06 January 2012

Penipuan dalam jual beli Dinar Iraq



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Dinar Iraq


Sekarang dok heboh yang nilai matawang Dinar Iraq akan melonjak naik harganya. Walaupun cerita lelongan Dinar Iraq ni dah bermula sejak 2006 lagi, baru baru ini sahaja ia meletop ! Jadi, ramai antara kita yang mula membeli Dinar Iraq ini. Termasuk aku ! Ianya satu pelaburan yang baik. Cuma, masa adalah faktor bila keuntungan akan di peroleh. Tiada siapa tahu bila.


Mungkin tahun depan. Mungkin juga bulan depan dan mana tahu entahkan besok pagi ?


Tapi, aku bukan nak pujuk korang beli Dinar Iraq ni. Aku nak beri nasihat sikit sejak pembelian Dinar Iraq ni makin laris ! Banyak penipuan berleluasa. Penjual nak cepat kaya ~


Selepas aku membeli Dinar Iraq baru baru ni, aku selidik pertukaran matawang ringgit Malaysia ke Dinar Iraq. Tapi, sukar nak pastikan yang mana betul. Banyak sangat laman dan terlalu banyak nombor. Lalu, aku tukar kata carian.


Aku mencari mereka yang menjual dinar Iraq ni.


Tak sangka. Ramai gila yang jual. Malah, harga mereka tawarkan amat mengejutkan aku. Mereka jual dengan harga yang jauh berbeza dengan harga yang aku beli. Terlalu jauh perbezaannya. Teramat amat ~ Meh aku tunjuk sikit harga yang di jual oleh beberapa individu yang berlainan.

  1. Beli IQD 30 000 dengan harga RM 450 bermakna RM 1 dapat IQD 67 sahaja.
  2. Beli IQD 41 800 dengan harga RM 760 bermakna RM 1 dapat IQD 55 sahaja.
  3. Beli IQD 29 250 dengan harga RM 300 bermakna RM 1 dapat IQD 98 sahaja.

Tapi, aku beli IQD 300 000 dengan harga cuma RM 1 000 sahaja. Bermakna, dengan RM 1 aku dah dapat IQD 300. Pak cik kontraktor yang jual kat aku Dinar Iraq ni cakap, kalau dari dulu beli RM 1 000 dah boleh dapat IQD 1 juta bhai ~


Dalam diam, matawang mereka dah meningkat. Tapi, tu tak bermakna korang patut beli je dari mereka yang menjual. Kenalah buat kaji selidik dulu sebelum beli. Takut kena tipu je. Tengok lah jalan kira aku kat atas tu. Dah membuktikan bahawa aku punya lagi untung.


Ingat shopping barang je kena pandai survey ? Nak beli duit pun kena survey jugak siapa jual murah siapa jual mahal. 


Aku bercadang nak beli lagi IQD 300 000, tapi memandangkan aku tengah belajar aku terpaksa lupakan. Cukup lah sekadar melabur RM 1 000 dulu. Duit tu pun duit MARA bagi aku guna p beli. HAHA. MARA baca habis lah aku !


Satu lagi nasihat aku. JANGAN BELI DINAR IRAQ DARI PENGURUP WANG *money changer* !! Anak murid mak aku pernah beli kat situ, lagi sikit dapat. Kira mahal lah dia jual ! Dari melabur beli gadget, baik melabur beli duit. Tetap ada pulangan yang lumayan biarpun hanya naik USD 1.


 Kalau naik kayo lah aku ! HAHA.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

30 comments:

Myra Jay said... BALAS

Hubby suka simpat duit especially duit lama.
Dinar Iraq ni tak sure hubby ada ke tak :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Myra Jay : Shag pun ada simpan duit lama lama sebab Abah Shag dulu asyik kursus kat luar. Hehe. Ce tanya ada ke tak. Kalau ada nanti boleh tukar kalau dah naik :pp

najihah sahami said... BALAS

waa..kalau kaya t kite jadik la kawen...kan kan abg shaq..hahahahahahaa

AM said... BALAS

Haih, tak faham langsung pasal harga tue. Tak minat nombor2 nie! Hehe. :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Tak nak. Bayaran you tinggi sangat lah sayam. Bagi diskaun lah ! HAHA :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Arol Mubin : HEHE. Shag minat nombor ;))

Woofer Storm said... BALAS

ajar sy lalink mcm mana nak buat benda tu..tak fhm2 ni..ehehee

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Yang mana satu sayam ? Kira pertukaran RM ke IQD ke ? Tu kena refer kat bank berapa nilai matawang dinar Iraq. Skrg tak silap Shag IQD 1 tak sampai 1 sen, RM 0.0008 ke RM 0.008. Kira penjual dinar Iraq kat Shag tu amik untung jugak. Tapi, ramai yang cuba amik untung berpuluh kali ganda :D

Anonymous said... BALAS

masih tak faham,nanti ada msa ajar lagi tau..heheee

~achie~

kindergartenlibrary said... BALAS

shag sudah berkira2 .. haha

alin alias said... BALAS

dah kaya nanti jangan lupa sini!!!=p

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Anonymousc : Amboi~ Mintak kelas tuition. HAHA :D Tarak hal !

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nelly The Strange : Kira kira lah Shag paling suka ;))

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@alin alias : Tak di lupa punya. Insya Allah ;))

Anonymous said... BALAS

Semalam baru beli gak...
calculate IQD 280 = rm 1 ...
murah la ceket dari TT

Anonymous said... BALAS

hidup2 kena tipu..
kesian..

Unknown said... BALAS

Tlg bg cdangan nk bli kt ne?

Unknown said... BALAS

Tlg bg cdangan nk bli kt ne?

Unknown said... BALAS

call saya klu nk jual

Anonymous said... BALAS

Boleh dapat lagi ke RM1k bleh beli IQD300K

Anonymous said... BALAS

ada jual lagi ke..boleh email kat saya mcm mana bali
makofile2012@gmail.com

Unknown said... BALAS

Shaq, u beli dinar iraq tu kat mane?
Berminat nk beli jgk. Emel k aadli.kict@yahoo.com or wechat : aadli_kict

Dania Photo said... BALAS

Ambo beli 10k IQD cuma RM55 je..

Anonymous said... BALAS

25k@rm100

Dolce said... BALAS

mana nk bli 25k @rm 100 ??
kalo sesapa tahu email kn ke sy: keiry_ayi@yahoo.com

Unknown said... BALAS

Nk gk sila pm boss_908@yahoo.com.my

Unknown said... BALAS
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... BALAS

Nak pm saya rm120 dapat 25k
Rimbamlamgelap@gmail.com

Anonymous said... BALAS

Klu sy ada 25k dinar iraq..sy nk jual..dpt brapa?

hambaALLAH said... BALAS

dengar dengar Dinar iraq nie,tapi tak beli pun...tapi rasa nak beli pulak...kat mana ada jual ekh lagi dengan harga yang berpatutan..dah tahun 2014 ni..ok lagi ke klu nak beli?

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot