20 January 2011

Bukan pasal Anugerah Bintang Popular.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam petang Khamis, pembaca! Semoga korang tabah baca entri kat bawah ni. Amin :D



Anugerah Tahun Baru 2011.
Acara : Sesi bertemu wartawan sebelum berlangsungnya anugerah.
Wartawan : Cik Fiqah Alias.

Fiqah : Salam, Cik Shag. Sempena tahun baru 2011 ini, ada satu anugerah diadakan. Anda rasa, anda akan bawa pulang salah satu trofi? Kenapa anda berpikiran begitu?
Shag : Saya dapat rasakan saya bakal bawa pulang satu trofi pada malam itu. Ini kerana, saya ada ikut belog salah seorang juri anugerah tersebut, Tinta Pawana Bingkisan Kejora. Peluang saya nak menang, besar!

Fiqah : Oh. Okay. Jadi, hari ini telah genap 20 hari kita berada di tahun 2011. Apakah azam anda untuk tahun ini? Kasi 3 cukup.
Shag : Azam saya senang. Satu, nak sambung belajar ke peringkat ijazah. Dua, kalau belajar saya mahu masuk dalam Senarai Dekan. Tiga, saya ingin jadi orang yang lebih berguna saban hari. AMIN!

Fiqah : Mudah sahaja azam anda, Cik Shag. Kita teruskan dengan soalan sedikit peribadi. Apakah anda sedang bercinta atau akan bercinta untuk tahun 2011 ni?
Shag : Mudah di dengar, tak mudah di laksanakan azam saya tu. Kan? Saya tidak bercinta. Dan, saya tidak berharap saya akan bercinta pada tahun ini. Haha. Jadi, kepada jejakau di luar sana yang meminati saya, sila simpan hasrat kalian untuk memikat saya sampai tahun hadapan.

Fiqah : Tak rasa sunyi ke, Cik Shag? Kita teruskan soalan. Apakah perasaan anda mengenai penambahan angka pada umur anda?
Shag : Saya punya keluarga dan kawan yang sentiasa memecah kesunyian saya. Saya rasa, saya harus laksanakan cepat cepat semua wishlist saya sebelum umur 29 tahun. Sebab tahun tu, saya mahu kahwin walau apa pun berlaku. Tak lama lagi dah 29. Oh no!

Fiqah : Wahh~ Nak kahwin umur 29 ya. Saya doakan anda bertemu jodoh dengan cepat. Amin. Akhir sekali, saya nak bagi tahu. Sayalah juri yang anda ikut baru baru ni, Tinta Pawana Bingkisan Kejora. Dengan ini, saya umumkan anda adalah pemenang yang saya cari! Ambillah trofi ni awal awal. Malam anugerah tu tak payah datang dah ya!
Shag : Makaihguaterkejutkot! Biar betul, babe? Lu ke yang gua selalu chat kat SB. Derr. Terima Kasih, Fiqah. Save duit kot. Esok tak payah aku p cari sponsor baju. Kata tak payah p dah. Kiki :P




Anugerah Blogger Tak Popular Tapi Popular Jugak.
Acara : Malam Majlis Anugerah BTPTPJ.
Anugerah : Pengikut Terbaik 2010.

Fiqah : Pemenang bagi Anugerah Pengikut Terbaik jatuh kepada, Cik Shag. *clap clap
Shag : *Homakkauakuterkejut* Terima Kasih kepada semua peminat saya yang sudi mengundi saya menang pada malam ini. Kepada Cik Fiqah, penyampai trofi ini, saya ucapkan bebanyak terima kasih sebab sebut dengan betul nama saya. Hihi. Jasa mu akan ku kenang sampai malam esok! Terima Kasih semua. Alhamdulillah. Ucapan saya belum habis lagi. Dengan ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai calon suami saya. Taat pada Dia, handsome, tinggi, sepet dari saya dan kaya! Bagi yang sedang gaduh manja, saya nasihat kalian cuba berbincang. Semua masalah ada penyelesaian nya selain bercerai. bagi yang bercinta secara bukan halal iaitu tidak berkahwin, ada masalah putus kan saja. Cari yang lain. Tak pun korang baca lah doa pendekat jodoh. Jangan tanya saya, sebab saya tak pernah jumpa lagi doa tu.






Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

2 comments:

Fiqah Alias said... BALAS

wah3..hehehe..hebat shag..thanx yer sbb sudi terima anugrah dr fiqah tu..=) hik3..

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Fiqah Alias : Sama sama Fiqah! :D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot