 |
Gambar aku dengan Along. |
Assalamualaikum, sayam ku semua!
Tajuk entri aku kali ni macam sangat membosankan je. Dah lah panjang. Lepastu terang terangan cakap nak sembang pasal racist atau dalam bahasa Melayu nya. Errr, kejap. Aku tak tahu lah pulak. Durh~
Dulu, waktu aku sekolah rendah, aku pelik. Kenapa tak ada orang nak kawan dengan aku? Tapi, sebab aku masih budak budak yang malas nak pikir selain makan! Aku buat bodoh je hal remeh tu. Tak penting pun, kawan ada ke tak. Janji aku ada Mama, Abah dan adik beradik aku. Kan?
Aku hanya ada seorang kawan dari darjah 1 sampai lah aku darjah 3. Lepas tu, baru lah bertambah sikit kawan. Sebab, dorang dah tahu aku ni anak Teacher Z. Sebutannya adalah Zee ye. Mulalah, ada orang yang nak kawan dengan aku.
Bila dah besar. Baru aku tahu, kenapa dorang dulu tak nak kawan dengan aku. Sebelum mereka tahu Teacher Z yang garang tu ialah Mama. Rupa rupanya sebab muka aku macam orang Cina.
Damn lah dorang!
Kecik kecik dah tahu nak racist kan? Mangsanya aku pulak tu. Yang berdarah Melayu sendiri. Ya, aku mengaku. Aku punya darah Cina mengalir dalam diri aku neh. Tapi, jangan lupa ada jugak darah Siam dan Jawa Bandung dalam darah aku.
Jadi, tak layaklah dorang nak
racist hanya kerana aku bermata sepet dan putih lepas tu gebu dari dorang. Mana adil weh! Aku budak kecik je. Sampai hati budak kecik macam aku sanggup buat aku macam tu.
Racist tu benda besar weh.
Sampai sekarang aku anti
gial gila sama budak
racist. Tak kira kau bangsa apa!
 |
Aku dengan Mama.
Aku bersama sijil Nasyid Peringkat Negeri weh.
Tak pakai tudung pun masuk nasyid :P |
Lepas tu, aku lagi ramai kawan bila aku bertudung. Bertudung di sini, hanya pada waktu persekolahan je. Keke. Waktu tu aku darjah 5. Baru lah orang nak cakap dengan aku.
Oh, kau Islam rupanya. Ingatkan Cina.
Oh. Kalau aku Cina memang kau takkan tegur sampai mati lah kan. Sentap weh, sentap! Kecik kecik dah sentap sebab aku sepet. Waktu tu, aku tengok cermin. Yang aku tengok mata aku. Betulkah sepet?
Serious, aku cakap. Aku tak rasa mata aku sepet,. Kenapakah? Tapi, korang kata mata aku sepet. Kenapakah?
Sehingga satu ketika, aku tertanya tanya. Betul ke mata aku sepet. Penat aku tanya sorang sorang kawan aku. Betul ke mata aku sepet. Jap gi dorang cakap, terima jela mata sepet. Gelak tak nampak mata. Okay. fine!
Nak tahu apa pengalaman paling best sepanjang aku tidak bertudung san memiliki mata sepet yang pasti orang bermata sepet yang lain pernah alami?
Satu. Orang Cina seolah olah menjaga aku. Padahal dorang tahu, aku bukan Cina macam dorang.
Dua. Dorang kasi servis baik punya kat aku. Lagi lagi kat salon rambut. Dia siap kasi potongan harga meh. Siap kasi harga rendah suruh aku luruskan rambut. Haha ;D
Tiga. Dorang selalu sedekahkan senyuman kat aku.
Cukup lah aku senaraikan tiga. Sekarang, mari lihat keburukannya pulak.
Satu. Orang Melayu pandang aku macam nak campak aku balik Korea. Eh, silap. Balik China!
Dua. Orang Melayu tak nak bercakap dengan aku. Jadi, agak susah aku nak mintak potongan harga dari peniaga Melayu neh. Uhuk.
Dah kot. Karang kasi lebih orang cakap aku tindas bangsa sendiri. Durh. Dulu korang tindas aku tak apa pulak kan. Hmph. Dah dah. Lupakan kisah lalu. Bukak buku baru sebagai orang Melayu bermata sepet dan bertudung! Ahh~
 |
Muka kami memang berbeza!
Baby, Mama, Aku!
Psst. Aku paling tinggi sebenarnya.
Dan, Mama paling rendah. |
Sekarang, tak payah orang tertanya aku ni orang Cina ke orang Korea. Tak pun Jepun. Jadi, tak payah nak tunjuk racist dengan aku.
Kalau aku jadi Menteri Bangsa dah lama aku hantar orang yang suka racist ni masuk penjara!
Apa kata kita drop this subject now? Sebab, aku takur emosi aku bawak cerita ni jauh terpesong. Haha ;D
Adios amigos.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================