19 February 2011

Aku pakai Internet PERCUMA !



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum dan selamat petang, pembaca yang di kasihi.

Hari ini, aku bagi salam yang penuh sebab info dari Kak Dilla sayam. Kalau nak tahu kenapa dan mengapa, sila ke belog Kak Dilla sayam aku ni. Kak Dilla punya belog!


Perasan gambar di atas? Dan apa kaitannya dengan tajuk entri kali ni? Ahaa~ Ni yang aku nak kasi tahu sama korang. Aku pakai internet percuma selama seminggu ni kot! 

Macam mana? Jom teruskan pembacaan. Zasss~


Selama seminggu ni aku online kat rumah pada setiap malam, pasti aku keluar ayat, 'Apahal internet lembap nak mati. Argh !!'. Tapi, tengok adik adik aku online rileks je. Macam tak ada sangkut apa apa pun. Aku punya je sangkut lebih. Benci!

Tak apalah. Mungkin komputer riba aku yang bermasalah kot.

Tadi, aku on komputer riba dengan niat nak online macam biasa. Dok terjah belog belog dengan rileks nya. Tak pulak lembap hari ni. Sangat bahagia aku. Tapi, tetiba Abah dok mengintai komputer riba aku. Nak intai lah apa aku tengah buat. Cuak jugak. Haha ;D

Aku : Kenapa, Bah? Orang bukak belog ni. Hehe
Abah : Kakak pakai internet mana?

Aku : Internet rumah lah.
Abah : Internet rumah switch off.

Aku : Huh? Tipu. 

Lepas tu aku intai suis modem. Memang tutup kot. Argh. Terus aku tanya Abah, macam mana boleh sambung dengan internet sesiapa punya tu. Abah cakap tak tahu. Wahh~ Handalnya komputer riba aku boleh masuk internet orang lain. Haha. Jadi, dah seminggu aku pakai internet orang tu. Secara percuma. Dan lembap! Haha ;D

Gambar atas tu menunjukkan Internet Access yang di detect oleh komputer riba aku tadi. Rumah punya internet tak masuk kat situ sebab switch off. Durr~

Jadi, kalau korang nak internet percuma, ajarlah komputer riba korang tu masuk internet orang lain. Keke :P



Psst, Achie. Nak contact number ke? *kening double jerk* [rujuk komen di ENTRI INI ]



Adios Amigos.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

34 comments:

kindergartenlibrary said... BALAS

wah .percuma tapi lembap ..
=D

cikida said... BALAS

wahh..bahagia ye..=)

iwan_dextrous said... BALAS

untung ler.hihihi

MollyAhmad said... BALAS

wah. boleh ke mcm ni moy? amek org punye tanpe pengetahuan??

Firdaus Kasim said... BALAS

hati2 taw, kdg2 org hack password kita kalo guna free nie

Kak Amy said... BALAS

untung la macam tue..

Firdaus Kasim said... BALAS

hye shaz.. kita tukar banner yew? sy dah letak banner awk

http://kisahcintasayang.blogspot.com/p/iklan-komuniti-blog.html

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nelly : Tulah sayam. Lembap semacam je. Haha ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@cikida : Tak bahagia sgt pun Cikida. Sebab sgt lah lembap =.='

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@iwan_dextrous : Untung sikit je. Rugi banyak. haha ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@MollyAhmad : Boleh je sayam. Hack je line orang tu. hehe. Tapi aku tak payah hack terus boleh connect kot dia punya internet. Dahsyat tak? Haha.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Firdaus Kasim : Password for apa eh? Alamak~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Amy Syaquena : Tak untung sangat Kak Amy :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Firdaus Kasim : Okeng! ;) Btw, it's Shag. Keke.

Miss Yaty said... BALAS

betulkah ini?? shag buat pop up komen? terkejut tadi smpai kan klik lagi skali..hihi...

fuhyoo lapppy shag leh hack tenet orang lain...hihi..lappy yaty tak dpt connect wireless atau wifi pun..huk3..

p/s: memanglah sebab area sini takde org pakai wireless...hihii ;)

Woofer Storm said... BALAS

password untuk nak kwin sayam..ada ketiga lagi best,pasti ada keempat..hehee kita jht la,mana leh jumpa kita kan??errrrmmm

*peace^^

Bunga said... BALAS

nape leh jadi cam 2 yek???

Miss AZ said... BALAS

tak penah guna internet percuma.. nk jugak :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miss Yaty : Sebab macam menyusahkan hidup kalau kat front page lepas tu nak komen each entry kena masuk entri tu dulu nak komen. haha ;D

Kan kan! Tapi tak best. Better guna rumah punya. Streamyx dan laju! Keke.

p/s : cehh!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Ommo. Tak nak lah. Pakai sendiri punya lepas ni. Haha. Eh kejap. Ni paham pakai kita pulak neh?

Tetiba rindu kat arwah best-friend ;'(

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@bunga : Tak tahu lah sayam ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Amirrah Zawani : Kena lah ajar laptop Mirra. Haha ;D

Mungkin sbb laptop Shag dah lama hidup tu yg banyak pengalaman. Hahaha :P

Unknown said... BALAS

haha
name eden adooo..
sayammmmm shaggy jugakk!
mmmwahhhhh!!!!! :D

budak mucuk akak nih..
mehlah share ngn akak camno leh dpt free..
haih.
akak duk precint same ngn shaggy tak penah pon dpt free...huuuuuu..
akak gune wifi yg kwn akak daftar nih.
kongsi 2 org dh 50 hengget sorg. huuu.

so sayang akak bucuk bertuah nih..
bila mau jumpe banje akak makanan plg mahal kt putrajaya nih...hahahahahha (kejam!)

wahida said... BALAS

dgr dah best sbb free, sekali lembap da....


salam kenal dan salam ziarah, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!!

Woofer Storm said... BALAS

dear maaf,toturial sy ada maslh bila dipublish..masalh coding tu la,takpe layan je..kalau tak faham sila klik entry originall..ehheee

http://www.wooferstorm.com/2011/02/toturial-blog-cara-nak-zoom-in-image.html

Anonymous said... BALAS

internet percuma klu org sebelah2 ada wifi....hehhe..

Unknown said... BALAS

lembab pun, yg penting free..huhu

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@luvYOU : Sayam banyak banyak! Keke

Makanan paling mahal kat Putrajaya Shag rasa a cup of coffee kat Pullman. Cawan dia tersangat kecik. Satu teguk pun tak lepas. Haha ;D

Mahal nye kak? Knp tak pakai streamyx yg 88 sebulan?

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@wahida : Haha. Kan. Tak guna pun :P

Salam kenal jugep ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Yeke? Tak pe. Nt Shag usha. Tak paham suruh jela Achie buatkan terus. Muaha ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Mr.IX : Yeap. Dan WiFi dorang tak ada password. Kakaka :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@EdY Zaidi : Kalau internet rumah kena potong mmg best lah dapat internet free yg lembap tu :P

Woofer Storm said... BALAS

arwah best fren?mnggl pasal apa?ciannya.sbr k,insyallah,kita leh je jadi besfen.nak tak??promosi smpai mggu dpn..sekian^^

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Promosi dia kejap gila! Mana aci ;'(

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot