05 January 2012

Apa hak kita memaksa Nur Amalina Che Bakri ?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Dong Youngbae  ♥  


Seperti dalam entri aku sebelum ini DI SINI, aku benci mereka yang menyebarkan aib si Amalina dan meluaskan lagi berita tentang pencemaran maruah Islam ke serata dunia dan aku dah terangkan kenapa aku benci mereka. Jadi, jangan kabarkan aku sokong perubahan Nur Amalina Che Bakri !


Aku ingat makin lama makin surut cerita pasal si Amalina. Tapi tadi, bertambah lagi status di FB yang mencaci, memaki, mengutuk Nur Amalina Che Bakri. Ada yang terlebih semangat, melukis orang lidi untuk mengutuk Amalina walaupun secara tersirat. 


Aku dengan berani berkata aku yakin. Yakin bahawa 90% daripada mereka yang menyebarkan aib Nur Amalina Che Bakri ni dalam dunia kehidupan mereka malu nak tegur mak, adik perempuan, kekasih atau isteri mereka yang menayang aurat pada mereka yang bukan muhrimnya. Malah, ada antara mereka sendiri tidak menutup aurat dengan sempurna pun.


Yang lelakinya memakai seluar atas paras lutut. Yang perempuan nya memakai tudung tapi tidak menjaga auratnya ! Yang pasangan bercinta tetapi belum sah nikahnya bergambar sambil berpelukan pinggang. Yang mana mereka dengan bangganya muat naik gambar mereka ke dalam FB untuk bermegah.


Bila timbul cerita kontroversi sebegini yang boleh membawa untung yang lumayan, mereka terus menjadi berani secara tiba tiba. Berani habis untuk terus terusan memaki menghamun individu tersebut. Amat memalukan bila yang mencaci itu bagai mencaci diri sendiri. Cermin diri sendiri sebelum hentam orang lain.


Islam tidak memaksa, jadi siapa korang untuk memaksa ?


'. . . yang suruh tutup aurat ni bukan manusia. Bukan ibu kamu atau ayah kamu, bukan suami atau bakal suami kamu. Tetapi yang menyuruh supaya aurat di tutup adalah Allah. Jika kamu benar benar beriman kepada Allah, mengapa masih banyak alasan yang kamu berikan untuk mentaati suruhan-Nya ? ' - Mohd Naimul Firdaus


Manusia di lahirkan berakal. Gunakan akal sebelum bertindak.


Nasihat aku sekali lagi untuk korang semua. Daripada membuang waktu menambah dosa, lebih elok kita dirikan solat hajat, berdoa kepada Allah supaya Nur Amalina akan membuka pintu hatinya untuk kembali ke jalan Allah.


Dia seorang pelajar cemerlang. Jadi, kalau kita cakap elok elok dia mungkin akan paham. Lagi kita memaki, lagi dia akan memberontak.







4 Entri Sebelum :




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 comments:

Woofer Storm said... BALAS

makin panas blog ni..heheee

#jangan dimaki tapi dinasihati dgn cara baik..dia bukan budak2 lagi.semoga dia berubah..wa dah tekankan kat entry gua,dorang ni bukan cerita pasal amalina pun tapi cuma ingin mendapat trafic yang gempak..gila punya olang!!

Nurulchumel said... BALAS

tak yah kepoh hal org. jom kita kepoh hal sendiri, kan?

DiNaZ said... BALAS

nama pon manusia...manusia takkan pernah puas dengan apa yang ada.... sy suka 3 kali ini.... walaupon sy tak berapa amik port sangat pasal amalina nie tapi sekurang2nya utuk diri sendiri sy sedar kita semua tak sempurna..... :) good job dear!

[.ika itu aku.] said... BALAS

1 jari tunjuk kat org, tp kdg kte xsdar jari yg lain balik kat kte sndiri..

suke entri ni!! =)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Nanti Shag letak ekon k sayam! Bagi sejuk je orang datang :DD

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nurulchumel : Kan sayam. Benda baik baru kepoh ! Benda buruk jadi tauladan sudah~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@DiNaZ : Buat tauladan kan. Muhasabah diri bila orang kutuk Amalina ;))

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@NoorAtika MohdAzali : Suka komen ni jugak sayam :D

Nisa Greennnpanda said... BALAS

no comment, hehe..

sy xuke bikin panas entry2 sy, ngehehehe.... lg best ckp psl hal personal..lalala~...

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nisa Greennnpanda : Bagus lah macam tu. Bukan apa, kekadang kalau cita panas panas ni kena bom lepas tu. Kalau tak berani jangan amik risiko. Kan sayam ? :D

AM said... BALAS

Setuju dengan kak Shag! Kita sebarkan gambar dia pun dah kira berdosa. Buat entri pasal aktiviti sekolah lagi best! Hehe. Btw, Arol pernah jumpa Nur Amalina. :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Arol Mubin : Aah Arol. Ni tak sabar nak sekolah balik. Banyak cita boleh share sini :Pp

Abu Idris said... BALAS

arrayah.info : Ariff Gay dan Amalina Seksi - Bukti Kegagalan Produk Sistem Pendidikan Sekular

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@abu idris : :D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot