05 February 2011

Mengira hari dan terus berdebar.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam malam pembaca!

Entri ini khas untuk bloggers Yaty sayam, Ateyn manis dan Achie macho!


Shag Yahaya
Presint 9
Putrajaya

5 Februari 2011



Ke hadapan kawan kawan belog sayam ku.

Saudari Yaty, Ateyn dan saudara Achie,

    Tujuan utama gua tulis surat dalam belog ini adalah untuk meminta maaf daripada korang. Gua malas nak skema sangat lah ayat. Jadi, surat gua jadi surat santai tapi masih mengekalkan format sebenar surat kiriman tidak rasmi.

    Saya, Shag Yahaya dengan ini ingin meminta maaf, berjuta kali maaf sebab tak dapat nak langsaikan segala hutang dari korang yang masih di simpan kemas dalam Markah Buku atau lebih di kenali dengan nama orang putihnya, Bookmark.

    Daripada Yaty sayam. Satu jemputan untuk gua sertai Yaty dan bloggers lain untuk tempah tempat dalam senarai belog Iqbal Hakimi. Lama dah Yaty jemput. Cuma tiada masa. Hasrat di hati memang nak semak jugak. Tapi, masa dah makin cemburukan gua. Huhu. [YATY SAYAM]

    Jemputan untuk senaraikan 25 perkara rambang mengenai diri gua juga tidak dapat di langsaikan dalam masa terdekat ini. Jemputan khas dari Ateyn adik manis terpaksa gua simpan lebih lama. Walaupun dah 3 atau 4 kali gua buat tag yang serupa, gua tetap akan buat lagi. Tunggu masa ada sahajalah ya sayam. [AYEN MANIS]

    Kekasih gelap yang gua sorang perasan dia kekasih gelap gua, okay, gua dah melalut dengan ayat pelalut. Achie, maaf sebab tak dapat join kontes yang Achie ada jemput tu. Sama seperti alasan untuk Ateyn dan Yaty, sama jugalah untuk Achie. Masa cemburui gua. [ACHIE MACHO]

Korang yang baik hati,

    Isnin ini gua akan daftar di UniKL Kampus Kota. Jadi, sepanjang minggu ni memang gua sibuk mengemas apa yang patut. Beli barang makan. Hehe. Penting tu untuk hidup! Dan, kerah tenaga yang ada cari duit lebih untuk bayar yuran. Hmph.

    Lagi pula, minggu depan gua berkemungkinan tak dapat jejak belog untuk seminggu tempohnya. Ada minggu induksi lah pulak. Adoi~

Korang yang di sayangi,

    Akhir kata dari gua, maaf kan gua pinta dari korang korang. Doa gua harap korang tak lupa kat gua dalam tempoh senyapnya gua dari dunia belog ini. Jaga diri korang sepanjang ketiadaa gua tau! Bye~

Sekian sahaja. Terima Kasih.



Tiada yang benar selain gua,
(cetakan komputer riba Compaq, tanda tangan tidak di perlukan)
Shag Yahaya
Penulis rasmi belog shagcomot.blogspot.com




Siapa nak surat cinta dari aku? Meh meh daftar nama. Hahaha :P



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

32 comments:

Syat0za Zai said... BALAS

suke eh kak shag buat surat2.,..huhu

mizayusof said... BALAS

terbaiklah surat shag :)

Ateynmohd said... BALAS

wahhhh ! suke2..thnx shag..wuwuwuwuw..t'haru sangat..nanges ar cmneyh..hehehe :) tape, will miss u & ur entry..hehehe :)

smoge b'gembire di kmpus baru :)

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

waaa...shag..jgn tinggal kan kami..pastikan bawa broadband ke campus tu ok.. jgn lupa update blog shag..hehe..selamat menjalani kehidupan di campus baru..huhu

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Syat0za : Malas nak taip macma biasa :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miza Yusof : Keke. Kena lah bagi yg terbaik kan, Miza ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ateynmohd : Sama sama Ateyn. Haip. Pasai pa nak cakap Thanks? Hmph~

Will miss u too! huhuhu ;'(

p/s : Thanks sayam.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@aliefcmoi : Alief. Shag harap sgt ada berukban tu. Malangnya Shag tak ada lah. Malas nak beli sbb mahal :P

Terima kasih Alief sayam ;D

Bunga said... BALAS

haaa..sekarang main surat2 yek..huhuhu..

Woofer Storm said... BALAS

laaa...kalau bz tak pyh nak buat la dear^^..hehe
congrat k,hati2 tau..pas ni kita jumpa je la kat unikl,leh tak??hheeee tggu entry dari shag comot..hehee

Unknown said... BALAS

haha...siap buat surat lg tu

mesticun said... BALAS

siap dah surat seorang yang skema.

# # mark zuckerberg berjumpa kembar jesse eisenberg !# #

Mohd Hazwan said... BALAS

selamat berikduksi shag

kindergartenlibrary said... BALAS

shag suka betul tulis surat .
hehehe

Miss Yaty said... BALAS

alah shag ni buat yaty touching lah..huk3..;'(

sedih baca entry ni..yaty tak kesah pun shag tak dapat join bloglist tu..tapi bila baca yang shag berkemungkinan menyepi tu buat yaty sedih sgt..

yaty paham kalau shag sibuk nanti..yaty takkan lupakan kawan baik yaty dalam alam maya ni..

kalau shag onlinee nanti shag sergah lah blog yaty ye..kalau shag dah sergah confirm yaty sergah shag balik..

pape pun yaty doakan shag di permudahkan segala urusan masa belajar nanti ye..

jgn lupakan yaty jugak taw..owh ye jgn nakal2 kat sana taw..

kalau dpt keje nanti keje rajin2 tapi jaga kesihatan jgn sampai tak makan taw..

take care my lovely friends :)

Syat0za Zai said... BALAS

bye2 kak shag :(

emieysandra said... BALAS

ololo..sweetnyer men ntr surat eh,
la..dh nk msuk blajar eh, gudluck!
blja cpt2 nti leh kawin, ehehe ;p

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@bunga : Keke. Stail baru nak buat entri :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Kalau sempat Shag join! Hehe. Ala buat surat sebab takut korang cakap Shag sombong tak sambut pun tag :P

Haa, meh jenguk Shag. Bawak makanan sekali tau! hahaha.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@E.d.Y : Harus tu~ ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@mesticun : Kekeke. Sekali sekala ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@HAZWAN17 : Terima Kasih Hazwan ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nelly : Tetiba macam comel lah pulak tulis surat ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Syat0za : Yaty! Shag pergi belajar kejap. Seminggu je hilang sebab ada minggu induksi. Lepas tu insyaAllah boleh online macam biasa, ber-belog macam biasa ;D

Terima kasih sayam~ Yaty jaga diri jugep! Nt Shag terjah bila balik minggu ni ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Syat0za : Bye bye Zai ;'(

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@emieysandra : Haip~ Kahwin insyAllah tahun 2018. Kahkah :P Gatal!

kindergartenlibrary said... BALAS

haha .bukan macam comel .memang .
=)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nelly : kehkehkeh. Jangan puji lebih tau Nelly ;D

Woofer Storm said... BALAS

cik shag nak apa??hehee sila nyatkn,insyallah sy penuhi..haha

*stdy lelok^^

Faten Rosli said... BALAS

surat utk fatin xde ke?.. dah lama xdpt surt dr org2..hehe

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Shag nak Canon DSLR! ;D

Baik sayam! ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@misz FaTiN : Hehe. Nak ke?

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot