25 January 2012

Pakai Tudung: Cantik Atau Syariat?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


WanHazel's Artwork ;)


Shag Yahaya sedang menaip~


Aku ingat kan si Zeo ni kemas belog ni bila aku tak update semalam dan hari ini. Rupanya dia turut bercuti sakan. Tak bagi tau aku pulak tu. Nak kena ptong gaji dia ni~ HAHA.


Okay, berbalik pada tajuk entri kali ni. Kedengaran amat serius dan bengis je tajuk entri kali ni. Ada yang rasa terbakar ke ? Confirm lah tak ada. Sebab tak ada pun yang nak mai baca entri macam ni. Hal berkaitan aurat, Islam mana ada tetamu dan pembaca. Tak laku~


Pemikiran majoriti rakyat Islam kita~


Kat FB tadi, aku perasan ada orang pos status - 'Pakai Tudung: Cantik Atau Syariat? Apa pandangan korang semua ?'. Aku baca komen. Bagus jugak komen komennya. Mana tidak nya, seperti yang aku taip kat atas, orang yang rasa sedikit terbakar tak ada bukak entri ni, serupa dengan pos itu ;)


Tentulah bertudung ni adalah syariat Islam yang menyuruh kita, kaum Hawa menutup aurat. Memakai tudung adalah salah satu daripada penutupan aurat.


Tapi, pemakaian tudung sekarang adalah suatu fesyen. Memang aku tak nafikan, bagi aku insan yang lawa adalah wanita bertudung. Ramai yang nampak lebih cantik dan ayu bila bertudung berbanding mereka yang dahulunya tidak~ Cuma, niat mereka sedikit terpesong. Bukan niat kerana Islam, kerana Allah. Mereka bertudung kerana hauskan kata pujian, dahagakan perhatian Adam.


Tapi, dalam menjaga kecantikan untuk mencari sesuap pujian, adakah yakin aurat di tutup dengan sempurna ? Labuh kah hingga menutup dada, tudung kau tu ? Labuh kah hingga menutup punggung, baju kau tu ? Longgarkah segala pakaian kau, lalu aku tidak dapat melukis segaris pun anggota badan kau ?




Nak cantik di dunia tarak hal, tapi pastikan kau juga cantik untuk di redai Allah ;)




Sini ada cerita best pasal aurat. Harap tak terbakar, tapi aku berharap korang take note je. USTAZ AZHAR IDRUS.


Cukup serius dan bengis tak entri kali ni ? LOL.





Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

16 comments:

A'ishah Kamaludin said... BALAS

Sokong. Kalau pg shopping complex, orang yg selalu kene usha gadis bertudung yang stylo...

Jadi membuatkan org lain nak pki tudung jg. Supaya stand out..

Apapun always check niat masing2

Woofer Storm said... BALAS

wa terasa siot..

#wa tau la wa pakai tdung tak labuh,pakai tudung nampak pusat,hehee

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@A'ishah Kamaludin : Niat penting sebab niat tak menghalalkan cara dan niat juga boleh buat kita terpesong jauh dari-Nya.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Sapa suruh lu terasa. Padan muka ! Nanti wa belikan lu tudung labuh tak nampak apa apa :D

yad'z said... BALAS

huhu bagus persoalan tu... cantik atau syariat..? tepuk dada, tanya hati, selusuri iman. hanya orang yang memakia tau niat sebenar dia.. =)

Pupel Liyana said... BALAS

wajib pakai tudung yang menutup aurat :)

sufiyyah zulkifli said... BALAS

serius menikam kalbu.
:')

..ika itu aku.. said... BALAS

"Nak cantik di dunia tarak hal, tapi pastikan kau juga cantik untuk diredhai Allah."

suke ayat ni!!
tak salah nak cantik tapi pastikan niat kita betul..^_^

.cik yaya. said... BALAS

sekarang ni akak dah tak berfesyen.nk pakai tudung ikan bawal je daa. dah tua mls nk lilit.laki marahh.hahah

adi said... BALAS

Terima Kaasih Atas Sorotan Dari Post Event Saya:) Sungguh Bermakna Dengan Ulasan Anda Yang Tersendiri :)

Untuk Lebih Lanjut Ble Terus Ke Sini ----> http://www.ahmadikatu.com/pakai-tudung-cantik-atau-syariat.html

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@yad'z : Yeah~ Tepuk dada, tanya hati apa niat sebenar ? :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Pupel Liyana : kalau tudung je menutup aurat, tak cukup sebab tak menepati syariat menutup aurat ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@sufiyyah zulkifli : HAHA. Kan sayam~ tapi tak sentap kan ? :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@..ika itu aku.. : Hihi ;) Pastikan jalan tu jalan yg di redai Allah ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@.cik yaya. : Untunglah dah ada laki. HAHA. Kakak Yaya dah tomei tomei tomei, pakai kain batik balut kepala pun cantik dah~ :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@adi : Thanks ;)

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot