Zeo Velvet sedang menaip~
Pagi tadi aku p Karnival Karangkraf kat Shah Alam dengan harapan dapat borong habis habisan novel novel. Dan, memang tercapai pun cita cita pendek tu. Haha.
Eh, dah macam habis je entri aku ? Bapak tak ada isi langsung entri ni. Grr~ Semula semula !
Pagi tadi, aku ajak Mama p Karnival Karangkraf. Dalam kul 10 pagi lah kitorang gerak ke Shah Alam. Dalam 30 minit sampai lah kitorang kat kilang Karangkraf tu. Parking ? Mak aih~ Boleh kata dua kilang lah jaraknya dari Karangkraf. Kilang bukan kecik macam kedai maple kembar Putrajaya depan rumah Shag tu. Gedabak bukan main nok !
Tak terasa jauhnya bila pergi sebab terlampau excited nak borong buku walaupun panas terik yang amat ;)
Ruang jualan novel tak besar mana pun. Besar lagi ruang majlis kenduri kahwin dow. Tapi puas jugak tengok harga seko seko buku tu. Paling murah aku tangkap, RM3. Buku lelama gilos lah. Siap berhabuk, tapi buku cantik lah. Putih gebu. Pakai Fair & Lovely, mungkin ?
Sambar sana, sambar sini. Dah pukul 12. Kena gerak balik sebab kena angkat adik dari tempat kerja dia. Pengkaco !
Sempat sambar 11 buah buku termasuk 2 buku budak budak untuk budak kecik kat rumah. Total ? RM18.70 tunai sahaja ! Terkejut ? Jangan lah terkejut sangat nok~ Buruk den nengok nyo haa.
RM18.70 secara cash, RM100 guna voucher 1 Malaysia. Untung lah jadi student ni. Pakai voucher p beli novel, dan masih berbaki RM50 sebab RM50 lagi dah guna beli buku belajar. Terima Kasih Najib untuk voucher free !
Agak agak, Najib marah tak aku tak tulis pangkat dia segala bagai ? Kena bom tak nanti dengan laki dia tu ? LOL~
p/s : Esok Shag p Blue Lagoon, PD. P lah ikut !
4 Entri Sebelum :
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
3 comments:
mesty berbaloi kan !
:)
tak gune lg voucer 200 tu..huhu
wah untungnya beli dpt harga murah..xkisah lama or baru buku tue..still ada value kan..
Post a Comment