05 January 2012

Happy 10th Birthday, youngest sister !! :D



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Kek Hari Jadi budak kecik !



Hari ini, maksud aku semalam bersamaan dengan empat haribulan satu tahun dua ribu dua belas atau dalam bahasa nombornya 04/01/2012, adik aku yang paling kecik dah menginjak ke angka 10 tahun dengan rasminya. TAHNIAH lah budak kecik !!


 Penat tak baca mukadimah aku ? Haha.


Korang tak tahu~ Adik aku tu hujung tahun lepas lagi dah bising hari jadi dia dah nak dekat. Jadi, dia buat senarai apa setiap orang dalam rumah kena beli untuk dia. Yang paling banyak belanja untuk dia tahun ni aku lah. Untunglah dapat MARA sekedepuk aritu. Huhu.


Dengan aku je dia pau baju PDI 4 helai, tapi nasib baik tengah jualan murah. Dua baju dapat RM39. Tak cukup baju dia pau aku kasut jalan jalan dengan alasan but dia dah koyak ! Tak puas dengan kasut dan baju dia cuba pau beg pulak. Nasib baik ada alasan baik punya - beg baru beli. 

Semalam, maksud aku kelmarin, dia pau aku kek pulak. Hasil keknya di atas tu haa~ SR Chocolate Indulgence Limited Edition featuring M&M.


M&M tu kerja aku dengan adik aku #1 sebab kek SR tu terlampau kosong. Jadi, p serbu Watson's, cekau M&M dua bungkus lepas tu campak atas kek. Hasilnya seperti di atas. Komen keluarga aku ?


Mama : Tak lalu nak makan sebab banyak sangat M&M tu. Semak !
Abah : Emm, abah pun tak lalu nak makan~
Mama : Abah memang tak makan kek.

Aku mampu gelak terbahak bahak.


Birthday girl : Cantek ! M&M lah sedap !!


Tak tahan. Tu ayat membodek kot ! Sebab tak puas hati lagi. Abah, Along, Boboy tak belanja dia lagi. Ceh !


Hari jadi kali ni paling penat sebab aku kena pau macam macam >.<'


p/s : Tak ada gambar adik aku sebab dia tak pakai tudung. Tanpa tudung maksudnya tidak menutup aurat, Selebihnya tak payah aku cerita, paham sendiri jela ;)




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

6 comments:

Ardini Humaira said... BALAS

happy besday to her! :D

Myra Jay said... BALAS

Kreatip jugak tabur M&M :)

& tak lupa happy besday untuk adik ye :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ardini Humaira : Terima Kasih sayam :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Myra Jay : HAHA. Kretip sampai berterabo :Pp

Terima kasih kak MJ sayam :D

MrS. F!zA said... BALAS

wow! sweet giler dekor cake tu..

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@MrS. F!zA : HAHA. Sangat manis kak Fiza sayam. HAHA :D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot