21 February 2011

Berita Gempar : Shag Yahaya di tembak !



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum semua kesayaman.

Keke. Macam kelakar perkataan kesayaman tu. Meh lah baca laju laju. Kesayaman kesayaman kesayaman kesayaman kesayaman. Akhir sekali jadi kesaman. Kan kan? Jangan nak tipu aku lah kawan. Hehe.

Kening double jerk

Sebenarnya, aku saja buat tajuk gempar macam ada puting beliung melanda Kuala Lumpur je. Cop. Puting beliung ye! Jangan pikir lucah di sini. Nanti penat aku nak samak dosa tu (^^,)

Macam ni, aku kena tembak dengan Achie sayam ni. Dah lama kot dia tembak tapi baru perasan parutnya tadi. Wargh. Bertahun dah parut tu tersadai kat bookmark Google Chrome. Maaf ya, sayam! Ni nak buat dah ni. Jangan tak baca pulak.


Lagu di pasang : Linkin Park seharusnya.
Mode : Teruja nak jawab soalan.
Jam mula : 7:04pm
  1. Apakah yang sedang lu lakukan 30 minit yang lampau ?
    Makan petang campur makan malam. Tengah berdiet lah kononnya. Haha ;D
    .
  2. Dua jam yang lampau ?
    Pergi Alamanda beli pasir dan ikan untuk kucing kucing gua.
    .
  3. Lu suka ?
    Gua suka Achie! Hehe. Okay okay, serious. Gua suka Linkin Park. Terima Kasih.
    .
  4. Minggu lepas ?
    Gua baru mula kelas. Otak beku semacam je.
    .
  5. Tiga lagu yang lu boleh dengar berulang kali ?
    - Linkin Park : Leave out all the rest
    - Linkin Park : Pushing me away [remix]
    - My Chemical Romance : Cancer

    -.
  6. Tiga binatang yang lu tidak suka ?
    - Babi
    - Siput babi
    - Babi hutan
    Hahahahaha ;D
    .
  7. Lima fakta tentang lu ?
    Gua comel tapi tak cantik.
    Gua pendek tapi tak kurus.
    Gua putih tapi rabun.
    Gua dah bagi 6 fakta tentang gua.
    .
  8. Tahun depan mungkin ?
    Gua nak beli DSLR guna duit syiling yang gua kumpul sendiri. InsyaAllah.
    .
  9. Lu tidak reti ?
    Gua tak reti potong rambut gua sendiri. Loser kan?
    .
  10. Lu pandai
    Gua pandai tekan butang lif naik ke tingkat 22 setiap hari Isnin sampai Jumaat kat bangunan UniKL Kampus Kota. Hebat tak?
    .
  11. Kawan lu ?
    Kawan gua ramai. Titik.
    .
  12. Lu ada ?
    Gua ada kucing yang ramai. 3 ekor dah.
    .
  13. Lu seorang ?
    Gua seorang yang membosankan. Percayalah.
    .
  14. Adik lu ?
    Adik gua ada 3 orang. 2 perempuan yang berlagak comel macam aku. 1 laki yang berlagak macho macam aku jugak!
    .
  15. Lu tidak pernah bosan dengan [senaraikan 4 perkara]
    - Linkin Park
    - My Chemical Romance
    - Tidur
    - Mandi
    .
  16. Bilakah pertama kali lu bercinta ?
    Soalan yang gua harap sangat tak di tanya neh. Mmm. Tahun 2005
    .
  17. Perkara yang orang selalu tak percaya sama lu ?
    Gua ada darah Jawa Bandung. Tahu lah gua sepet. Grrr.
    .
  18. Lu rindu ?
    Gua rindu sama minggu minggu terakhir semester 5 kat kolej dulu.
    .
  19. Lu tidak sabar ?
    Gua tak sabar nak nikah. Selamat Tinggal! [dah tak boleh sebut BYE]
    .
  20. Lima laman yang lu selalu layari ?
    - Belog
    - Plurk
    - Yahoo!
    - Google
    - Youtube
Masa tamat : 7:34pm

Jadi Achie. Adakah anda berpuas hati dengan skema jawapan gua? Hehe.




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

24 comments:

Cik Yaya said... BALAS

hahaha ingt kena tembak btol2 td

Woofer Storm said... BALAS

antara semua jwpn,suka no tiga la..ehheee tak dpt tdo la malam ni gayanya...hahaaa

tembak mati2...

Miss Yaty said... BALAS

hahaha...nakallah shag ni...mane de loser kalau tak pandai potong rambut..jgn pikir gitu okay?

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@.cik yaya. : Yaya neh! Tembak Yaya dulu lah macam tu :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Haa. Esok jangan marah Shag pulak. Konon jadi punca Achie tak boleh tidur. Haha ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miss Yaty : Haha. Nakal macam Yaty jugep :P

Sbb ramai je yg reti potong rambut sendiri. Shag nak potong rambut terpaksa p KL :D

Woofer Storm said... BALAS

haahaaaa nak tembak balik boleh??heheee jgn mara sayam..ngeeeee

http://www.wooferstorm.com/2011/02/reens-diary-giveaway-lahh.html

Woofer Storm said... BALAS

dah tdo ke sayam ni?jumpa kat mana2 komen blog org,kalau ada sayam mesti benda tu dari blog ni.hahaaaa

Anonymous said... BALAS

lu-gua nmpk.....

plurk tu per erk....

Tok Esah said... BALAS

ahhahaha, shag2.. terkejut tok td!!!! grrrrrr

Bunga said... BALAS

bunga pom rindu time belajar di sem 5 dulu..ada gaduh2..haha..

wahida said... BALAS

x sabar nak nikah ek? hehehe..

ye ye....saya pun x reti potong rambut sendiri..

Hati Batu said... BALAS

dh baca semua!!! haha 2005 tu sampai sekarang tak? haha..

lu bosan ke dengan tidur?

ha!!! lu darah bandung??!!! aku x percaya!!! haha mintak gambar la shag..nak tengok mata sepet ke x? hehe

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Okeh sayam. No hal!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Dah tidur lah. Skrg Shag kena tidur before 11pm. Hehe ;) Cehh. Bukan Shag je guna sayam skrg. Lassie si pencetus utama. Lepas tu mmbr Shag dah jangkit :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Mr.IX : Manja gitu! Haha ;D

Plurk tu satu social network yg tidak terkenal lagi. Tapi Shag suka lepak situ sbb aman :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Tok Esah : Hehe. Terkejut ke Tok? Alololo. Nasib baik tak ada lemah jantung kan Tok? Hehe ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@bunga : Shag tak suka ingat part gaduh sbb tu the worst gaduh yg Shag pernah terlibat. Kiki :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@wahida : Sgt tak sabar lah sayam ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Hati Batu : 1. Tak! Tahan lebih kurang sebulan. Haha ;D
2. Shag cakap tak pernah bosan lah Ell!
3. Aah! Ceh. Tak percaya sudah :P
4. Sepet. Sila tengok older post lah :D

muas said... BALAS

shag ni memng suka benar ngan linkin park ek?

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@muas: Im their very die hard fan!! Keke :P

ardinihumaira said... BALAS

haha shaq ni kelakar la :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ardinihumaira : Hehe. Tapi, kelakar lagi budak Alief bermulut muncung tu! Nak beat dia neh :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot