03 January 2012

Orang yang hantar kad kahwin dalam FB ni tak ikhlas ~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Korang tengok tak drama Vanila Coklat kat TV3 yang di tayangkan setiap Selasa pada jam 2130 ? Confirm lah tengok kan kan. Sebab ada Izara Aishah. Awek comel kot ! Heh~

Tapi, aku bukan nak cakap pasal Izara Aishah.

Aku nak bercakap pasal salah satu baris dialog oleh ayah Amir, Dato Ahmad dalam episod, err aku tak tahu. Yang pasti hari ni punya episod bersamaan dengan 3 Januari 2012 *tetiba jari aku tergeli bila taip 2 0 1 2*. Scene ni di mana Dato Ahmad sedang berbincang mengenai majlis perkahwinan anaknya dengan pambantu beliau di pejabat.


'Orang yang hantar kad kahwin dalam FB ni tak ikhlas~'
- Dato Ahmad.

 

Aku kurang setuju dengan baris tu. Sebabnya ?

Mana korang tahu pengirim kad kahwin tu tak ikhlas ? Boleh kesan ke keikhlasan hati individu tersebut dengan sekali imbas pada kad jemputan digital yang di terima melalui FB ?

Kalau boleh, aku nak tahu macam mana.

Dalam kes penghantaran kad terus ke tangan jemputan, adakah benar si pengirim betul ikhlas menjemput korang ? Dapat kesan kah keikhlasan mereka ?

Sekali lagi. Kalau boleh, aku nak tahu juga macam mana.


Ada banyak sebab kenapa mereka mengirim kad jemputan melalui Internet. Kenapa harus berfikiran negatif ? Keikhlasan seseorang tidak dapat di ukur melalui cara kad di berikan. Fakta !

Mungkin baris dialog Dato Ahmad perlu di baiki menjadi :

 

'Lebih manis kalau hantar kad kahwin dengan bersemuka~'


Tak adalah nak tersinggung sangat individu yang menyebarkan kad perkahwinan mereka menerusi FB. Bukan ?



Itu sahajalah untuk permulaan entri pada tahun 2012 ni.

Assalamualaikum ;)



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 comments:

Woofer Storm said... BALAS

nmpak bergaya dear..

#mood jeles ngan kematangan entry anda..lepas ni sy pun nak berdiam setengh tahun..nak belajar ilmu mengolah entry..hehee

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Perli ke apa bro ? Kasi storm kang. HAHA :D

[.ika itu aku.] said... BALAS

suke entri ni!! =)

ParkAir said... BALAS

sentaphatimaknak! tapi aku suka drama2 yang peka dengan situasi semasa macam sekarang.

ikhlas ke tak, hanya hati yg tahu.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@NoorAtika MohdAzali : Hehe tenkiu :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ParkAir : Suka memang suka tapi boleh sentap gak orang yg kasi kad kahwin dalam FB je. Kena jugak pandai cari ayat yg sesuai. Kan ?

:D

Nisa Greennnpanda said... BALAS

hehe.. kire ok gak kalo anta kad kawin via FB.. sy penah je dpt, byk kli dh.. zaman dh brubah.. ^_^

Ardini Humaira said... BALAS

hehe.. dni kasi dua2... via fb dan pos :)

sufiyyah zulkifli said... BALAS

dpt jimat kos sket, kot. and updated lebih... mne tau ada alamat lama... bersemuka, jenuh lah weh nak travel satu malaysia (dunia kot) hahaha

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nisa Greennnpanda : Kan ! FB lagi cepat dari pos pom :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ardini Humaira : Tu lagi nice ! Duo~ :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@sufiyyah zulkifli : Kan! kena pikir logik jugak. Skrg barang semua nak naik harganya. Kalau tak ada FB, mahu merangkak rangkak nak kira bajet pos kad kahwin >.<'

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot