06 February 2012

Pengalaman aku mencari cincin merisik dan nikah. Pergh~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Girl, you're my lollipop
Oh girl, you're my lolli lolli
Girl, you're my lollipop
Hey, let's get it poppin' poppin'


First time dapat pengalaman cari cincin merisik dan nikah sendiri, Pergh~ Siok ada, haru ada, marah pun ada rasanya. Kiki. Tak sangka, nak beli cincin pun kena survey habis habisan. Rupanya, setiap kedai, lain harga emas nya haa. Market price waktu aku p hari tu, 1gram sama dengan RM194. Mahal gilos bagi aku~


Beli cincin rasanya aku dah boleh beli lens baru untuk Baby Sixxy aku - DSLR.


Masuk kedai Habib, sorang pun tak nak layan. Sebab ? Budak budak yang datang. Dorang mesti ingat, datang saja saja tengok. Bukan niat nak beli. Hadoi mak~ Dah tanya, cincin nak nikah. Dia boleh buat bodoh. Tu yang aku bengang, terus aku cakap - 'Kalau aku ada pekerja macam ni satu hari nanti. Alamat lingkup kedai aku dalam sehari bukak. Memilih nak melayan customer.'


Cara aku memang kurang ajar, tapi, orang macam tu rasanya memang kena kasi ajar sikit. Macam lah 'budak budak' yang datang tu tak ada duit nak beli sampai buat bodoh tahap koya.


Masuk Poh Kong pun sama. Tapi, okay sikit dari Habib. Layan lah jugak. Habis semua cincin di keluarkan. Itu baru cara betul nak meniaga. Heh~ Tapi layanan terbaik antara semua kedai, Zeenath Begum Jewellers. Kedai India aku rasa, tapi pekerja semua Melayu. Siap bagi kupon diskaun lagi u~ Lepas ni pergi nak pakai kupon lah ! Murah lagi. Harga promosi RM191/gram. Guna kupon, boleh dapat murah lagi. Layanan pun tip top, walaupun kedai tak sebesar dan segah Habib dan Poh Kong.


Tu baru cincin, satu hari suntuk jugak berjalan. Aku malas nak cerita pengalaman kat semua kedai emas yang aku p. Kang termuntah muntah korang nak baca kan. Tak pun, terus tekan 'X' je haa~ Bapak sadis belog aku ni. Kiki.


Para penganjur kontes / GA. Jom lah join sekali - 
DALIM | SAYAM | PUMPKIM.

4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

5 comments:

Butterfly said... BALAS

penat kan. aku pun penat. hati aku tetap pada kedai yg ramai melayu tu. next week pi lagi ? :)

Woofer Storm said... BALAS

belikan cincin tuk ai sayam..

#pastu pinang ai tau,tunggu kat puchong ni..hahaaa

..ika itu aku.. said... BALAS

dapat rasa gak penglman cari cincin cam ne..
memang poning kan lalim..hihi

ad kupon lebih tak??hikhik

Nurulchumel said... BALAS

tak sabar nak pi carik cincin jugak!

Pupel Liyana said... BALAS

penat kan. hahahaha sebab tu purple suruh mak mertua carikan :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot