31 January 2011

Kad Keahlian 'Toys R Us' adalah PERCUMA !!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Lebih kurang macam ni lah Toys R Us kat Alamanda.
Ehsan Pak Cik Google ;)


Salam malam, pembaca!


Cuti cuti macam ni, memang aku jarang ada kat rumah lah kan. Pergi berjoli. Ops. Bukan. Hanya pergi bergembira bersama keluarga tanpa Abah dan Along. Lagi lagi ini adalah minggu terakhir aku berjimba sakan sebelum aku terpaksa laburkan segala tenaga aku untuk masa depan yang lebih cerah.

Ayat tak boleh belah siot! Choi lah~

Tadi pagi, aku pergi MARA nak hantar borang Cash Advance untuk bayar yuran UniKL. Pegawai MARA cakap ambil masa 7 hari bekerja. Haih. Sudah tentu aku dapat duit pendahuluan pendidikan tu lepas aku daftar kat UniKL.

Haih~

Lepas tu teman Mama pergi klinik kat Sentul Boulevard. Memang selalu pergi sana kalau sakit. Sanggup jelajah dari Putrajaya ke Kuala Lumpur demi ubat. Keke. Lepas tu, pergi Alamanda terus. Konon nak suruh Boboy buat latihan. Biasalah. Nanti ada tournament boling Majlis Sukan Wilayah Persekutuan [MSWP]. Jadi, aku pun turut melatihkan diri walaupun aku tak layak masuk MSWP dah.

Suka semakkan diri kat bowling alley :P

Lepas tu, pergi balik rumah angkut Chummy Lambert dan Jerry Bruckheimer pergi klinik kat Bangi. Nak bagi vaksin kat Jerry je. Chummy tu saja bawak. Kereta penuh gila dengan bulu dorang. Benci aku! Nak kena sapu kasi bersih. Argh~


Eh eh. Lupa nak cerita. Tadi kat Alamanda aku pergi buat kad kat Toys R Us. Alaa~ Kedai mainan budak budak tapi orang dewasa pun ada beli jugak tu. Tak tahu boleh lah tanya Pak Cik Google.

Ni aku punya!

Tak payah bayar satu sen pun untuk kad tu. Hanya isi borang, lepas tu dapat kad! Tak payah nak perbaharu ke apa ke. Kad tu untuk seumur hidup. Gembira tak?

Tentulah aku gembira!!! Korang bila lagi? Ayuh serang setor Toys R Us berdekatan anda sekarang ;)



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

10 comments:

alinac lover said... BALAS

suka jugak!!!

Miza Yusof said... BALAS

macam best je ni. teringat zaman kanak-kanak. hehe :)

Mimi ! said... BALAS

yeay! saya pun adaaa!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@alinac lover : Suka sangat sangat :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miza Yusof : Hehe. Kan? ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Mimi ! : Yeay. Gimme five! ;D

ardinihumaira said... BALAS

hu kat kelatey kat ne ek. nak gak :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ardinihumaira : Tak tahu lah Dni :P

adibah said... BALAS

mengumpul kad mmg la hobi,,tp yg xde expired punye..heee

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@adibah : Sama! Gimme five Adibah ;D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot