17 February 2011

Bila aku geram yang tak berupa geram pun. Haha ;D



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)






Salam petang Khamis, pembaca kesayangan semua.

Cehh. Dah pandai aku berkasih sayang kat belog kan? Awek siapa lah neh. Kekeke :P

Okay. Mode berlawak bertukar ke mode bergeram. Eh. Ada pulak perkataan tu. Dah nak kena hempuk dengan buku Bahasa Malaysia dengan Cikgu Cikgu BM neh. Kahkah. Tapi kan, mengikut mode aku sekarang, tak mustahil lah aku guna perkataan alien. Kan kan. Siapa setuju dengan aku? Cabut bulu ketiak sehelai.

Yahhhh~ Teruknya!

Dah dah. Kalau macam ni bila lah korang nak tahu cerita geram aku kan? Mari teruskan perjalanan muhibah kita ni. Ayuh!

Aku hari ni ada masa luang selama tiga jam kat kolej. Jadi, aku ingat dalam masa 3 jam tu aku nak makan tengah hari sebab waktu tengah hari tadi aku ada kelas. Turun bawah, kedai makan semua dah tutup. Bagus lah. Terus perut aku merajuk. Main lah musik gendang gendut tali kecapi, perut bunyi dah macam kereta api. Kyah~

Naik lah aku ke perpustakaan *taip dengan perlahan sebab aku lupa ejaan*, konon nak online. Bukan konon je rupanya. Ya, aku dapat online. Tak ada lah geram kan. hehe.

Tapi, yang geram pertama bila dapat online adalah internet dia laju gila macam superman naik siput babi! Pahamkan maksud aku di situ? Perlu kah aku terangkan dengan lampu stadium hoki? Tak perlu kot. Kan kan.

Macam ni ceritanya, nak tunggu dia bukak halaman rumah Pak Cik Google pun laju dalam kurungan. Apatah lagi nak masuk belog. Berapa kali tah aku kena taip nama pengguna dan kata laluan sebab, Internet Explorer sini sangat pandai dalam kurungan.

Lepas 20 minit sangkut kat situ je, aku dapat akses belog aku. Teruja beb! hehe.

Geram sesi kedua bermula bila aku tengah teruja nak balas segala komen di belog. Aku bukak laman belog aku. Sat gi, SB aku dok lindung semua laman belog aku. Kau sorok lah dia macam mana pun, masih nak mencapap depan skrin aku. Tak berganjak.

Damn lah kau SB!

Akhir sekali aku buang kejap kod SB aku. Lega nak tengok belog kesayangan dan tetamu kesayangan jugep. hehe. Tapi, geram sesi ketiga pulak bertamu. Eceh. Dalam geram, ayat skema tetap di jaga rapi kot! Hoho. Sangat Melayu sejati.

Aku tak boleh balas komen semua pengkomen kesayangan aku kot! Damn sekali lagi di situ. Asal aku dah taip panjang panjang komen, bila tekan hantar. Zap~ Timbul satu laman bertulis agak agak macam ...

Sila log masuk ye sayam! Ahh damn lagi.

Cuba beberapa kali supaya tak nampak aku mengalah sebelum berjuang. Zap lagi kena panahan petir geram di hati. Sakit nya hati gua. Geram sampai gelaran bertukar ke sana ke mari. Kejap aku, ni dah gua. Argh~ Tensi kot.



Nampaknya, terpaksa tunggu aku pulang ke rumah lah ya sayam semua. InsyaAllah aku balas komen korang. Lagi satu yang aku geram. Nak komen kat belog korang! Dah lama tak buat macma tu. Uwaaa~

Nurul pun dah perasan aku lama tak komen kat belog dia. Sibuk bangat sayam sayam ku! Perjalanan mulia aku dari UniKL ke Putrajaya makan masa 40 minit kalau tak jammed. Kalau jammed mahu dekat 2 jam gak lah.

Jadi, bila sampai rumah tenaga aku habis. Walaupun dalam bas aku tidur berdengkur sambil meleleh air liur segar. haha.



Psst. Aku taip entri ni sambil gelak gelak sebab papan kekunci komputer ni berbunyi sangat kuat dan apabila aku taip laju, maka bunyi nya sangat lah merdu gitu. Aww aww~




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

18 comments:

efa said... BALAS

line tenet mmg cmtu sat ok sat ko naik pening da...haish

Belalang Hijau said... BALAS

sangat berusaha shag ini...
bagus2 semangat mcm tu la kita mau...

hahaha

F.a.S.h.E.e.H.a said... BALAS

Hahaha. Sama la kalau nak bukak blog tenet lembab gile. Tengah nak update boleh pulak wifi putus. patut tak?

Eyka said... BALAS

dah2~ jagn bengng2 la awk...hehe:) domo syg awak! chill! heheXD

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

sabar akak..sabar...dia nak uji kesabaran akak tu...suka sgt bila akak ckp word "pandai dalam kurungan" tu..stylo je bunyi ayat dia..cool..

ENTRY BARU ALIEF..kalau nak popular dengan cepat,,sila baca..jgn malu-malu..ni dia tips-tips nak jadi popular dgn cepat..""

emieysandra said... BALAS

hahaha..sengek tol!
sabar2 k ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@efa : Haa. Ni nak reply komen Efa pun punya kamain payah! Haha ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Belalang Hijau : Rindu woo kat dunia belog. Tu yg sampai turun library. Tak pernah pernah Shag ringan kaki p library sblm neh :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@F.a.S.h.E.e.H.a : Tu lagi parah Fa! Hahaha ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Eyka: Domo je? Eyka tak ke. Uhuk ;'(

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@aLieF si Muncung ManiS : Haha. Dah lah mengantuk gilos. Lepas tu rasa sangat membazir je sebab kelas 20 minit je =.='

Stylo macam Shag lah ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@emieysandra : Kekeke. Dah habis sabar. Nasib baik ada air-cond. Sejuk je :P

Woofer Storm said... BALAS

ada masa nak dting leh dear??hehee tak penat ke ulang alik unikl ke putrajaya..len kali singgah puchong tau.. hheheeee

Amirrah Zawani said... BALAS

kena sebar byk ni shag.. hahaha :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Boleh je sayam! Hari Sabtu kan cuti. Hehe ;)

Penat memang! Tapi, dalam bas dah re-charge power. Tidur tak ingat dunia. Haha ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Amirrah Zawani : Harus kot sayam! ;D

Miss Yaty said... BALAS

shag!! so sowey sebab seminggu tak jenguk entry auto publish shag ari tu..laptop yaty prob minggu lepas...seminggu baru dpt baiki..huk3

skrg yaty pun ngh bengang dgn broanband nih sebab lembab giler!!!

so sowey sebab tak dpt jenguk shag minggu lepas...

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miss Yaty : Problem apa sayam? Di maafkan lah macam tu. Hiks ;)

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot