05 January 2011

Tembakan tepat dari Kak Nonoi.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam malam, pembaca!

Malam ni kalau boleh, aku nak selesaikan hutang aku mengenai tag dan anugerah. Kalau ada lah dalam setor bookmark aku. Jom tengok apa tag pertama aku nak selesaikan.

Tag ini aku dapat dari Kak Nonoi. Kawan dari satu laman sosial yang aku selalu lepak selepas belog, Plurk. Tag ini berkaitan wallpaper laptop tak silap aku. Dan tak silap aku juga, aku pernah dapat soalan ini. Cuma masa tu, tak paham soalan mengenai apa. Orang sebelum sebelum aku pun tak berapa paham tag tu. Rupanya, tag ini berkaitan dengan wallpaper laptop. Adoi adoi.

Entri yang lama pasal tag yang serupa.

Jadi, dengan semangat berkobar, aku nak jawab tag dari Kak Nonoi biarpun pernah aku jawab. Yeehaa~
  1. Adakah anda rasa anda HOT ?
    Ya, saya sangat panas. Durr~
  2. Upload wallpaper anda guna sekarang ?
    Kejap! Loading . . . .

  3. Cerita pasal gambar ini itu ? *sepatutnya memang kena guna ITU*
         Aku guna kan warna tema merah dengan gabungan sedikit warna ungu. Kalau perasan, di desktop aku hanya ada 3 benda je. Iaitu Shag Yahaya [D], Recycle Bin dengan WM. Itu yang paling penting untuk berada di desktop. Kat taskbar pulak ada 3 eh 4 ekor makhluk asing. Makhluk asing tu mewakili pelbagai pihak. tapi semuanya baik baik. Kiki. Boleh pulak?
         Nombor 1 mewakili Yahoo Messenger. Nombor 2, Paint[dot]Net. Nombor 3 pulak, Photoscape dan nombor 4, Chrome.
         Aku tak bekerja, tidak pula belajar. Sebab itu, desktop laptop aku kosong. Tak tengok waktu aku belajar dan kerja dulu. Kemain banyak sticky notes. Tak nampak dah wallpaper apa aku pakai. Muahaha.
  4. Kali terakhir makan pizza ?
    Tak ingat! Sepatutnya hari terakhir aku keluar dengan Marly Ahmad aritu. Tapi, masing masing pokai.
  5. Lagu terakhir anda dengar ?
    Bukan Diriku - Samsons.
  6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini ?
    Gelak gelak tengok Adeq Pendek buat kerja sekolah.
  7. Selain nama sendiri, anda di panggil dengan nama apa ?
    Semua nama baik nama aku. Nama buruk itu hinaan. Apa apa tah aku cakap.
  8. Tag Senaraikan 5 orang : *aku tiada mood untuk tag orang buat masa sekarang* 
    Hannah Abdul Hamid
    Zainab Abdullah Jawawi
    Siti Aminah Ismail
    Normaliza Ibrahim Keng
    Syafiq Sapian
    *antara 5 orang yang memegang watak utama dalam lakon layar aku*
  9. Siapa orang nombor 1 dengan anda ?
    Dia adalah kawan yang terbaik !! Kami selalu gaduh. Lagi lagi bab lelaki. Okay, bye!
  10. Katakan sesuatu kepada orang nombor 5.
    PENAKUT !
  11. Nombor 3 ada hubungan dengan siapa ?
    Mohd Afandi ;)
  12. Bagaimana dengan nombor 2 ?
    Bersama dengan menantu kesayangan aku, Zahir Rosli :D
  13. Kata kata cinta pada orang nombor 4 ?
    I Love You ! Nak Molly !! [?!]
  14. 4 fakta tentang orang yang tagged anda, Kak Nonoi kamu tagged[s] ?
    1) Hahn_ah : Dia ni lah yang hari jadi 1 Januari tu. Hehe.
    2) Zainab : Dah matang !! Satu pencapaian yang aku suka dan bangga !
    3) Sosot : Berada di UK. Study kat sana.
    4) Marly Ahmad : Pelajar Human Resource kat UiTM Arau.
    5) Apek : Sepet ! LOL~
Dah habis! Penat penat~



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

2 comments:

♥ Teacher Nonoi ♥ said... BALAS

Thanks dah buat HEHEHE. Takpe tak tag orang.. Akak lah paling tak cerewet kalau pasal tag ni.. buat lah suka hati asal buat HAKHAK

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@n0n0i♥a'n'l : Hikhik. Dah buat pun dengan suka hati :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot