Yoo Jae-Seok ♥ |
Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali dilaporkan bakal bernikah dengan pengurus peribadinya, Naim Abdullah, yang dijadualkan pada 25 Februari akan datang.
Dipetik daripada mStar, majlis akad nikah itu dijangka berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati kira-kira jam 10 pagi.
Walaubagaiamanapun penyanyi berusia 27 tahun enggan mengesahkan perkara tersebut sebaliknya memberitahu beliau akan mengadakan sidang media khas selepas selesai acara Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.
"Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua," ujar Ana yang meminta semua pihak bersabar dan tidak salah faham dengan tindakannya itu.
Ana turut menyatakan rasa kecil hati dengan sesetengah pihak yang mendakwa beliau mahu menyembunyikan majlis pernikahannya daripada pengetahuan media dan umum sedangkan pihaknya sudah merancang untuk membuat pengumuman rasmi menerusi sidang media khas.
"Dakwaan itu tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah pasti sebagai artis, saya ingin berkongsi berita baik apabila tiba waktunya."
Ana kini sedang sibuk dengan persiapan terakhir untuk lagu "Kalau Berpacaran" nyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding di AJL26 malam Ahad ini.
sumber : Yahoo
Alhamdulillah. Nak kahwin dah nak kahwin dah. Seronok macam aku pulak yang nak kahwin nya haa~ Hihi. Segan segan. Hmph~ Hari ni dah Selasa. Bila agaknya dia nak umumkan eh ? Ke dah umumkan, aku je yang tak dengar ? Kuikui~
Okay, aku dah lambat nak p kelas. Abam RapidKL dah jerit jerit panggil tu. Padahal je~ Haha :D
4 Entri Sebelum :
Alhamdulillah, aku hidup lagi.
Mini Giveaway by Shag Yahaya.
Wordpress - Stress stress stress.
Contest Blog Paling Kemas.
Mini Giveaway by Shag Yahaya.
Wordpress - Stress stress stress.
Contest Blog Paling Kemas.
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
4 comments:
dia nak kawen senyap2 la shag sayam
asal kawin...eghehee
oh, bagus3. taun ni ramai artis kawen :)
baguslah kalau kawen.. hehe
Post a Comment