Shag Yahaya sedang menaip~
Dari Rabu sampai lah semalam, aku ikut program Jelajah Aman Kampus Peringkat Timur. Dah kata timur haruslah aku p Ganu dengan Klate ye dop. Aku p pun sebab nak jalan jalan sambil beli barang. Tapi, impian tinggal impian. Ceit. Aku malas nak cerita panjang. Kang macam kes cerita Air Terjun Berkelah yang tak sudah sudah lagi ceritanya. HAHA. Meh aku komen sikit lah pasal Jelajah Aman Kampus ke Timur ni.
Lokasi pilihan Jelajah Aman Kampus peringkat timur - Terengganu Advanced Technical Institute University College (TATIUC), Kemaman ; Kolej Teknologi Bestari (KTB), Setiu ; Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa.
Satu - Tempat tinggal yang di sediakan.
Di ketiga tiga tempat, ada lebih dan kurang nya. Di TATIUC, bilik agak berkuap sebab tak ada ruang untuk angin masuk ke dalam bilik melainkan kena bukak pintu bilik yang orang ramai boleh lihat secara langsung apa ada dalam bilik tu. Pergh~ Di Setiu, ktorang bermalam kat Homestay Nelayan Rhu 10. Tilam amat nipis sampai aku sakit badan esok paginya. Huhu. Tapi, toilet agak bersih. Malam ketiga dan keempat, ktorang bermalam kat hostel UMK. Bagusnya - katil single bukan double deck. Tak bagusnya, bilik aku je yang black out kul 2 pagi dan mengundang nyamuk yang banyak. Nasib baik kawan aku tu technician, nyala balik kipas bilik tu. Lol lol.
Dua - Pengisian Aktiviti.
Bagi aku, program ni ada selit selitkan isu politik. Banyak ke sikit, aku tak nak komen. Boleh ? Aku ni bukan jahil politik, tapi aku tak suka campurkan hal politik dalam hidup seharian aku. Ceramah mesti ada isu politik di bangkitkan. Aktiviti gotong royong dengan penduduk pun rasanya ada selit jugak isu politik. Nasib baik time makan tak ada lah politik sangat, Kalau tak, aku sanggup balik naik train. Abah boleh sponsor. HAHA.
Tiga - Pembahagian Masa.
Paling terabur. Tak pernah tepati. Baik urusetia, baik peserta. Aku pun ada jugak tak tepati masa. Tu pun bukan salah aku. Baru sekali je pun lajak tidur. Itu pun pagi pertama aku kat sana. Time lain, aku memang bangun awal, siap awal. Lagi satu kat Wakaf Che Yeh. Bhai~ Tak ada masa nak shopping kot. Aku sempat sebat selipa je sebab nak pakai p mandi >.<"
Empat - Makanan.
Hari pertama agak bosan. Waktu bertolak ke Timur, ktorang di bekalkan bihun goreng. Tengah hari makan sendiri tapi duit di bekalkan oleh Aman Kampus. Petang, makan nasi goreng dan malam bihun goreng. Tak ada variasi. Hari kedua dan seterusnya baru ada kelainan sikit. Tapi, sayangnya perut aku dah mula sebu. Tak lalu nak makan sangat. Rindu skandal jauh kot. Lol lol.
Lima - Pakaian.
Ktorang di berikan 5 helai baju percuma daripada Aman Kampus. Baju We <3 PM. Aku segan nak pakai. Nasib baik tudung aku mampu tutup ayat tu. Sebab, skandal-lima-hari aku tu kena tiao kat Klate waktu ktorang buat survey - Kenapa kat baju tulis We <3 PM. Kenapa mesti PM ? Mak aih. Lepas tu dia amik button badge yang ktorang kena bagi kat responden, dia pinkan kat perkataan PM kat baju skandal-lima-hari aku tu. Lol lol.
Enam - Urusetia Aman Kampus.
Sporting habis lah. Memang best ikut dorang. Masuk air masing masing. Ada geng melatah, ada geng Boboiboi. Banyak lah. Dan dorang amat amik berat kat peserta. Tapi, hari terakhir kat UMK aku kena migraine. Aku dapat stok ubat lambat dari exco perubatan. Di maafkan lah ye.
Itu jela aku komen. Enam dah kira banyak lettew. Tak larat nak type dah pun haa. Minggu ni Jelajah Aman Kampus ke Pahang. Nak ikut, p roger dorang kat FB - Aman Kampus. Aku tak join, sebab dah 2 minggu aku tak jumpa lecturer handsome aku. Gatal ! Haha. Lagi 3 minggu nak semester exam. Wah!
4 Entri Sebelum :
Hadiah untuk diri sendiri. Lol lol.
Kenapa awak membaca ?
Peringatan buat wanita bertudung !
Aku tenang dalam kepenatan. Eceh !
Kenapa awak membaca ?
Peringatan buat wanita bertudung !
Aku tenang dalam kepenatan. Eceh !
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
7 comments:
aigoo.. i <3 PM tu yg tak tahan tu.. asal mcm bnyak yg tak best je pasal Jelajah Aman Kampus nih.. huhu. tak aman rasa bila kait2 dgn politik. haha..
Knp activiti academic mesti nak libat kan politik.. Mcm lawak jer? pelik r..
amannyee xD
Kesimpulannya best ke tak ni?
Kalau masuk bab2 politik mmg tensi la kan :)
p/s : Cheese tu akak beli sepeket RM12, Shag beli kat mana?
bestnyeee dye pergi jenjalan... patut cara cakap (tulisan dlm blog) dah gaya orang ganu & kelate, rupanye baru balik dari saner kuikui, ye dop? XD
p/s: zaty tau dop dop je, lain tatau ngeeee
haha!
aman kampus eh?
huh apa ni?
dah lama tinggalkan aktiviti kampus ni..so fun kan ade aktiviti camni.
Post a Comment