16 June 2011

Movie Review : 3 2 1 Cinta.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Selepas filem Green Lantern, aku gerak tengok filem kedua iaitu 3 2 1 Cinta. Jadi, sekarang masa untuk review filem 3 2 1 Cinta ini.

Tapi harus di ingati. Segala komen dan pandangan aku adalah berdasarkan penilaian peribadi aku terhadap kualiti filem itu sendiri. Aku bukan pengarah atau sesiapa di dalam industri perfileman. Aku hanya manusia biasa yang suka menonton wayang dan lalu di kongsi bersama komen filem tersebut.


Komen Shag Yahaya mengenai filem 3 2 1 Cinta :

Satu.
Cara dia buat suara jadi suara latar tak menjadi. Maksud aku di sini, kononnya orang tu ada kat belakang kamera, then suara kena lah jadi latar kan. Tapi, tak menjadi. Suara tu kedengaran amat jauh dari yang sepatutnya.

Dua.
Kelakar gila bila Farid Kamil aka Nazril buat mata bodoh dia tu. Alaa~ Gaya dia bila tengok awek tak cantik. Mata juling lepas tu mata kanan dia ke kanan yang kiri kekal pandang ke tengah. Paham tak? Argh~ Korang tengok lah nanti. Haha :D

Tiga.
Seperti kebanyakan filem atau drama, bila musik latar ada memang seratus peratus di ambil alih oleh musik latar. Lalu, dialog tidak kedengaran. Tujuan aku tengok filem ni sebab nak dengar dialog bukan nak dengar lagu.

Empat.
Diana Amir yang melakonkan watak Sam atau Aisyah kelihatan berlebih lebihan dan tak ori. Kot ye pun suka kat orang tu, tok sah lah gedik melampau. Padahal perangai ganas sebenarnya. Lawak betul aku tengok.

Lima.

Okay, ni aku cakap jujur. Aku tak suka Pierre Andre jadi aku benci gila cara percakapan dia sebagai Ayam dalam filem ni. Nampak macam dia ketap gigi bila bercakap. Dah lah pelat S kan. Lepas tu mulut macam susah nak bukak. Jadi, aku kena dengar betul betul apa dia nak cakapkan.

Enam.
Waktu Sam ajar subjek Matematik kat 'adik adik' si Nazril, formula dia guna tu dah betul. Memang tak di sangkal lagi. Tapi, masalahnya adalah formula tu bukan ke Matematik untuk sekolah menengah ke? Padahal bebudak yang dia ajar tu aku rasa budak sekolah rendah je? Hmph~


Sinopsis : SINI.
Ramalan hati untuk filem ini : 
Hati untuk filem ini : 


Seperti yang aku tulis dalam entri review filem Green Lantern, aku tengok sengsorang je tadi sebab patah hati dengan seseorang. Dan, mungkin akan terus menonton wayang secara solo selepas ini. Tapi, sesiapa nak sertai aku boleh jugak. Kontek aku kat FB <-- Kelik lah.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

6 comments:

Unknown said... BALAS

hurm.. xminat ctr mcm ni.. tmbahn ad farid kamil.. bosan trs jd ctr tu.. huhu

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@saiazuan : Shag pun tak minat. Dah lah tengok sorang. Mengantuk sakan! =.='

Solihahazahar said... BALAS

nmpk mcm best. nanti nk tengok lahh ^^

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Solihahazahar : No komen. Sebab Shag tak suka cerita Melayu :P

::thexieza:: said... BALAS

owh,baru tahu..
hehe..

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@::fadxieza:: : Apa yang baru tahu?

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot