11 March 2012

Setiap kejadian adalah dugaan dari-Nya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Aku tak dapat tidur, maka terhasillah entri tengah malam buta ni :D


Aku terbaca satu entri blogger ni pasal - Berkecil Hati itu Berdosa.


Baca tajuk dia aku dah, eh, mampus lah aku kan. Suka sangat kecik hati dengan orang. Sikit sikit terasa sikit sikit terasa walaupun aku tak tunjuk yang aku terasa. Baca punya baca kot kot tajuk je nak gempak, isi dia boleh tahan munasabah dan di terima logik akal.


Allah akan turunkan dugaan kepada hamba-Nya. Tak kira kecik ke besar. Yang pasti kadang kadang kita tak sedar itu adalah dugaan dari Allah untuk uji sejauh mana iman kita terhadap-Nya.


Contoh dugaan kecik - Kau tak tahan nak terkencing, tapi toilet tak ada berdekatan. Jadi, kau kena lah usaha cari tanda untuk melabur kan. Ye dak ? Tapi, korang selalu mengeluh, termasuk aku. Asal lah waktu ni nak kencing. Macam tak ada time lain. Kan kan ? Kompem lah korang cakap macam tu. Aku pun cakap macam tu bhai~ Ouch.


Contoh dugaan besar, aku tok sah bagi kot. Sebab, rasanya semua orang perasan je dugaan besar ni. Tapi, acap kali jugak mengeluh dahulu. Betul tak ?


Tok sah berdalih. Aku dulu, yg pasai kes 2 tahun 4 bulan sudah rupanya, korang ingat aku terus nak berlutut mohon kepada Allah ke ? Tentu lah tidak ! Malu nya aku nak mengaku ni. Hailaa~ Tapi itu lah hakikatnya. Aku melatah tak ingat dunia. Aku memaki, aku mengugut membunuh diri. Sampai ke situ aku pergi. MasyaAllah~


Lepas seminggu baru aku sedar. Aku yang meminta petunjuk dari Allah. Untuk tunjukkan pada aku siapa kawan siapa lawan. Adakah benar dia kawan aku, adakah dia pula jodoh aku. Temukan aku dengan sahabat sejati. Allah makbulkan ketiga tiga doa aku tu dalam satu waktu yang sama. Aku lupa nak bersyukur, malah aku memaki.


Atas kes tu, aku tahu siapa kawan dan siapa lawan. Atas kes tu jugak, aku tahu dia pulak bukan jodoh aku. Akhirnya, aku rasa tenang. Aku bersyukur.


Kali ini, aku di timpa dengan kes yang hampir serupa. Aku cuba tidak melatah. Lantak lah. Kau sekadar kawan. Boleh pergi dan boleh datang balik. Aku tarak hal. 


Janji, Allah akan sentiasa bersama aku.



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

9 comments:

Arham Md Ali said... BALAS

Makin kita tua, makin susah nak dapat tau siapa kawan kan?

Nurulchumel said... BALAS

betul.
Allah sedang menguji saya.
:'(

chocolate.aholic said... BALAS

ujian sume tuh..saba k..Caiyok!done follow u..follow ara tau!

senyumSOYA said... BALAS

betoi2..selalu mintak petunjuk dy.. even bab2 nak berkawan..

kawan elok
elok la kita
kan? ^^

Cik_Shiqah said... BALAS

sabar je lah.
itulah ujian dlm berkawan.
alam persahabatan tk sumenya indah..

mungkin ada kebaikan yg terselit di mana2 mlalui apa yg brlku kan.. ^^

Fadzmie Mohamad said... BALAS

Banyakkan bersabar ya. Ujian Allah untuk hamba-hamba kesayanganNya. ;)

Sam Banjamin said... BALAS

tuhan tu sentiasa menguji dan sentiasa memberi petunjuk... hadapi dengan berlapang dada dan senyum selalu.... resah..? doa banyak2...

#########

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/entry-ringkas-tegur.html

Founder of Gerila Penulisan Kreatif datang singgah MENEGUR kamu... sudi-sudilah ke tempat kita ya... berbesarlah hati kita dengan kunjungan orang di sana... komen la di ruangan komen yang ada tu... tinggal la jejak di chat box kat bawah tu... kalau sudi...

p/s: Klik la pada button 'like' pada Fan Page Blog TheTimelines... Agar saya lebih mempunyai kekuatan, dari sokongan-sokongan orang-orang macam kamu..

misyamissyou said... BALAS

mak aihh kalau cm tu berbakul bakul la dosa sbb kecik hati je... :( br jap td kecik hti ngan orang kot..

Azhafizah[フィザ] said... BALAS

setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..tempuhi dugaan dengan sabar walau tak cukup kuat hadapi tapi cuba untuk kuatkan diri dan semangat..insyaAllah segalanya akan jadi mudah.

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot