03 February 2011

Surat Kiriman Tak Rasmi : Cerita pasal permainan masa kecik.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam, pembaca!



Shag Yahaya
Presint 9
62250 Putrajaya

3 Februari 2011

Menemui kawan baru di dunia belog, Nelly. Semoga saudari sentiasa di berikan kesihatan.

Saudari,

Tujuan saya menulis surat ini kepada saudari, saya ingin menjawab soalan yang saudari kemukakan dalam surat yang saudari utuskan pada minggu lepas. Terima kasih kerana berkongsi permainan kesukaan saudari waktu kecil dahulu.

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana saya lambat membalas surat saudari. Baru hari ini, saya punya banyak masa untuk membalas surat saudari. Tak marah kan? Hihi. Tak baik marah, nanti muka tak comel macam saya :P

Untuk pengetahuan saudari, waktu saya kecil dahulu saya amat sukakan permainan tepuk lantai. Mungkin kedengaran pelik nama permainan itu. Sebenarnya, saya tidak pasti apakah nama sebenar permainan tersebut. Yang pasti, permainan tersebut memerlukan tenaga tangan untuk terbalikkan kad-kad.

Cara permainan tersebut adalah dengan menyusun kad-kad dan telangkupkan macam mana pun ikut keselesaan pemain tersebut. Lepas tu, tepuk lantai untuk menterbalikkan kad-kad tersebut. Lagi banyak kad yang terbalik, lagi banyak markah.

Kenapa saya suka permainan itu? Hehe. Bukan ingin membangga diri. Tapi, selalunya saya menang dalam permainan ini. Mungkin sebab tangan saya sedikit berisi, lalu boleh membekalkan angin yang secukupnya untuk terbalikkan kad-kad yang di sediakan. Kiki. Lagi pulak, nak buat kad tu senang je. Potong manila kad Mama. Tak pun, kalau ada duit beli je kad di kedai buku.

Rasanya tak salah saya main semula permainan itu memandangkan permainan itu boleh di main di mana sahaja kita berada. Dalam jamban pun boleh main untuk mengelakkan di gelak oleh rakan sebaya. Hehe.

Kalau saudari punya kuasa untuk memutarkan masa ke tahun itu, saya ingin sekali saudari memutarkan masa. Sebab, saya amat rindu waktu-waktu yang saya habiskan dengan bermain tepuk lantai.

Semoga permainan yang kita gemar waktu kecil dahulu tak lapuk di telan zaman ;)

Sekian sahaja. Terima kasih.

Kawan barumu,
(cetakan komputer. tanda tangan tidak di perlukan)
SHAG YAHAYA






Jom ke belog Nelly sayam!






Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

18 comments:

kindergartenlibrary said... BALAS

hehe .
Nelly sangat hargai .!
hehe
kreatif lorh ! nelly dulu selalu main macam itu .
tapi kalah saja memanjang .
buat sakit tangan .haha . .
tengss sudi join .
=)

Cik_Shiqah said... BALAS

hah! pnh main dgn abg permainan nih tpi den asyik klh je hah. tk prnh menang! huk3.

eRza farEeha said... BALAS

erza smpi skg xreri tepuk kad bg terbalik..ahha

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

waaaaa...saya nak tulis surat dgn awk juga la..mana taw awk post entry surat utk di beri kat alief....bertambah gak trafik gi blog saya..suka2x.. http://aliefcmoi.blogspot.com/

najihah sahami said... BALAS

hahaha...main balas2 surat kat blog lak ea. jimat la keje posmen pas ni yea. hehehee

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nelly : kekeke. Asik buat surat rasmi. Ni idea dtg suruh buat surat tak rasmi pulak :P

Keke. Shag johan sepanjang zaman ;D Sama sama, Nelly sayam.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Cik_Shiqah : Kalau dgn Along, Shag kadang2 je menang. Kalau tetiba tgn rasa hebat gila! :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@eRza farEeha : Kena belajar macam mana nak tepuk kasi ada angin ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@aliefcmoi : Haha :D Boleh boleh. Kasi lah apa apa yg boleh Shag balas dengan surat :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : kekeke. Padahal Nelly tak bagi surat pom. Keke :P

Faten Rosli said... BALAS

seronok..seronok..seronok..
bila dpt telangkupkan semua kad..
bangga gila kot..hehe..

Azah Rahaman said... BALAS

nnt kita brbalas surat chenta ya, haha

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@misz FaTiN : Kan? Kekeke. Kira tangan sgt handal tu :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Azza Firza : Okeng! :P

nazirulhazwan~ said... BALAS

fuh, emsem la entry men buat surat. maseh bg den idea.hehe;p

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nazirulhazwan~ : Keke. Shag kan handsome. Jaid kena lah buat entri setaraf :P Sama sama, Naz!

Woofer Storm said... BALAS

shag ensem,tuk achie manis takde ke??hahaaa tak nak kwan la mc tu,heheee

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Dah ada tu. Surat cinta mintak putus hubungan! Padan muka! :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot