Gambar blurr hasil tangan Adeq Pendek! Pashmina RM2, Inner RM3.50 |
Salam pagi Rabu, pembaca!
Aku nak cerita pasal malam semalam. Lepas jejalan p sambut Hari Jadi ke-9 Nur Syahiezy Putri, aku balik buat ais krim goreng. Sebab aku dapat resepi ais krim goreng dari Kak Dilla masam. Semangat gila aku pergi beli ais krim dengan roti Gardenia, korang! Haha.
Tak sempat nak salin apa apa dah. Balik terus lenyek roti. Aku tak berapa ingat resepi Kak Dilla, jadi aku main hentam ajelah. Janji ada ais krim ada roti lepas tu goreng!
Tengah syok goreng roti ais krim tu, tetiba roti bocor. Sakan je ais krim keluar. Adoi adoi. Terus aku angkat, bising satu rumah. Ais krim goreng bocor!!! Haha. Entah apa apa anak dara paling tua dalam rumah ni semalam. Adoi adoi.
Dan, aku terlupa Kak Dilla ada highlight satu kenyataan dalam resepi dia. Meh aku highlight kat sini kenyataan yang aku lupa lalu buat ais krim goreng aku tak menjadi.
Korang perlu simpan roti eskrem nih semalaman dalam peti sejuk dlu di bahagian chiller iaitu bahagian ais. Kalau harinih korang buat, esok baru korang boleh makan :)
Sabar ye kawan-kawan ^_^
Okay. Bagus sangat lah tak ingat bahagian ni. Tak sedar diri. Rumah tak ada peti ais nak buat ais krim goreng. Aiyayai. Untuk pengetahuan semua, peti ais kat rumah dah rosak dan tidak boleh di gunakan hampir 2 bulan. Nak beli baru. Tapi, Seng Heng ke apa apa nama tah, masih tak beri jawapan lagi. Dua kali kot Mama dengan Abah buat lain pembelian kat Seng Heng tu. Argh~
Kak Dilla. Shag nak !! Kak Dilla tolong buatkan! Eh eh? Sambil kenyit mata manja ;D
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
24 comments:
boleh erk? pakai roti gardenia.. huhuhu mcm sedap jer.. salau mkn kt mamak jer.. ice cream goreng nie.. hehehe...
sedapp tapi mmg kena simpan at least 4 jam..br leh goreng..haha.
Sedapnya !
hehe ..
Shag anda di TAG di blog den ..
Amek ye !!
nk jgk ice cream goreng ! =D
@Lizzie Yasmin : Boleh je! Haha. Shag pun baru tahu :P
@Lydia Miza(Aidyl Azim) : Shag tak tahu. Lupa resepi semalam. LOL~
@Sallehudin Said : Tak sedap sgt semalam Shag buat. Sbb tak jadi =.="
@combi: Jom buat! :D
wahh..nk sikit :)
wah sedapnyeeee
terlIuQ lak
nak skt bule? hehe
rase macam nak try buat.luar rumah ni sejuk.boleh ganti peti ais.ehe..
hahahaha. kene dende watkan utk aku roti goreng aku balik raye cine nanti!!! :D *sambil wat muke lagi comel~*
haha moyy ain penah tryy!! buat masa cuti..
excited gile.. haha pastu besar mcm bola sbb lapis byk2 takut bocor hahaha... nyum2..
tak pernah lak try makan ais krim goreng...
kena try lepas ni
huhuhu..ice krim goraeng...kreatif..
@miss fatihah : Tak jadi =.=
@CahayaCintaIlahi : Adoi. Shag punya tak jadi. Haha. Kalau jadi best lah share :D
@Phat Lee : LOL~ Boleh pulak? best ahh lagu tu, bro!
@MollyAhmad : Muahahaha! Pinjam freezer kau! *buat muka berganda ganda comel dari kau*
@Ain Abia : Haha.Tak muak ke kalau lapis banyak banyak Ain?
@HAZWAN17 : Harus try kot!! Cube masak sendiri. Syok~
@Matika : Sangat kreatif dan sedap! :D
ais krim gorengggg ! my faveret !!!
@Ateynmohd : Yeke? Shag tak pernah makan eskem goreng. Sedihnya! =.=
Post a Comment