16 February 2011

Antara simpati dan benci.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Salam malam, pembaca!

Kelas aku dah mula. Jadi, nak online ni memang liat gila lah kan. Sampai rumah je rasa nak pengsan. Bila pengsan sampai ke senja. Lepas tu mula lah sibuk dengan banyak benda lain. Dah lewat malam baru boleh jengah belog. Uhuk.

Aku nak cerita pasal petang tadi punya kes. Cerita ni aku dah karang lepas je kes ni jadi. Jom lah baca weh. Tak baca, aku terus berhenti kang!

Haahaha. Dasar otak tak matang, main ugut ugut macam budak budak. Keke.


Entah ada salam atau tidak. Aku mana nak ingat. Tengah siok melahap karipap dengan penuh kesopanan dan kesusilaan tu. Tambah pulak perut aku dah karok lagu Metallica. Pergh~ Ada mamat datang dukung sorang budak perempuan yang agak agak aku 4 atau 5 tahun.

Mamat : Adik. Eh jap. Adik ke Akak neh?
Aku : *angkat kening tanda 'Apa dia?'

Mamat : Macam ni Dik. Abang tak ada duit nak . . .

Tetiba bahasakan diri abang. Yukk! Tetiba aku terhilangkan suara dia. Tetiba aku rasa sardin merayau dalam kerongkong aku. Tanda aku kusyuk makan sampai hilang fokus kat dia. Haha :D

Mamat : *tetiba ada balik suara dia* . . . Tu haa Akak Abang tengah tunggu kat sana. *sambil tunjuk di suatu tempat*
Aku : Lepas tu?

Dengan bodoh nya aku tanya macam tu. Haha. Padan muka dia. Kacau aku tengah makan kot. Walaupun waktu aku tengah tunggu bas nak balik, tapi aku tengah makan kot! Uff~

Waktu dia tunjuk konon kakak dia tu, aku tak pusing pun. Malas campur takut. Manalah tahu, waktu aku pusing dia sambar karipap sardin yang tak berapa sedap sebenarnya tu. Tak apa lagi kalau karipap. Ni kalau dia sambar aku punya beg? Naya weh!

Mamat : Tak adalah. Abang ni datang sini bawak kakak jalan jalan. Ni nak balik Pahang tak ada duit. Lama dah tunggu sini. Penat dah. Nak balik tak ada duit.
Aku : Oh. Saya tak ada duit. Maaf ya.

Mamat : Tak apalah tak ada duit. Saya saja je tanya. K Dik. Terima Kasih ya.

Aku teruskan makan karipap tanpa pedulikan dia. Argh~ Malas aku nak percaya. Kau gendong lah budak budak. Tak cair bro!


Ulasan Puan Besar Shag Yahaya :
  1. Siapa nak percaya kau datang KL tak bawak duit weh? Grr~
  2. Baju kemain segak, duit tak ada? Biar benar weh. Lagak je lebih ya?
  3. Jangan gunakan budak untuk meminta duit.
  4. Kenapa tak mintak kat mamat mamat yang sejantina? Kenapa perlu mintak kat aku yang tengah siok makan karipap sardin tak sedap kat bustop tunggu bas ke Putrajaya. Damn!
  5. Tipu lah tak ada simpanan dalam bank? Pergi lah keluarkan duit.
Nasihat Puan Besar Shag Yahaya :
  1. Lain kali ambil budak ala ala Korea sikit. Ni macam anak orang Afrika. Tak tergoda gua.
  2. Menabung lah anda sebelum anda jadi seperti beliau walaupun aku rasa dia tipu je.


Maaf sayam semua sebab aku tak jejak kaki ke rumah korang lagi. Tak semua aku sampai. Lusa aku akan update laptop aku dengan wireless UniKL. Jadi senang aku nak kemas belog tanpa tunggu balik rumah. Okay sayam semua? Peluk~



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

16 comments:

bunga said... BALAS

sekarang mmg banyak penipu..tapi lau dia betul2 xde duit cam ne ye??keliru lak rasanya..

nulhazwany abdul malik said... BALAS

kalau budak comel2 komfem dilayan. haha
amik bela terus. haha

Matika said... BALAS

ingatkan cerita mamat tdi..he3

Woofer Storm said... BALAS

syg bngat kat karipap ea??tapi tak pndai la makan karipap sardin..hehee leh tlg ajar tak???lg suap pun apa slhnya..ngeee

aQi + GenGkey said... BALAS

ngaa~~~
mcm tu punye org pun wujud lg ka..
karipap sardin sdap..
ahax..:D

HAZWAN17 said... BALAS

berhati-hati dengan orang tak dikenali

MollyAhmad said... BALAS

hahahaha. makan x ajak!!

Nurul chumel said... BALAS

syg, blog review dah siap! sila terjah ye!!

http://nurulchumel.blogspot.com/2011/02/blog-review-shag-yahaya-si-perempuan.html

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@bunga : Lantak lah! hahaha ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nulhazwany abdul malik : Kan? Kena pandai goda sbnrnya :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Matika : Cett. Belum ada cerita pasa Mamat lagi ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Haa. Nt Shag suap suap manja dalam kurungan karipap tu. Meh belanja Shag karipap sardin tu dulu ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@aQi GenGkey : Ada je bro! :P Sedap gila bila lapar. Kekeke.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@HAZWAN17 : Sbb tu buat bodoh je kat dia. Hahaha :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@MollyAhmad : Kau balik Arau tak ajak jugak!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nurul chumel : Nurul sayam. Akan terjah skrg! ;D <-- ayat petang tadi nak pos :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot