30 April 2012

Bersih 3.0 - Long Update :D



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Abam-bertopeng-dan-berkamera kacak ! Puih~


Shag Yahaya sedang menaip pasal Bersih 3.0 Long Version punya~ Nak short version boleh ke SINI.


Wuargh~ Semua janji aku langgar. Maaf ye kawan. Satu, janji aku nak update entri pasal Bersih 3.0 hari Sabtu hari tu. Dua, janji aku kat sorang kawan pasal belog. Maaf sebab kedua nya aku tak tepati. Balik dari majlis Zainab Zawawi dan Zahir Rosli semalam, aku memang tak larat langsung. Pukul 9 lebih aku dah pengsan atas katil. HAHA.


Hari ni meh aku langsaikan satu janji. Bersih 3.0 yang di jalankan hari Sabtu hari tu. Sabtu tu, dengan tak sengaja nya aku ter-join Bersih 3.0 atau Hijau 428. Plan asal, aku nak p Pasar Malam kat Jalan TAR. Tak tau pulak aku kena redah Bersih 3.0 dari Jalan Sultan Ismail sampailah ke Masjid Jamek.


Depan mata aku, aku tengok polis jatuh motor lepas tu kena pukul lepas tu baju dan helmet kena cilok. Lawak dow. Dengan mata sendiri jugak aku tengok kereta polis di gulingkan. Pergh~ Malangnya tak ada gambar detik ni. Tergamam. Kamera kat tangan lupa nak di gunakan. Keke.


Pengalaman paling best aku : Rasa pedihnya asap pemedih mata ! Slurp lah kan. Tengah siok aku dok belek tudung kat Pasar Malam tu, tetiba aku rasa sesak nafas. Aku minum air sikit. Kejap lagi, mata dah start berair. Ahh, sudah. Aku ingatkan apa. Rupanya asap pemedih mata baru di tembak oleh polis kat simpang ke Semua House. Haram jadah betul !


Kat Masjid Jamek lagi best keadaan. Ingat nak jalan kaki sampai Pasar Seni, tapi kaki dah tak tahan. Naik tren, turun sana. Lagi cantik pemandangan ! Pasar Seni sama dengan Kampung Polis. Tak ada gambar sebab aku dah tak larat pegang kamera. Alasan cukup munasabah ni !


Konklusi ? Setahun sekali okay gak buat perhimpunan macam ni. Dan, aku rasa kerajaan patut bagi gaji lebih untuk mereka yang menjaga 'keamanan' satu hari tu. Setahun sekali je. Tak jejas mana duit Malaysia ;)




Dari dalam RapidKL Star

Dari dalam RapidKL Star

Berlari ke polis yang baru jatuh moto :P

Tabik Springggg-gles :P

Polis mari menyerang !

Tinggal moto je

Helikopter yang pemes aritu

Pacek ke-dahaga-an. Kesian~

Pintu RapidKL Putra, stesen Masjid Jamek. Nice work !

Masjid Jamek !

Najib, walk your talk now ! "People First"



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

6 comments:

Kiera Rashid said... BALAS

err , kenapa and ape sebenarnya perhimpunan bersih ne ? sape nak patut dipersalahkan ?

orked said... BALAS

aku sokong yg gaji lebih tu..bg nak2 +2k ke ok gak

Cik Yaya said... BALAS

maaf, tak suka keadaan ni. saya sayang negara saya!! jangan huru harakan negara saya

-bulan disember adalah bersifat patriotik

Azhafizah MN said... BALAS

semoga negara kita dalam keadaan aman sentiasa..aminn

@cik_ezati said... BALAS

hurmmm tatau nak cakap apa bersih-bersih nie >.<

Unknown said... BALAS

bersih tang pengundian. tak perlu pengundi hantu. salah satu yang diperjuangkan. silap tang adanya ambiga. tuntutan yang melampau. lain2 tak nak komen sebab pupel bukan bn dan bukan pembangkang haha

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot