23 June 2011

Musim kontes LIKE di Facebook.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Cilok dari album Pak Cik Google sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Haa~ Malam ni aku bebel sikit pasal satu virus yang mula menular dalam diri sesetengah bloggers. Terutamanya penganjur kontes atau giveaways. Virus kontes LIKE di Facebook.

Ni aku terpikir nak buat entri ni lepas baca satu entri sayam aku INI *kelik lah*. Aku setuju dengan isi isi nya. Jadi, aku nak korang setuju jugak dengan benda ni! Alaa~ tak perlu LIKE kat FB pun benda ni. Haha :D



Keburukan virus Kontes LIKE di FB.

Sebelum tu, aku kasi situasi dulu. Biar korang paham sikit cerita entri ni. Kang tak pepasal aku kena explain lain pulak. Jadi, situasi nya adalah begini :

Moy adalah penganjur kontes Gambar Tercomel Blogger. Manakala Shag adalah salah seorang peserta. Shag perlu buat satu entri dengan menempek satu gambar tercomel beliau. Dan kemudian, dia perlu LIKE fan page belog milik Moy. Bila tiba satu masa, Shag perlu cari pengundi untuk LIKE gambar comel beliau di fan page belog Moy tadi. Tapi, bila tempoh undian tamat dan keputusan di keluarkan, Shag kalah di tangan Sepet! Sebab, Sepet lebih ramai pengundi. Padahal gambar si Sepet tu bapak buruk. Buang dalam tong sampah, meletup nanti tong sampah tu! Tapi, gambar Shag yang lawa cun melecun tak memang.

Keburukan virus kontes LIKE di FB :

  1. Hanya menguntungkan si penganjur. Sebab orang yang nak undi gambar kena LIKE fan page dorang dulu. Jadi, dorang punya fan page bersepah dengan peminat yang konon fanatik dengan mereka.
  2. SPAM dan penipuan boleh berlaku. Macam situasi di atas. Gambar yang tidak menepati ciri ciri gambar yang di cari, menang!
  3. Bila benda di atas berlaku, sah sah ke-tidak-adil-an berlaku! Kan kan?

Antara sebab si Shag ni kalah adalah kerana :
  1. Kawan Shag di belog dan FB tak ramai untuk undi Shag. Manakala kawan si Sepet terlalu ramai! Pergh~
  2. Maybe Sepet ada jual LIKE beliau kepada pengguna FB. Maksud di sini adalah, dia buat satu 'event' kat FB lepas tu suruh orang LIKE dia punya gambar. Dan sebagai balasan Sepet akan LIKE dorang punya pulak!
  3. Tak pun Sepet ni tipu! Dengan buat akaun baru semata mata nak undi gambar dia yang buruk tu! Senang je pun nak buat akaun baru kan?
  4. Shag bodoh tak buat macam si Sepet buat iaitu menipu!

Contoh event yang di buat hanya untuk menagih simpati LIKE dari FB-ians.
Kelik untuk tumbesaran tumor otak! haha :D

Tu aku yang buat edit pakai Photoscape dan Paint.net. Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.



Jadi, pada mereka yang nak sertai kontes seperti ini, di sarankan anda bertanding dengan bersih! Dan pada penganjur kontes sebegini, mampukah anda pastikan tiada penipuan atau SPAM sepanjang tempoh pengundian? Pikir pikirkanlah dan selamat mengundi! :D





Sumber utama : ELL SAYAM
Sumber kedua : AFFAN RUSLAN



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

26 comments:

Unknown said... BALAS

memang byk dan kena jujur!

syazwani ab said... BALAS

malas betul kalau bab like like ni , huhuhu

Syazana Zainn said... BALAS

schaze pon tak suke join =,="

deqlis said... BALAS

jgn sedey2x...jom menang contest sis..leh dpt tiket wayang percuma...
http://ellismelia.blogspot.com

Syat0za Zai said... BALAS

guwa sokong! hahaha :D
































mencik event2 =="

Aretikz said... BALAS

xlayan benda minta like pic, trutama yg tayang aurat!

pergh ~ emo ho? haha..

Bella said... BALAS

Bella pon da takde nak likelike ni .. shag .. fb Bella name Nabila Azizul :)

emieysandra said... BALAS

event like2 ni mmg emiey xgemar.

mr.oren said... BALAS

giler LIKE rupanya...wahaha

oren like ur post..ada macam fb x..

kah..kah

Anis said... BALAS

seribu kali setuju! klu kt fb ade butang unlike, mmg nak tekan byk kali kt org2 yg join n buat contest mcm ni. haha

enyheartsdiamond said... BALAS

betul lah.. gambar eny cantik2 selalu kalah.. selalunya org yg famos amos ja menang :|

enyheartsdiamond said... BALAS

mood: mengada-ngada mcm shag :p

Hati Batu said... BALAS

Nama patik pun ada..terima kasih atas link tersebut..haha :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ShakRoil : Kan! Tapi susah nak tilik mana satu yg jujur :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Wani: Kan! Shag pun tak suka :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@schaze zainn : Shag lagi lah tak suka~ :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@deqlis : Erk. Sedey? Siapa sedey?

Thanks invite tapi Shag tak join sangat dah kontes ni ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Syat0za Zai : Mak aih~ Panjang nye enter! haha :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Aretikz : Amek kau seketul! Hat tayang aurat tu yg selalu menang :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Bella : Yeay~ kita geng! Okeh, dah roger tadi :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@emieysandra : Ramai yang tak gemar tapi ramai jugak yang gemar :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Mr.Oren : Kahkah. Shag nak letak button like FB lah nanti kat sini :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ninie: Kan! Sama lah~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@enyheartsdiamond : Tu yang tak adil =.='

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@enyheartsdiamond : hahaha :D Apa pulak~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Hati Batu : Tolong lah. Tu nama si AlienElliz :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot