03 February 2011

Poligami tanpa kebenaran isteri pertama. Sah ke?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam malam, pembaca!

Korang dengar radio apa eh tiap hari? Aku suka dengar Hitz.fm, Hot.fm, Mix.fm, dan sekarang masuk dalam senarai Suria.fm. Ini semua salah Mama lah tetiba jatuh hati kat suria. Hmph~

Aku bukan nak ngadu pasal Mama suka dengar Suria.fm tapi . . .



Masa : 8.50am
Tarikh : 2 Februari 2011
Frekuensi radio : 105.3

Seorang perempuan membuat panggilan ke radio Suria.fm dalam segmen, err aku tak ingat. Maaf. Keke. Si perempuan ini cerita kat Halim Othman, Shira dan Zizi. Dia pernah berkahwin dan punyai 2 orang anak. Tidak di beritahu pulak umur dan jantina serta nama mereka.

Si perempuan ni cakap di terdorong nak kahwin sebab sikap ayah beliau yang sangat lah romantik dan penuh kasih sayang. Terbukti bila, setiap hari ayahnya menolong ibu membuat kerja rumah. Serta menyikat rambut isterinya selepas mandi. Dia berkahwin dengan lelaki ni dengan harapan lelaki tu boleh jaga dia sepertimana ayahnya menjaga ibunya.

Lepas kahwin, lelaki tu ternyata tak bertanggungjawab. Lepas tu cerai.

Dia kahwin lain dengan seorang SUAMI ORANG. Lelaki tersebut memang serupa dengan sikap ayahnya. Tetapi, isteri pertama si suami tidak tahu suaminya dah tambah lagi seorang isteri. Malah, si perempuan tu berkawan rapat juga dengan isteri pertama beliau. Sebab, mereka juga berjiran. Selang beberapa rumah je.



Ulasan Puan Besar Shag Yahaya :

1. Boleh pulak kan perempuan buat perbandingan dengan ayah mereka sendiri. Lelaki tak boleh pulak bandingkan isteri dengan ibu mereka. Hmph~

2. Si perempuan ni tak tahu malu ke? Buka aib sendiri dalam radio. Dan buka aib suami.

3. Kejam nya perempuan dan suaminya itu. Sanggup rahsiakan dari pengetahuan isteri pertama pasal benda neh? Rasa rasa, lelaki tu dah ada berapa ramai bini eh? Mungkin dah cukup korum kot.

4. Bertambah kejam bila si perempuan dengan tanpa rasa malu mengaku dalam radio dia berkawan rapat dengan madunya sendiri. Dna tanpa bersalah berkawan dengan madu tanpa madu tahu mereka bermadu.

5. Apa tujuan perempuan tu telefon Suria.fm? Nak suruh ornag ikut jejak dia kahwin dengan suami orang tanpa kebenaran isteri pertama?



Psst. Kalau perempuan tu perasan. Halim, Shira dan Zizi ada perli dia baik punya.

Kahwin dengan suami orang tanpa pengetahuan isteri pertama. Bagaimana tu?



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 comments:

KizZ said... BALAS

hAH!Yang pasal radio ni pun sama Kiz rasa..nape ek diorang slambur dek je duk citer benda2 yang tak patut citer kat orang ramai..pelik betul lah..

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@KizZ: Haa. Tu lah. Kenapa Suria.fm still nak keluarkan cerita neh kat umum. Dorang kan rakam dulu. Dah tahu cerita ni mengaibkan kenapa mesti lepas je? Adoi =.='

Lassie H. said... BALAS

lassie tak dengar lohhh
dorg perli mcm mane yek ?

Woofer Storm said... BALAS

alamak,terkantoi la sy yg kol suria fm tu..tak baik malukn sy tau shag..heheee
len kali tak pyh la nak aibkan diri sndiri smpi nak kol suria fm,..malu oiiiii kan shag ??ehehhee

Anonymous said... BALAS

Poligami macam ni memang F**K betol. Benci gila. Dia nak bahagia diaaa je. orang lain tak nak fikir langsung. dia tak fikir akhirat nanti macam mana. dah la kawan baik dia. kalau isteri pertama tahu, memang mampus kot perempuan ni. Rasa hebat sangat, tengok lah macam mana. tak tenteram hidup. WTF.

Oh, sama lah macam sorang bini kedua ni. dia masuk rancangan semanis Kurma kt tv9 hari tu. Dia dengan ego dia, dia cakap "Isteri pertama ni tak boleh terima kenyataan. kalau dah suami ni kahwin dua, terima je la." WOW. sng2 je dia cakap yea? dia tak tahu ke yang isteri pertama ni sama2 susah ngan suami dia dulu. sekarang, dia nak senang2 je ngan suami orang. WTF skali lagi utk org camni. =.="

秋 ツ said... BALAS

aki betol2 xsju gn tndkan pmpuan tu. ya, mcm shag ckap tu. buka aib sndri. memang la xde pun org kenal caller tu tp agak2 la nak crita kan. Allah akan tutub aib seseorang tu, ni g buke plak. aihh~ dunia, dunia. huhu sedey!

mekar said... BALAS

Sebagai seorang isteri, kita dilarang membuka aib maruah suami sendiri tambahan di hebahkan kepada umum. Apa motifnya ya.?

Syarat Sah Nikah : 1) Pengantin Lelaki 2)Pengantin Perempuan 3) Wali 4) 2 orang saksi 5) ijab & kabul

Perkahwinan Sah jika memenuhi 5 Rukun nikah ini. (kebenaran isteri2 tidak tmasuk syarat sah)

Unknown said... BALAS

sayyaaaaanngggggggkuuuu shagggy !!!
mwah3 !

bru sempat BW cni

oh..kakak dgr luahan radio nih...huhu
mmg tak malu ini pompuan..ape2 ntah..hoho

shaggy...nnti kite jmpe kayh :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@lassiegewdix : Halim cakap, kahwin suami orang dan isteri pertama tak tahu. WOW!

Kalau Shag dah terasa pelempang dah kat muka w/pn Halim just cakap :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Suka perasan dia. Haip~ Tu lah pasal. Tapi, radio pun salah gak. Knp nak siarkan jugak benda yg aibkan tu. Hmph.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Mimi ! : Dia tak rasa orang yg dia syg sunguh2, akhirnya kena kongsi. Kalau dia rasa apa yg madu dia rasa tak ada dia tempek statement macam tu. Kan? Manusia~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miss dorayAki : Sedeh gila! Siap mengaku dia berkawan rapat dgn madu yg tak tahu status madu dorang tu. Adoi.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@mekar: Motif dia mungkin, err, entah! :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@luvYOU : Kan kan! Sgt tak tahu malu. Kalau laki dia dgr agak2 kena cerai tak? haha :P

OKENG! Nt Shag ada masa Shag text akak kita dating ya ;D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot