11 January 2011

Dato' Siti Nurhaliza dan Nurul Syakirin. Ada kaitan?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Dagu dia macam Baby punya dagu =.=

Salam petang Selasa, pembaca! Moga yang lapar tadi, dah kenyang lah ye sekarang. Lunch hour tadi~


Siapa dia Nurul Syakirin? Ada orang kenal? Korang? Aku, kenal! Dia kawan aku. Cerita pasal kawan lagi kan. Semalam cerita bangga gila dengan Encik Azizulhakim yang berjaya mencipta pencapaian besar! Hari ini, satu lagi cerita pasal kawan aku.

Tapi, apa kaitan dengan Dato' Siti Nurhaliza pulak. Adik beradik kah mereka. Tentu tidak sebab semua adik beradik Dato' Siti, semua orang dah kenal. Biar aku bongkar rahsia yang telah lama di rahsiakan dari kedua belah pihak. Mari kita terjah~

Bikin saspen kejap.

Nurul Syakirin Zulkefly atau lebihh di kenali sebagai Eky di kalangan kawan kawan, hari ini genap lah beliau berumur 22 tahun. tepuk tangan. Clap clap~ Mari kita nyanyi selamat hari jadi dulu sebelum kita bongkar rahsia.

Selamat hari jadi, selamat hari jadi
Selamat Hari Jadi ke-22
Selamat hari jadi.

Eky : tiga dari kiri yang berdiri.
Aku? Cari sendiri ;)

Okay. Rahsia yang mereka cuba sorokkan adalah, Eky dan Dato' Siti Nurhaliza adalah . . Jeng jeng jeng. Mereka adalah kembar! Mereka di lahirkan pada hari yang sama cuma pada tahun dan masa yang berbeza! Lagi kembar mereka yang aku kenal adalah Cik ML.

Dorang bukan takat kembar tiga je. Ada berjuta lagi kembar mereka yang mereka sendiri pun tak sedar mereka punya kembar seramai itu. Apa apa pun, moga di berkati selalu. InsyaAllah.

Ucapan Puan Besar Shag Yahaya pulak. Ada je menyibok sekarang neh.

Dah lama saya tungu tunggu saat ini. Hari jadi Dato' Siti Nurhaliza, kawan rapat saya sewaktu saya sama sama dengan beliau bertanding untuk bintang RTM dulu. Kepada kembar kembar Dato' Siti di luar, contohi lah kembar kamu yang satu ini. Ambil yang keruh buang yang jernih. Haip. Salah skrip. Maaf. Siapa yang tulis ni? Maaf. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Kepada mereka mereka yang hari jadinya jatuh pada hari ini, saya mendoakan kalian di limpahi rezeki yang HALAL dan di berkati. Moga kejayaan akan beriring dengan kalian. Moga kita dapat di pertemukan suatu hari nanti. InsyaAllah AMIN!

Inilah ML.
Curi gambar ni dari entri ini : KELIK

Itu dia. Ayat penuh syahdu dari Puan Besar. Pasal skrip tu bukan salah aku. Salah PA Puan Besar. Apa nak jadi entah. Patut denda je tu. Cuci tandas kucing aku!

Kepada Eky, jom lepak! Dah lama tak lepak dengan kau lah. Last terserempak waktu aku teman Marly Ahmad beli barang nak bawak balik ke UiTM Arau. hehe. Rindu kot!

Kepada ML, moga anda rajin rajin belaka untuk final exam nanti sebab dah nak grad kan! Moga jadi anak yang baik, tunang yang sentiasa comel serta kawan yang sentiasa ada! AMIN AMIN ;)

Bye!




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

18 comments:

Myra Jay said... BALAS

Hehe.. sama besday ye.. Happy Besday to both.. hehee

Fatin Rahmat said... BALAS

haha ingat ke ape lah persamaan diorang tadi. btw, Happy Birthday buat kembar-kembar Dato' Siti Nurhaliza! >__<

- GC - said... BALAS

aku pn ada persamaan dgn dato'siti, sora aku sedap macam sora beliau. haha

mALd!EyA said... BALAS

shag..adoiy..bikin gempak ek..haha...
btw..nice entry..=p..
hepy bufday to dato' ct n kembar2 nye yg ntah di mane..heee~

note=bufday sy sme n spe????tettttt~!

Shag said... BALAS

@Myra Jay : Hehe. Thanks, Kak Myra. On their behalf :P

Shag said... BALAS

@Fatin Rahmat : Haha. Gimik itu penting! :P

Shag said... BALAS

@- GC - : Haha. Yeke? Jom karok! Shag punya suara macam Chester :P

Shag said... BALAS

@mALd!EyA : Itu wajib untuk hasil kan sesebuah entri ;)

err, bila hari jadi?

she jirah said... BALAS

kita pun ada persamaan dengan siti.
tapi bukan siti nurhaliza..
siti kelembai....
hehehehe

luvYOU said... BALAS

Heppy bday shaggy punye kawan ^_^ !!

hahahaha
akak gurau aje lah shag psl RM30 tuh..huu..takkanlah nk buat jahat kt adeq sndri kan..huu

Rara Nasiha said... BALAS

seronok dapat satu harijadi dengan siti nurhaliza. :)

alinac lover said... BALAS

waaa sama besday..suka!!!

Shag said... BALAS

@she jirah : Yeke? Siti Kelembai nama betul dia apa eh? Hmph~

Shag said... BALAS

@luvYOU : On her behalf, THANKS! Kiki.

Yeke? Cehh. Shag kejam dengan adik adik Shag. Kahkah :P

Shag said... BALAS

@Rara Nasiha : Yeke? Agaklah kot! Haha :D

Shag said... BALAS

@alinac lover : Shag suka jugak ;)

emieysandra said... BALAS

my fren pun kmbar diorg, bfday hri ni gak..:D
*dato' Siti comel sgt!!

Shag said... BALAS

@emieysandra : Yeke? Wahh~ Happy Birthday utk kawan Emiey ye! :D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot