Shag Yahaya sedang menaip~
Tak salah kalau kau rasa kau tak mampu nak lupa kan sesuatu. Sebab, perkara paling susah nak buat adalah melupakan seseorang yang korang sayang. Sama berlaku dengan aku. Jangan kata aku tak pernah alami apa apa. Aku pun manusia biasa. Sering di timpa dugaan.
Dah dua tahun bhai berlalu rupanya. Nak masuk tiga tahun dah. Tapi, aku gagal nak lupakan semua yang berlaku dua tahun empat bulan yang lalu.
Hampir berpuluh orang yang aku sayang, yang aku percaya, hilang begitu sahaja. Semua mereka tetiba jadi makhluk asing di hadapan aku. Yang dulu nya sanggup bermandi darah dengan aku, tetiba meludah aku ! Yang dulu nya berkongsi segalanya, tetiba menjadi tamak. Semua hak dia, semua kebenaran hak nya !
Aku hilang berpuluh orang dalam satu masa. Rasa rasa kau, apa aku rasa waktu tu ?
Aku terus lupa Allah waktu tu. Aku tak malu mengaku ini sebab aku nak korang yang lain sedar. Jangan sesekali melupakan Allah yang satu. Apa yang aku ingat waktu tu hanyalah mati. Biar aku mati dari aku terus hidup dalam penghinaan yang di cetus oleh orang yang aku percaya.
Alhamdulillah. Dalam diam ada penyokong tulang belakang aku. Demi melihat dia gembira, aku berpura pura kuat, dan tersenyum riang. Aku tak suka orang sedih sebab aku sedih. Biar aku sedih dalam diam, janji dia gembira. Aku janji pada diri, aku akan terus berpura melupakan kes mengaibkan tu. Melupakan detik maruah aku di pijak, di campak jauh jauh saban hari. Janji untuk terus berpura gembira.
Sebab janji tu, lepas dua tahun empat bulan aku masih ingat tiap detik tentang benda tu.
Siapa cakap senang nak lupakan sesuatu ? Meh cakap dengan aku. Macam mana nak senang kan ? Tolonglah. Aku dah tak sanggup nak ingat. Setiap kali aku ingat, dendam aku menyala nyala. Aku tak suka dendam. Aku dah cuba maafkan mereka mereka dari dulu lagi. Tapi, kenapa tak lenyap lenyap mereka mereka dari ingatan aku ?
Mereka mereka, kalau baca, adakah wujud bibit bibit gembira di hati korang ? Kerna nama korang terpahat teguh dalam ingatan aku. Wajah korang terukir pekat dalam minda ini. Bergembiralah atas sengsara aku ni ;)
Para penganjur kontes / GA. Jom lah join sekali - DALIM | SAYAM | PUMPKIM.
Neway pusat karaoke yang err err . . .
Cerita antara aku dan skandal - Puih! ~
Attention my dear, miechalovechocolate.blogspot.com
Pulau Dudoq - Pusat Pelancongan Terbaik lah der~
Cerita antara aku dan skandal - Puih! ~
Attention my dear, miechalovechocolate.blogspot.com
Pulau Dudoq - Pusat Pelancongan Terbaik lah der~
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
12 comments:
takpe shag.. kita memang tak mudah nak lupa, tapi tidak mereka :) sabar dan tabah
kuatkan semangat. hihi jangan risau eh, what they give, they will get back :D
:D puan shag.. kita wanita,punya hati yang kuat.. jgn risau anda boleh!
sabar ye..^^
ALLAH itu maha adil..
http://www.mudah.my/Perkhidmatan+menyewa+van-12371858.htm
van untuk disewa dengan harga murah..boleh digunakan untuk melancong, menganggkat barang dan banyak lagi..
senyum ^^ pernah merasai ~
Allah akan menguji seseorang mengikut kemampuan dirinya. Bersabarlah dengan ujian-Nya. :)
naa kan,tersembur juga semua tu..
#dah ckp,bukan untuk melupakan semua kenangan terindah tu..tapi nak buat mcm mana kalau dia tak nak,takkan nak merayu lagi mcm orang nak gila..sabar je la,yang pasti tuhan tahu siapa salah,siapa yang benar..sekian^^
#jiwang dah mari ke??heheee
Mmg kesakitan sukar dilupakan, tp kenanglah saat kemanisan kerana itu pengubat luka..
kita takkan mampu nak bangun semula selagi kita tak jatuh..
betul tak lalim??
mula malas suda budak ni..hehehe
sabar yer..:)
Post a Comment