10 June 2011

Movie Review : Super 8.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!

Selesai sesi me-review filem arahan Syamsul Yusof, iaitu KL Gangster tadi, kali ni aku nak review filem luar pulak. Super 8.





Komen Shag Yahaya : Super 8.

Satu.
Kenapa wayang yang biasa tak ada kat Berjaya Times Square. Pekerja dia cakap yang ada hanya 2D punya di mana aku kena bayar RM15. Nasib baik seat agak siok. Dan gambar cantek! Rasa macam tak nak keluar dari dewan tu. Okay, melampau! Kira macam berbaloi baloi kejap! Kejap jela~

Dua.
Perjalanan cerita atau plot agak membosankan. Ternyata orang nak tengok filem ni sebab nak tengok si makhluk asing tu. Bukannya nak tengok bebudak ni buat lawak yang sememangnya lawak. 

Tiga.
Cara kereta api tu meletup sangat COOLIO. Terkejut mak datuk aku semua! Sampaikan habis pop-corn kawan aku tu aku habiskan. Itu tandanya aku berdebar debar dan semangat nak tahu cerita selanjutnya!

Empat.
Tapi, yang tak logiknya, macam mana kereta api boleh tergelincir teruk dan meletup bagai nak rak lalu rasa macam melampau hanya dengan merempuh satu trak pikap sahaja? Hmph~ Bertambah tak logik bila trak pikap tu macam elok je. Tak adalah teruk macam ada rupa kena hentam kereta api. Macam kena hentam dengan kereta polis je lagaknya =.='

Lima.
Makhluk asing tu muka nya kelakar. Waktu muka dia dah jelas nampak, terbahak bahak aku gelak dalam dewan tu sesorang. Macam muka orang lepas beberapa tahun buat pembedahan pelastik. Keke :P

Enam.
Kenapa tidak di beritahu kemana arah tuju kereta api yang kemalangan tu dan kenapa nak pindahkan makhluk asing tu. Tak puas hati aku. Penat pikir! Bayar mahal tu nak tahu~

Tujuh.
Askar askar US ni buta ke tuli? Tak kan tak nampak bebudak dok berlari ke sana ke mari. Dok menembak sakan pakai kereta kebal dorang tu. Kalau tak nampak bebudak tu lari boleh tahan lagi. Ni bila bebudak tu bawak kereta dorang tak nampak, aku naik hairan gak! Membuta je tembak. Sia* puih~

Lapan.
Penutup filem tak sedap jugak! Terlampau kacang penutupannya. Bosan!

Sinopsis : Entri ini.
Jangkaan Bilangan Hati yang bakal Jatuh : 
Bilangan Hati yang telah Jatuh : 




Satu je filem yang aku tak sempat nak tengok tadi. Dylan Dog. Uwaaa~ Siapa nak teman aku tengok Isnin depan? Hero dia kacak lah weh. Rugi tak tengok :P




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

6 comments:

najihah sahami said... BALAS

huwaa..cayala shag. bermovie2 pi tgk td. jeles2.....

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Hehe. Ada geng jalan je. Sebenarnya tadi ingat nak tgk satu sebab macam tak ada geng. Last minute dorang nak tengok Super 8 ni, Shag on lah! :P

Unknown said... BALAS

super 8 antara filem yg aq tgu2.. so xnk miss ctr ni

taoslayerz said... BALAS

nk exchange banner jom...

g kat sini http://taotauajer.blogspot.com/p/banner.html


tao da letak banner awk kt blog saya..

follow skali yer...huk3

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@saiazuan : Tengoklah :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@taoslayerz : Okeh! :)

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot