14 January 2012

Surat Perlantikan - Penulis separuh masa ShagComot.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Kwon Ji Yong ♥









SHAGCOMOT DOT BLOGSPOT DOT COM



No Rujukan : SC / PSM (001)
Tarikh : 14 Januari 2011


Zeo Vellvet
890320 - 14 - ****
 
Cik Zeo ,


PERLANTIKAN SEBAGAI PENULIS SEPARUH MASA.


Dengan segala hormatnya wa merujuk kepada perkara di atas.





2.     Sukanya-hati-wa di maklumkan bahawa Lu telah di lantik sebagai penulis separuh masa di belog kepunyaan wa, shagcomot.blogspot.com. Seperti yang Lu telah sedia maklum, tanggungjawab Lu sebagai penulis separuh masa adalah untuk pastikan belog wa ini sentiasa bersih dan sentiasa di kemaskinikan.




3.     Merujuk kepada perkara di atas, Lu harus menghadiri perjumpaan bersama Shag Yahaya iaitu wa dan seterusnya mulakan tanggungjawab anda. Segala maklumat adalah seperti di bawah :



Program    : Tak kenal maka tak cinta.
Tarikh       : 15 Januari 2012.
Hari          : Ahad.
Masa        : Nanti wa whatsapp lu.
Tempat     : Meja Makan, Kediaman Shag Yahaya.
Pakaian     : Selagi tidak bogel, ketat, mendedahkan dan menyesakkan.
Kehadiran : Wajib !



4.     Wa menjangkakan Lu akan menjalankan tugas anda dengan penuh dedikasi. Segala kerjasama dari Lu amatlah kami hargai.



Terima Kasih.



Yang memberi perintah,



"BERKHIDMAT UNTUK BELOG"

                                                               
*cetakan komputer, tanda tangan tidak di perlukan*
Shag Yahaya
Pemilik, Penulis Tetap
shagcomot dot blogspot dot com



Aku akui, nama dia pelik. Aku tersasul jugak eja nama dia jadi Zoe tadi. Nanti korang kenal kenal lah dengan dia. Tanya lah dia kenapa nama dia pelik semacam. Aku tak nak bagi tau korang. Tanya sendiri. HAHA :D










4 Entri Sebelum :




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 comments:

..ika itu aku.. said... BALAS

fuiyooooo...btl2 ad penulis separuh masa ni..huhu

Mr. Sepet said... BALAS

wahh .. hebut nie . .

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@..ika itu aku.. : Terpaksa cari jugak. Takut belog ni di abaikan macam dulu lah sayam ;))

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Mr. Sepet : Tak hebak mana lah sayam. Tu yg hire orang :D

Asya Zain said... BALAS

hihi..wahhh! kelip kelip mate! happy blogging yang :)

CIK TOM said... BALAS

fuyoo siap ada part time blogger lg...ciktom pun nak cari jugaklah sbb blog selalu berhabuk..heee

Nurulchumel said... BALAS

betul2 blogger tegar neh.
siap apa 2nd writer. :P

najihah sahami said... BALAS

waa..lepas ni bersih aaaa blog shaq. hehe

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Asya Zain : HAHA. Happy blogging jugak sayam :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@CIK TOM : Haa~ Cik Tom pun patut cari sorang kot ? :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nurulchumel : Tak tegar mana lah Nurul kalau ada orang tolong updatekan belog. HUHU

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Licin~ HAHA :D

sufiyyah zulkifli said... BALAS

xbest la nnt bukan puan besar sendiri hapdettt

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@sufiyyah zulkifli : InsyaAllah best lagi kot. Ni nak ketengahkan bakat baru. Dia nak prektis before buat belog sendiri ;)

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot