Shag Yahaya sedang menaip~
Petang tadi aku drive balik dari PD. Waktu pergi adik aku yang drive. Pengakuan jujur dari aku, ini adalah my first time drive jauh dalam masa 4 bulan berlesen P. Ye ler, aku baru dapat lesen P sebab aku sebelum ni memang trauma habis dengan kereta sebab tu tak buat lesen awal.
Petang tadi sekali lagi aku berasa trauma >.<
Kereta yang aku bawak tu hampir mengalami kecelakaan yang teruk kalau tak kerana kereta Gen-2 yang bawak 140kmj di lane 1 alert dengan brek. Kalau tak memang aku cium bas, dia cium aku. Kalau tak, memang tak ada aku nak taip kat sini.
Ceritanya macam ni~
Aku kat lane tengah bawak dalam 110kmj. Tetiba ada bus ekspress potong aku ikut kiri.
Tak cukup dengan tu, potong masuk depan aku tanpa bagi signal sebab nak potong lori berat kat lane kiri aku tu. Sebab aku bawak 110kmj, memang aku rasa aku dah tak sempat nak brek pun sebab dia masuk depan aku dengan cepat !
Aku adik suruh masuk kanan terus tapi time tu, kanan aku ada Alphard yang mungkin bawak 145kmj. Aku cakap, 'Ada kereta laju !'. Adik aku yang cuak jerit, 'Masuk je, bus ni masuk lane kita !'.
Aku adik suruh masuk kanan terus tapi time tu, kanan aku ada Alphard yang mungkin bawak 145kmj. Aku cakap, 'Ada kereta laju !'. Adik aku yang cuak jerit, 'Masuk je, bus ni masuk lane kita !'.
Terus aku masuk belakang Alphard Putih, depan Gen-2 biru. Signal aku bagi lepas kereta dah masuk sikit kat lane 1. Bayangkan lah, dua kereta tengah laju. Lepas tu kau masuk tengah tengah. Tak ke namanya menjemput maut.
Aku tabik lah kat driver Gen-2 tu sebab tak honk, tak high beam, tak kasi middle finger kat aku. Aku nampak dia brek sedaya upaya bila aku masuk depan dia.
Bus tu, dia bernasib baik sebab aku terlupa nak tengok nombor plat dia. Pasal aku punya cuak, aku dan 3 orang penumpang yang lain hampir menjadi mangsa kemalangan jalan raya. Lepas tu adik aku yang cuak tadi boleh jerit kat aku lagi, 'Asal tak honk je bus tadi ?'.
Mana sempat nak pikir apa nak buat bila maut depan mata bhai~ Nasib baik aku tak lupa, angkat tangan tanda meminta maaf kat driver Gen-2 biru tu lepas dia potong aku.
Mungkin, itu kali terakhir aku akan drive luar dari Putrajaya. Trauma bhai. Trauma yang ku rasakan, hanya pada-Mu Tuhan, yang memahami pedih di hati tiada pengubat bisa merawat luka, ku dalam trauma . . . Ecece. Tetiba Elite pulak :Pp
Alhamdulillah aku masih hidup ! Terima Kasih Allah ;)
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
9 comments:
huu bahaya la.. bas tu pun satu, dah la besar, jalan kat 3rd lane aje la.. ish3
hati2 semasa memandu. jgn folow rapat2 okay? :)
syukur selamat.
wow...terkejut baca entry ni... nasib baik semua selamat..
mentang2 la besar, sesuka ati je bas ni..ish2....
alhamdulillah..kita masih bernafas..
Ish-ish... Pasni kena hati-hati la skit.. Kadang-kadang orang ni ada yg pelik2.. Huhu.. Yg kena hati2 bila dok belakang bus atau lori.. mana la tahu kot ia break terkejut.. abis la kita langal belakang lak.. huhu..
penah terkena.. Huhu.. Fobia.. =_="
slalu gak hampir kene cam ni..tau la die besar, suke hati buat cam tu..
kdg2 kita dah berhati2 tahap maksima, sbb kecuaian org lain kte blh jadi magsa..
moga Allah selamatkan perjlnan kite slalu.. ^_^
Ee . .naseb baik xde pape taw :(
hati2 shag. bawa keta line laju je lain kali :P.. pupel selalu 170km/j. tutup mata kejab.. hehhe.
Sukanya pic tuh....
teruskan update ..ggrrrrr
#shag,nak buat blog wp dah buat,tapi tak reti ni..geram tul la..tolong^^
Post a Comment