07 March 2011

Walau satu kelas, penatnya macam ada kelas dari pagi sampai malam!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Ehsan Pak Cik Google lah ;)

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Yay. Setelah dua hari aku bercuti atas sebab INI, aku kembali akti dan menceriakan kelas budak budak akaun. Haha ;D

'Cahaya, kau tak ada, kelas sunyi gila kot!' - mereka.

Cahaya itu nama mengada aku. Sebab, nama sebenar aku di guna pakai oleh kawan aku. Jadi, sebab dorang tak reti sebut Shag dengan betul dan aku tak suka di panggil Moy sebenarnya, aku suruh dorang panggil Cahaya je. Sebab, tu nama kat FB aku dulu. Unikkan?

Lagi, aku tak pasti lah kata mereka itu dusta atau ayat mengambil hati sebab lama aku hilang atau betul dorang rindu aku tambah kelas memang sunyi tanpa kehadiran aku. Bangga seh! Sebab, setiap kali aku tak pergi kelas atau kerja, ada je yang cakap macam tu. Memang 'Cahaya' lah aku kan!

Kejap. Tajuk bunyi lain dari isi entri setakat neh.

Macam ni, hari ini hari Isnin. Dan, hari ini aku ada satu kelas je. Dua jam. Tapi, penat dia. Ya Allah. Sakit badan aku sampai rasa nak migraine. Dan tadi, sikit je lagi migraine aku nak datang menyerang. Nasib baik aku pandai bodek kepala aku kejap. Hehe.

Petang tadi, jadi jurulatih tanpa bayaran ajar budak budak sekolah Mama main boling. Susah weh nak ajar! Tapi, agak bangga bila dorang dapat spare dan strike. Terasa berbaloi kejap.

Lepas tu, macam biasa beli belah ikan ikan untuk kucing kat rumah aku ni. Lepas tu, beli Mekdi. Aku macam biasa ambil set nombor 7. Eh, yeke 7? Entah lah. Janji dapat Big Mac set besar. Kuang kuang.

Lepas tu, pergi Shah Alam sebab nak ambil telefon bimbit Upin Ipin aku dari Baby. Lepas tu, balik. Dan sampai kat rumah dalam pukul 8 malam. Wahhh~ Nak kena buat kerja lagi! 

Kenapa hidup seorang pelajar sangat sibuk tapi kaya?


Lusa, kawan aku dari Arau nak balik sini bercuti. Jadi, boleh ajak date tengok Beastly. Siapa nak join sila email aku! Sebelum nak email, sila mintak dulu alamat email-nya dari aku. Keke.


Psst. Aku nak pergi siap kan surat proposal untuk Accounting Club. Maklum lah, Naib Pengerusi. Durh~


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

24 comments:

Myra Jay said... BALAS

Hehe.. Cahaya ye Shag.. sedap plak nama tu kan, nama unik dan jarang org guna.. :)
Kalau MJ tau Shag pndai boling, konpom2 mintak Shag train MJ..hehee.
Ahad lepas ada tournament boling, me Ratu Longkang..hahaaha

CIK TOM said... BALAS

xpe shag..mmg itu normal life seorg student...wlpn pn 1 kelas tetap letih..hehehe...

take care sayammmm!!!

Unknown said... BALAS

sayammmm..heeee..sabor jelahhh...nnti2 rindu lak nak blajo bile dah keje nnti.;p

mekdi?nakkk.....dabelcis beger 1.hee

Faten Rosli said... BALAS

tertarik dgn pertanyaan :
'Kenapa hidup seorang pelajar sangat sibuk tapi kaya?'

kaya ke?.. bese je..huhu..;p

ardinihumaira said... BALAS

whoaaa
bagus2 p siapkan proposal tu cepat :)

Bunga said... BALAS

heheh..sabar yek dear..t dah keje rindu nak belajar lak..cam bunga ni..hahaha..tua2 pom gatal nk belajar g..hakhaka..

kindergartenlibrary said... BALAS

Itulah pengalaman .
=)

hamzah ian said... BALAS

gua penat belajo.. rase lame.. haha

Miss AZ said... BALAS

cahaya... :)
oh telepon upin ipin dah ambil rupanya.. haha!!

Woofer Storm said... BALAS

cahaya sayam..heheee date lagi tu,curang la dia ni kan...ermmm nak balik uma skg juga..

Ain Shdn said... BALAS

ekeke. ni kes apa sengal2 otot. HAHA. 1st time dtg sini meh.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Myra Jay : Ufff~ Shag tak terror sangat lah kak Myra ;D Tak apa. Dapat title Ratu tu dah kira baik punya ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@CIK TOM : Tulah kan. Tapi rasanya lagi letih dr zaman kolej yg pack dgn kelas. Dah tua kot :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@echah mashuri : Tau tape. Ni sebab rindu nak belajar lah Shag smbung balik ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@misz FaTiN : Kaya woo~ Sebab, kita pergi belajar dapat duit. Boleh saving sebab tak byk komitment sgt. Kalau dah kerja tak rasa pun duit gaji. Lain lah gaji 3000++ ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ardinihumaira : Malas lah Dni :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@bunga: Bunga umur berapa? Tua ye. Keke :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nelly : Nelly sayam! Lama tak nampak? ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@hamzah ian : Kan, bro! ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Amirrah Zawani : Ye, Mirra! Aah. Dah ambil. Tak boleh hidup lah tanpa Upin Ipin tu :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Haha. Tadi dah date. tapi tak tgk movie ;'(

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@CikBulat : Hihihihi. Nt Shag terjah balik ye sayam ;)

Woofer Storm said... BALAS

curang je keja...ermmmmmm

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Alaaaa~ Curang dengan awek je pun :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot