COMPAQ Presario V3000; Qualitz sayam. |
Assalamualaikum, sayam ku semua!
Pergh~ Hampir seharian aku tak pegang komputer riba aku. Semalam punya entri pun aku buat berjadual kan. Lepas tu langsung tak jenguk sini.
Jangan lah sedih. Aku ada sebab kot.
Aku cuba online kat Mekdi Bangi. Malangnya, komputer riba aku tak boleh on. Argh~ Aku mengamuk kejap kat Mekdi. Sampaikan, cerita Hindustan tu yang jadi mangsa aku. Tempat aku memaki hamun. Padan muka!
Balik rumah suruh Abah cek.
Rupanya, display card rosak. Aku tak tahu lah masalah terperinci. Sebab, kalau Abah terangkan pun aku bukannya paham sangat. Angguk je lebih. Keke. Mama cakap pasal komputer riba aku dah lama hidup. Jap nak kira.
Oh. Hampir 3 tahun 9 bulan dah komputer riba buatan Compaq tu hidup dengan aku rupanya.
Lama jugak kan. Selama tu, tak ada apa pun aku tukar. Semua yang lama punya. Tuan yang baikkan aku? Jaga dia dengan baik sekali. Cece. Bab masuk bakul angkat sendiri boleh bagi aku kot!
Esok kelas satu macam biasa. Ingat nak beli bag baru dan terus mencari bingkai kaca mata aku tu.
Jadi, selamat malam semua!
Mari terjah Facebook Shag Yahaya; Cahaya Yahaya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
22 comments:
laptop ix baru 2 thn lebih..masih bernyawa lagi ni..xtau la kang tetiba nazak..
p/s: ix sayam?? haha...tersengih jap..
memang suruh beli baru.. haha.. kan sayam?
p/s : Amende sayam tu sebenarnya? haha..
Saya Tak Pernah Burukkan Awak, Kenapa Nak Burukkan Saya?
salam
suruh abah beli baru..hehhe
Guna duit nuff beli baru.. :)
beli baru sayam..yang lama sy repair tuk syama..yag baru bagi sy tau sayam..blh kan mcm tu??haaaaaa
kak shag sayam..beli baru..beli yg apple..huhuhu..yg lama ni bagi alief..kidding
dah lama dah shag dan dia bersama..hhehehe,,bunga xsampai setahun g..haha..
@♕ Mr.IX ♂ : Wahh~ Baru je lagi. keke. Jom tukar nak sayam?
p/s : Itu lah tujuan utama!
@Aretikz : Tak nak yang baru! Uhuk ;'(
p/s : Sayam itu nama manja bagi sayang. Ada okay tak? hehe.
@sissyira : Err, Abah memang nak beli baru. tapi, untuk Abah. hahaha ;D
@deCrewz : Duit Nuff Shag tak sampai 10 hinggit lagi. Nak tunggu mahu jadi harta pusakan je duit tu :P
@Woofer Storm : Senegal lah sayam neh! Tentu saja tak boleh! Bluek~
@aLieF si Muncung ManiS : Apple ada je kat rumah. Cuma laptop dari brand Apple tu yang tak mmpu beli :P
@bunga : Fuyoh! Baru gilos. Jom tukar nak tak sayam? ;D
ganasnya adik ni....amacam cara merosakkan benda ni..hahhaaa
beli yg baru shag syg...rs kalau baiki mahal jgk kot..baik beli yg baru...pujuk r ayah..heheh ;)
apa lagi shag beli la baru hehe
@Ellen : Caranya, bela lah laptop tu lebih dari 3 tahun lepas tu tunggu je card tu berkarat :P
@CIK TOM : Kan kan. Tapi, Shag sayang lah nak ganti. Laptop ni best! ;D
@HAZWAN17 : Hazwan belikan! ;D
yaty dah add fb shag ;)
p/s: beli lah lptp baru kalo dah terok sgt sayam...
@Miss Yaty : Yay! Sayam Yaty ketat ketat ;)
Post a Comment