Assalamualaikum, sayam ku semua!
Panjang tajuk entri kau ~ ~
Petang petang yang agak berbahang ni bertambah bahangnya bila terbaca satu komen baru di satu entri aku. Dia yang tidak ingin di kenali namanya di belog aku ni meninggalkan jejak dengan menggunakan pengenalan diri 'Anonymous'.
Takut menjadi orang pemes kot?
Pape pun, identiti dia aku tak kisah sangat. Yag aku kisah komen dia. Nah baca. Penat aku fotostat skrin komputer riba aku tadi. Tonggeng sana sini sampaikan Abah marah. Rosak komputer riba aku lakukan begitu kata Abah.
Okeh. Jangan belok belok. Jadi, sila baca bawah ni ~ ~
Kelik untuk tumbesaran tumor mata ! |
Tak nampak sebab kena sesetengah perkataan kena himpap? Meh aku tulis untuk korang. Baikkan Shag Yahaya ni? Muahaha. Puji diri sendiri sekali sekala. Awet muda!
review yang macam apa ntah. tak payah la kalau tak mantap penerangan. hang hanya menggunakan pendapat anda. poddah delete blog la woi. - Anonymous pada 10 Jun jam 4.09 petang.
Pada anda yang segan nak kenalkan nama, kalau nak komen orang sila cermin diri dulu. Sebelum cermin diri, pastikan cermin tu cukup besar untuk anda supaya semua anggota nampak di mata anda. Cermin harus juga bersih agar nampak lebih jelas kekurangan anda.
Anda katakan saya tak mantap dari segi penerangan. Ada saya cakap saya ni pakar dalam bab perfileman kah? Ada ke? Kata komen dari Shag Yahaya. Dah sah sah itu pendapat peribadi saya terhadap filem yang saya tonton. Kalau rabun pergi buat cermin mata berkanta.
Ehem. Anda yang tidak mahu di kenali ramai ni, harap selepas ini kenalkan lah diri anda sebab saya teringin nak baca belog anda. Kalau ada. Sebab saya yakin, anda punya penulisan pun tiada larinya dari saya. Punya kelemahan tersendiri. Bukan? Lihat komen anda di ENTRI INI sudah lah. Cari lah sendiri kesalahan tatabahasa dan penggunaan ayat anda.
Akhir sekali, terima kasih kerana tegur komen saya pasal filem KL Gangster tu. Saya akan pertingkatkan mutu penerangan mengenai filem selepas ini. InsyaAllah AMIN!
Lupa satu perkara. Maaf atas kata kata aku dalam komen yang membalas komen anda. Itu salah satu ayat dalam filem KL Gangster yang aku pinjam.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
22 comments:
BAHAHAHA !! terbaikk lah sayang :)
pehh ayat die panas gileeeee
@Inang Majmin : Hat mana terbaik sayam? Keke :P
@Solihahazahar : Berpeluh peluh Shag nak control macho bila type entri neh :P
Biase laa orang selalu x puas hati dengan ape yang kite buat.. =)
@fath aqilah : Sudah semestinya! haha :D Jadi Shag tak pandang sangat pun. Kiki :P
hantam lagi! wakakak :P
mane shoutbox kak?
anggap jelah dia bergurau.. kalau betul nak review sruh dia duduk je dalam dunia perfileman..
phewww..asam garam kehidupan yunk..sabar ea..
uuh.. cool shag.. biasalah tu.. hehe.. ^_^
haha nmpaknya shag semakin femes...ekeke
lorh..pehal cik anon tu, dh nme komen & pndapat..depends ats penulis la, die kne hormati, klu xsuke pun..sabar la shag^^
@Syat0za Zai : Nak kena rotan Adik Zai sayam ni. SB kan dah lama kena buang. Malas den nak pakai nya haa~ Somak mato memandang nya eh.
:D
@aizamia3 : Haha. Shag anggap tu satu teguran berguna jugak. Lepas ni kena tulis, 'Ini adalah pendapat peribadi'. Keke :P
@najihah sahami : kan! Best jugak kena kacau dengan makhluk tanpa pengenalan diri ni :P
@Aretikz : Shag tak marah lah sayam. Hehe ;)
@Hati Batu : Yay! Tapi bukan tu yang Shag nak. Pemes bosan~~ :D
@emieysandra : Haha :D Agaknya dia tak puas hati Shag banyak kutuk cerita tu kot? Entah entah dia Syamsul Yusof. Mak aih~ Pengsan!
hurm xpatut btl dia komen mcm tu.. xpe la harap tu satu teguran membina
hahha!review tu mmg menggunakan pendapat pun.. takkan la nk review detail2..dh nama personal blog kan..
@saiazuan : Tak apa. Dia dah menambah satu komen kat entri tu :P
Yes. Sangat membina. Kiki ;)
@♕ Mr.IX ♂ : Lepas ni Shag akan detail dari saat pertama filem mula sampai saat terakhir. Serupa jadi novel dah! Yang tu kot dia nak :P
Post a Comment