05 January 2012

Panasnya cerita Nur Amalina Che Bakri sepanas cuaca di Malaysia sekarang.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


 Jeong Yong Joon ♥   



Siapa tak kenal Nur Amalina Che Bakri kan. Dulu pernah jadi artis segera di semua majalah dan surat khabar di Malaysia. Dan, tahun ni sekali lagi dia menjadi artis segera. Malah bukan di majalah mahupun surat khabar. Tetapi beliau mendapat tempat di ruang belog jugak.


Hebat sungguh si Amalina ni.


Tapi, lagi hebat orang Malaysia yang lain ni. Yang begitu pantas menyebarkan aib saudara Islam mereka sendiri lalu tanpa sedar mereka mengumpul DOSA KERING saban hari. Dari mula detik memuat naik cerita mengenai Amalina, sehinggalah akhirat, mungkin, baru dosa ini berhenti kerana kala itu tiada sesiapa akan membaca atau melihat entri atau gambar yang di muat naik.


Memang Amalina berdosa dengan menayangkan auratnya pada bukan muhrim. Jadi, korang yang memuat naik gambar Amalina yang mengaibkan tu, tak berdosa pulak ?


Kalau nak nasihat dia pun, cubalah PM Amalina je di FB beliau. Bukan tak boleh. Tapi, manusia tamak. Nak trafik tinggi supaya Nuffnang, HB dan lain lain bagi duit lebih buat belanja korang. Tapi persoalannya, adakah HALAL duit yang korang dapat tu ?


Aku bukan nak sebelahkan Amalina. Ternyata aku benci dengan sikapnya yang tak reta nak menjaga maruah sendiri sehingga aibnya tersebar meluas. Tapi, aku jugak benci dengan sikap orang Islam yang lain yang suka menyebarkan aib saudaranya sendiri.


Dia dah berdosa, jangan lah pulak kita tambah dosa kita dengan mengumpat dia. Lebih bagus kita banyakkan berdoa supaya Allah memberi pentunjuk dan hidayah kepada Amalina.


Tapi kan, tertanya tanya aku kat sini. Kalau korang sanggup menanggung dosa mengata Amalina kenapa tidak sahaja korang sanggup tanggung dosa lagi dengan mengata rakyat Malaysia yang beragama Islam yang lebih teruk penampilannya daripada Amalina ? Apa beza mereka dengan Amalina ? Mereka tetap mendedahkan aurat bukan ?


Akhir kata, kalau korang rasa nak hentikan dosa kering yang korang jana, eloklah padamkan saja entri atau gambar yang anda muat naik dalam mana mana laman sesawang.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

8 comments:

Unknown said... BALAS

oh amalina. sebab orang pernah jadikan dye role model kot sebab tu jadi cam ni. tapi pupel tak suka la bila dye berubah begini

p/s : aah dah pindah putrajaya. nanti boleh jumpe2 pupel kat P5 tau sayam.. :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Pupel Liyana : Agaknya lah~ Susah bila jadi role model. Salah sikit heboh satu dunia. Tapi, salah kita jugak. Kalau nak nasihat, PM ke IM ke, sudah lah. HEHE.

Yeay! Lepak Alamanda lah. P5 tade apa lagi :Pp

Abuya Hayat said... BALAS

Salam.

Thanx Shag for the feedbacks. Template tu akan diimprove dari masa ke semasa tengok apa yang kena apa yang tak.

Shag guna firefox or Chrome?

Setuju sangat dengan entri nier. Tapi tu lah, banyak entri-entri hot yang tak bermanfaat macam topik nier, topik perkahwinan gay, semua pasal kejar trafik.

Dosa pahala tolak tepi, yang penting masyuk. Dah lah kebanyakan orang yang tulis entri kutuk Amalina nier bukannya memberi pandangan membina pun.

Sekadar luahan rasa. :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Abuya Hayat : Sesama Abuya sayam~ Hiks.

Kan. Pasal duit semua berputih mata! Mengata orang mambabi buta, tak ingat dosa pahala nya haa~ Haip.

No name said... BALAS

Kejar betul trafikk dorang dengan kes Amalina tue. Entah - entah diam memang macam tue kita jer tak tau.

Orang yang sebar benda tue kenal rapat ke dengan Si Amalina tue. Rasanya standard lar, zaman sekolah aku pun pakai jugak sebabnya terikat dengan peraturan sekolah.

Sama macam artis - artis lain, dorang sekolah pun pakai tudung jugak last - last keluar bukan main seksanya jugak.

Sebab dia pandai tak semestinya dia alim, sebab dia pakai tudung dulu tak semestinya dia akan pakai tudung sekarang. Kalau dia pakai seksi tak semestinya dia social. Amik gambar dengan jantan mat salleh bukan bermaksud dia tak bermaruah, yang ramai dok post pic dengan BF melayu tue boleh plak. KEnapa apa beza mat salleh n melayu?

Betul lar dia salah, tapi lagi salah orang yang dok reka cerita tue. Better cermin diri dulu kot.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Lizzie Yasmin : Yezza. Ada betulnya komen ni. Paling intelek ! Hiks. Yang masalahnya kenapa perlu sampai ke oversea untuk cari cerita panas ? Kat Malaysia sini pun banyak cerita panas kalau nak hebahkan pun.

eRza farEeha said... BALAS

tu la shaq..pana betol cuaca skg..panas dunia..:)

dulu budak2 sume ckp.."sy nk jd mcm kak malina.".
skg.."sy xnk jd mcm kak amalina..kn

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@eRza farEeha : Belum panas akhirat lagi kan ?

Shag tak pernah ingin nak jadi macam dia. Shag nak jadi Steve Jobs. Tak pandai tak bermakna tak boleh berjaya ;)

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot