ lah aku dan beberapa gadis lain jumpa kucing yang sedap lena atas badan sorang budak. Gambar kat atas entri ni haa. Comel je kucing tu. Manja betul dengan budak tu. Budak tu pulak nyenyak gila tidur. Ktorang bising, dia sedap je layan tidur. HAHA.


Rehat sikit sikit, gerak ke destinasi. Lepas hampir 2 jam memandu, ktorang sampai ke satu masjid. Dekat dengan area hutan lipur tu. Tujuan berhenti situ - solat Subuh + salin baju hiking. Sementara nak tunggu azan, memasing tidur dulu~


Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Sambung esok :D



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

7 comments:

najihah sahami said... BALAS

Hoho.best eh tmpt tu?best eh?best eh?best x?haha.

aien hermionie said... BALAS

aien pernah pegi.. best kan.. cantik air terjun tue..pergi ramai2.. ngan kawan2 aien..erm ada kat entry nie..

http://aienhermionie27.blogspot.com/2011/11/wordless-wednesday-10-by-aien-hermionie.html

misyamissyou said... BALAS

wowow! seronok nye gi hiking berkelah semua..jap2 budak tu mmg tidur situ ke? kesian pulak..

tiefazatie said... BALAS

comel itu kucing!hee

CikUna said... BALAS

Alaaa bobo2... shumil la die..ngeee
Puan Shang g hiking.. beshnye..

CekbOlat-bOlat said... BALAS

ececehh.. best

Woofer Storm said... BALAS

best..asal tak ajak ni..nak juga ikut..

#maseh sayam..tak tahu napa malas sngt nak update skg ni..maaf entry update tnpa mood ni banyak merapu..apapun anda antara kwan terbaik kat dunia maya yang sy ada..thank..

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot