Aku ada satu cerita ni. Berkaitan dengan teller. Tak tahu nak kategorikan cerita ni dalam lawak atau pun tak. Takut, bila aku kategorikan bawah lawak, ada orang cakap benda ni tak lawak. Susah pulak aku. Apa pun aku nak cerita ni di jadikan tauladan lah ye.
Lokasi drama : TESCO Puchong.
Pelakon : Mama, aku dan pekerja Baskin Robbin.
Mama : Mana tah teller kat sini ?
Aku : Mana nak tau. Bukan **** kerja kat sini pun. *nama panggilan terpaksa di rahsiakan*
Mama : Tak ada sign board pun.
Aku : Tanyalah sesapa yang kerja sini. Tak kan dorang tak tau kot.
Berjalan ke arah Baskin Robbin sebab tu yang dekat dengan kitorang.
Mama : Dik dik. Tumpang tanya. Teller Maybank ada kat sini tak ?
Pekerja : Maaf, aunty. Sini tak ada Maybank. Tapi ATM ada lah.
Mama : Haa~ Teller lah tu. Maybank punya ada ? Kat mana ?
Pekerja : Haa~ ATM ada kat atas.
Mama : Okay, terima kasih ye dik.
Aku dengan Mama puas mengekek sambil kaki gerak naik tangga bergerak. Boleh ke dia cakap Maybank tak ada tapi ATM ada. Boleh ke ? Memang boleh tapi tu menunjukkan betapa ceteknya ilmu dia. Malu je bhai~
Mungkin ramai yang tak tahu apa itu teller. Tapi, bagi yang tahu apa itu ATM, adakah korang tahu apa maksudnya jugak ?
ATM atau nama panjangnya ialah Automatic Teller Machine. Ada orang tak panggil ATM tapi panggil teller. Bukan mama je selalu panggil teller, ramai lagi.
Cara mama tegur budak tu bukan nak malukan dia sangat walaupun kedengaran sedikit memalukan. Ianya untuk pengajaran diri sendiri dan kawan dia yang mendengar perbualan kami tu. Mana tahu lepas ni ada pulak orang lain tanya, tak adalah memalukan diri sendiri sekali lagi. Ye dak ?
4 Entri Sebelum :
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
15 comments:
sy panggil benda tu ACD [ alat cucuk duit ]lalala~
#pegi puchong tak gtau pun^^
@Woofer Storm : Kalau Achie tanya Shag ada tak ACD Maybank mahu Shag pelangkung je Achie. HAHA :DD
*pergi Puchong dengan tetiba tanpa plan ;)
pupel baru tahu. larikkkks. nasib baik tak pernah terjadi cam tu hahahha
ehek.. baru tau ler.. hohohoohoh
bru tahu!
jarang panggil teller,, selalu atm je..huhu..
btw,,cantek teller shag tue.. :)
@Pupel Liyana : Ramai yang tak tahu sebenarnya. Tapi tu lah. Kena jugak tahu maksud ATM kan ;))
@yad'z : Tak apa lah. Ni dah tau lepas ni boleh bagi tau orang lain pulop ;))
@sufiyyah zulkifli : Piya~ Lepas ni dah tahu kan ;))
@Faten Rosli : Memang orang selalu panggil ATM. Just in case tetiba ada orang tanya teller, kena tahulah apa dia kan ;))
Harus lah cantek ! :D
terima kasih kerna memberitahu. your mom has been doing the good action actually, no worries. at least, pekerja itu mendapat suatu info baru yang belum lagi diketahuinya :)
@Rtp Farra Arisha : Tak sangka rupanya ramai yg tak tahu teller. Bukan nak bangga diri, tapi tahu jela. Pelik. Mungkin sebab bukan common word kan ;))
People love to shortened a word to make their life easier.
@Nisa' : Agree ! :D
mmg ramai biase pggil teller tp rasanye skrg ni mcm dh kurang..
ATM mendominasi...haha
Post a Comment