20 April 2012

Kempen menderma dara.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Jerry Bruckheimer waktu kanak kanak
Lol lol :D

Shag Yahaya sedang menaip~


Hari ni, aku nak kongsi pengalaman aku derma dara. Haip. Derma darah maksud aku. Terlupa nak tekan 'H' terus tekan titik. Excited nak bercerita namanya. Okay. Jom mula cerita~


12 Julai 2009. Tak ingat hari apa, malas nak ingat malas nak cari. Tak penting. Yang penting, tu kali pertama aku derma darah. Fuh. Ejaan betul kali ni. Kiki. Sebetulnya, aku takut jarum. Dari zaman sekolah, kerja aku lari dari kena inject. BCG, Rubella. Mana ada aku amik. Semua suruh Doktor Ahmad buat surat kata dia akan inject aku.  Oh, Doktor Ahmad tu dah macam doktor keluarga aku. Keke.


Eh, ni bukan cerita pasal Doktor Ahmad~


Sebetulnya, hari tu aku dengan budak-rumah-sewa p terjah TESCO Semenyih. Nak beli barang dapur. Sampai je sana, ada kempen derma darah. Kawan aku sorang tu memang suka menderma. Jadi, aku pun nak join. Saja nak lawan ketakutan aku kat jarum. Keke.


Dah cek semua, kawan aku cakap sama aku - 'Eh, kau bukan ke tengah peod, Moy ?'. Aku geleng - 'Dah habis. Sikit sikit. Tak boleh derma ke ?'. Tak dapat respon kawan aku tu, aku pun tanya jela officer darah tu. Dia cakap boleh je tapi kalau pengsan sendiri mau tanggung. Hoho. Gila sempoi lah akak tu. Jadi aku pun derma lah 450ml darah A aku. Tapi, bila balik memang aku tidur tak sedar diri sampai malam >.<"


Sakit ke tak ? Hmph~ Time bius je aku rasa pedih. Meleleh jugak lah air mata. Sebab gerun tengok jarum masuk dalam tangan, lepas tu pedih bius tu lepas tu ganti dengan jarum besar gabak. Gerun siot sampai meleleh air mata. HAHA.


Setakat 2009 sampai 2011, baru dua kali je derma. Harap tahun ni dapat derma lagi :D


Alamak. Baru perasan, tajuk entri salah eja DARAh. Aiyok~ Malaih ah den nak tukar ejaan DARA kepada DARAH. Kbai~


4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 comments:

roziahojijie said... BALAS

HAHA . Spelling kena betul . Nanti salah faham pula :D

tiefazatie said... BALAS

kucing itu comel!

Azee Hana said... BALAS

saya pon takut bab2 jarum ni..seram..hohoho

AM said... BALAS

Amboi, tajuk entri menimbulkan kontroversi! Haha. Arol tak pernah derma darah, tapi next week ade program derma darah kat sekolah. Macam nak cuba. :)

Azhafizah MN said... BALAS

alah..aritu baru buat entry pasal nak derma darah tu..teringin nak derma..shag cakap camni rasa takut balik plak..-_-'.. saje je shag ni kan...ape pun tahniah dah berjaya menderma darah.

aimanayie said... BALAS

hilang H tajuk jadi ke lain terus
-.-''

owh ya, tak pernah2 pon derma darah, jarum diorang pkai besar sangat. gerun gerun :p

misyamissyou said... BALAS

untung le dpt derma..kite ni dr dulu sejak umur dibolehkan menderma lg nak derma, xpenah dpt sbb semua org xbagi..bile tnye sbb, diorg diam je..so semangat nk menderma tu cm nk terpadam je

Woofer Storm said... BALAS

nak main Seo la tu,malas konon..ahaa

Unknown said... BALAS

Same la br due kali

nk jugak derma

darah sndiri pon byk sgt da kua sblom ni

Unknown said... BALAS

comellnya kucing !!

im follow ur blog
anda di tag
http://sayacikamal.blogspot.com/2012/04/segmen-blogwalking-follow-by-hajar_20.html

Mek Onie said... BALAS

eeee,takut derma....g pon tak pernah derma dan tak akan boleh derma atas sebab2 tertentu ,hihi...

CikUna said... BALAS

hoho.. u darah A ke sayam ?? ekeke..

Anyway Congratz coz berjaya melawan ketakutan tu.. hehe

Una pun dah lame tak menderma.. last derma tahun lepas tu pon time last2 Tuuttttttt... Ampun kerana berdegil.. =P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot