12 January 2011

Betul apa kata Sheila Rusly. Kata apa?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Yuna, kalau tak suka cakap. Nanti aku buang ;)

Salam petang Rabu, pembaca!

Korang mesti dah tahu berita tergempar semalam pasal drama Sakti Delima di haramkan penyiaraannya oleh pihak LPF atau nama panjangnya Lembaga Penapisan Filem. Tak kan tak tahu kot? Aku yang tak baca surat khabar pun tahu. Itulah gunanya baca belog. Bukan sekadar berkawan, malah menambah ilmu.

Aku tak cerita pasal kes tu. Sebab, aku rasa memang pihal LPF tak patut mengharamkan drama tersebut. Alang alang nak haramkan drama Sheila Rusly, sila haramkan juga semua cerita. Dah semua cerita tayang dada putih melepak. Tayang peha gebu macam peha ayam goreng! Nomm nomm~ Lepas tu, semua cerita wajib tayang anak muda p clubbing sambil teguk air hancing setan. Tu tak nak pulak di haramkan?

Haih. Aku dah cakap, aku tak nak cerita pasal tu. Aku nak cerita pasal ni, kes aku.

Kan aku dah berkeputusan muktamad tak nak masuk UiTM walaupun hampir 800 hinggit aku habiskan semata mata nak masuk ke sana. Lepas tu, aku ambil keputusan nak bekerja lah sebulan sementara nak tunggu masuk UniKL. Sebab, kalau dapat, pendaftarannya pada 7 Februari. Ada sebulan. Dari duduk rumah, baik aku kerja bagi ganti duit Abah 800 hinggit tu.

Dalam banyak banyak kedai kat Alamanda tu, adalah beberapa kedai yang perlukan pekerja. Terjah lah aku satu satu kedai. Yang panasnya, aku masuk kedai Bonia dia pandang aku atas bawah. Heyy, aku dah cukup comel pakai shawl merah hati batik! Pakai kasut. Entah apa yang kurang. Oh ya, mungkin jenama!

Hambek kau! Aku tak nak jejak situ lagi =.=

Lepas tu dia tanya aku, sambil usha aku baik punya minah ni. Siapa yang nak kerja? Aku naik angin sikit. Nasib baik sikit. Dah aku yang tanya, siapa lagi nak kerja? Adoi adoi. Bengap sungguh! Aku jawab 'SAYA LAH SIAPA LAGI. hehe' sambil sengih ala ala model gitu! Lepas tu, dia jawab

KITORANG TAK AMIK ORANG BERTUDUNG !!

Cukup kuat di situ bagi semua orang dalam kedai, pekerja pelanggan, semua pandang aku lah kan! Oh damn kau perempuan murah tidak bertutup auratnya dari segi rambut, dada dan suara! Kan dah marah. Kot ye pun nak cakap korang tak amik orang bertudung, macam AKU. Tok sah lah sampai nak kasi satu Putrajaya tahu. Dengan rasa marah, aku terus cakap kat dia dengan nada yang masih boleh di kawal volume nya :

LAIN KALI, TARUK SYARAT : FREE HAIR!

Lepas tu aku tambah, macam mana orang nak bertudung kalau nak kerja pun ada syarat TIDAK BERTUDUNG? Diskriminasi namanya ni. Teruk!

Terus aku blah. Negara kita sendiri buat peraturan macam tu. Macam mana nak seru kaum Hawa untuk menutup aurat? Terus hilang mood aku nak cari kerja. Janji aku selepas kejadian tu, aku tak nak beli barang kat BONIA. Maaf lah Bonia. Aku benci kau!

Aku nak petik kata kata Sheila Rusly dalam luahan hati bersama Metro. Curi dari Sis Ellen di entri ini, KELIK
“Sebenarnya, ramai pelakon bertudung mengeluh kerana susah mendapat tawaran berlakon dan watak mencabar kredibiliti mereka. Peluang yang saya buka kepada pelakon bertudung untuk beraksi dalam produksi saya itu atas rasa tanggungjawab sebagai produser, sekali gus menyemarakkan bidang seni tanah air,”
Bukan artis je jadi macam tu. Rakyat biasa pun susah nak cari rezeki.



Psst. Ini entri merujuk pada kemarahan kepada pekerja di kedai serupa itu ya. Bukan orang lain yang tidak bertudung! Jaga sikit dalam berkata. Jangan sampai kata kata kedengaran menghina orang bertudung. Buat kompeni yang tak suka orang bertudung melopori kompeni korang, better bukak kompeni korang kat US ke UK ke, not Ulu Selangor or Ulu Klang. It's United States of Amerika and United KingdomOkay?



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

50 comments:

Woofer Storm said... BALAS

laaaa,shag ni ppuan ke??heeeeh ngat laki,hehee

biasalah kdi2 mcm tu nak pekerja dia seksi2,snng dpt customer..customer bukn nak beli,tapi sja nak usha lebih kat pekerja tu...gila betul bonia,lagu bgus tutup kedai..hahaaaa

napa tak nak msk uitm??best apa uitm,murah skit stdy sna..heheeee

Lydia Miza said... BALAS

huhu..sedihnyer kan bila negara islam dah jd cam ni.hehe..sis pun dulu x tau shag girl.kih3.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Haha. Di maafkan! Sebab Shag pun pakai nama lelaki. Miaw~

Tulah pasal! Tapi, tu memang dah biasa sangat. Cuma, pekerja tu kena lah jaga mulut kot. Menghina namanya. Haih~

Sebab UiTM tak kasi kos yang Shag nak. Kiki. Last minute baru Abah tanya betul ke nak pergi =.="

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Lydia Miza(Aidyl Azim) : Hahaha. Mak aih. Penat Shag taruk pink kat belog neh :D

Nadd said... BALAS

tau xpe.
nak yg HOT HOT je.
hahahahaktuih. geram je. -.-'

Unknown said... BALAS

lor..pompuan ke?

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nadd : Kalau hot bebenor tak apa. Ni setakat hot hot chicken shit je :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@E.d.Y : Lah~ Edy pun ingat Shag lelaki ke? =.=

cik mas said... BALAS

kesian artis bertudung..kalo kat mane2 nak cari keje pon payah jugak..banyak org x nak pekerja mereka yg pakai tdg, kdg2 tu tak bg berhenti g solat langsng....huhu :(

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@♥..cik_mas..♥ : Tu lah. Dulu kawan Shag tak boleh pergi sembahyang Jumaat. Boss tak kasi =.= Tapi dia still pegi jugak. Curi curi. Kiki.

she jirah said... BALAS

dulu cousin kita pun kena mcm tu.
g part time dkat hotel.
dh terima.
dia suruh tukar baju sambil cakap "jangan lupa buka tudung and buat sanggul"
cousin terus kata x nk keje situ.
hee~
x patut betul mcm tu.

ardinihumaira said... BALAS

heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeyyyy tumpang rasa meruap2 nak marah. sekati takmo ambik orang bertudung. wak de wak deee... ape ko ingat kedai ko laku 100% sebab tayang pekerja freehair? eh silap marah kat sini lak. isk geram haku nyah ngan orang zaman skang ni. seksi2 je mudah dapat keje. cis... geram. tape2 shaq cari keje kat butik2 ke mana tahu ada rezeki...

Unknown said... BALAS

sorry..edy mmg ingat shag lelaki...sbb kat profile xde gander, so tgk profile picture macam lelaki, then tgk header pun macam lelaki..tp sorry la...xtnya terus masukkan nama shag dalam kategori lelaki, but still masuk kategori pompuan k cuma malas nak edit balik link tu coz kene tukar banyak benda...

so sorry..sorry..sorry..sorry..rasa bersalah lak..:)

FaraCuna said... BALAS

hai hai hai..haiyaaa~ gile punye kedai.. naseb baik xpernah beli brand bonia tu.. hiks (bajet cam jename fofular lain xwat prangai cam kedai bonia tu)

Miss Yaty said... BALAS

gile lah! diskriminasi perempuan bertudung..memanglah shag..bagi dorang nak perempuan frihair sebab leh dedah peha dan dada putih menggerutu tu...

memang patut pun drama tu di haramkan tayang...setuju ngn pendapat shag untuk haramkan semua filem yang tayang dada,peha dan bersosial yang melampau tu...

konon filem untuk berdakwah tapi kau yang jadi pelakon,pengarah dan penerbit insaf ke???

haa..kan dah miss yaty jugak masuk jadi emo..heheh :)

Cik Tqah said... BALAS

banyak kedai cmtuh kan shag.. saba je la..

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@she jirah : Lagi kejam! Dah tahu orang tu bertudung sapa suruh amik. LAGI NAMANYA MENGHINA! Kalau Shag dah maki hamun kat situ. Haha :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ardinihumaira : Tulah pasal. Adoi. Shag dah malas nak cari sebab dah masuk Jan. Tak sampai sebulan je keje. Ada lebih 10 kedai Shag tinggal kontek nombor, tapi tak ada feedbacks. Sedih ;'(

Cik Liyana said... BALAS

ishhhhh teruknya !!!! rasanya boleh repot kat tenaga kerja tuh !!! eee.......nak marahnya !!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@E.d.Y : Haha. Alaa~ Belog dah jambu ni. Watermark siap ada bunag tu. Haha. Kena letak Cik lepas ni tanda Shag girl.

Haip~ Janganlah rasa bersalah sangat. Kang Shag sekali nak nangis punca rasa bersalah balik kat Edy! ;'(

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@FaraCuna : Tu lah! Kalau brand mat saleh boleh tahan lagi. Hmph~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miss Yaty : Aah! Lepas tu dapat dosa sebab pelanggan datang stim tgk pekerja seksi. Hahahaha :D

Tu lah! Dakwahan tak berkesan melalui filem. Sebab, orang kita lebih suka ceduk yang buruk dari yang baik. Teladan dalam cerita tak amik pusing. Adoi adoi.

Kiki. Comel nye Yaty emo :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Cik Tqah : Sangat banyak! Baru sedar sekarang =.=

Aretikz said... BALAS

Dah pernah rasa masa kerja part time supermarket.. bukan saya yg pakai k.. haha.. kawan2 xdpt pakai.. hehe.. lum cmpur kawan yg kena suruh bos buka tudungnya.. huhu.. syukurlah.. sekrg tmpt kerja dulu tu dah boleh pakai tudung.. sal nampak dah pekerja bertudung.. hehe..

♥ Cik Puan Pinky ♥ said... BALAS

perghhhhh
gile ah. slumber je ckp xnk org btudung..grrrrrr

Unknown said... BALAS

Shagyy kenapa tak kol kak dila aje??!!
cian adek akak nih kene buli yee...
takpe takpe
esok akak akan pegi kedai bonia tuh and carik sape wanita BAJET BAGUS SGT TUNJUK TETEK AND RMBUT BUROK KT adik akak nih okeg sayang..

meh meh kat kak dila meh..
alolo

ps : lenkali g alamanda roger2 lah..:)

pss : shag...akak sedeh nih...mai pujuk akak ...

http://endlessofstory.blogspot.com/2011/01/korang-korangtolonglah-klik-hal.html

AM said... BALAS

*Laa. Mati-mati ingatkan Shag nie lelaki. Hehe.
Ish! Apa salahnya kalau bertudung? Ingat perempuan bertudung tak boleh tarik ramai pelanggan ke? Ala. Pekerja tue pun dapat kerja sebab dia cantik dan seksi agaknya. Sabar jelah Shag. :)

Anonymous said... BALAS

memang ingt shag is laki...pic header pn laki jer...

mmg diskriminasi la...klu dia dh amik keje n kata cmtu leh bawak masuk mahkamah tu.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Aretikz : Haha. Saspen je baca ayat pertama. Kuangkuangkuang :P

Alhamdulillah, boss dah terbuka hati nak ambil pekerja bertudung. hehe.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@♥cutebabygirl♥ : Sangat selamber dan kuat! Argh~ tensi den.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@luvYOU : Alaa~ Time tu tak dapat no tepon Kak Dilla sayam lagi. Uhuk~ Terus ngadu kat mama lepas kena reject sebegitu rupa. Haha. Dasar anak manja!

Okeng! hehe.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@AROL DSHW : Okay. Pengakuan jujur dari seorang lagi blogger. Hahaha :D

Tulah pasal. Perempuan bertudung lagi handsome kot. Eh, lagi seksi kot! Haha :D

Dah merajuk sampai tak nak mintak kerja kat Alamanda lagi dah :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Mr.IX : Ommo. Header tu gambar LP. Sebab minat LP mengalahkan segalanya. Haha :D

Haa. Tu lah! Haip~ yeke boleh bawak masuk mahkamah? Tak tahu pun. Kiki.

najihah sahami said... BALAS

shag...sbae bebanyak yea..kang kite p bom nuklear alamanda tu. eheee....sabar2..dunia akhir zaman biasala..hehe..pandai lak mish cakap..adess.

Umie Nadhirah said... BALAS

gila itu takey kedai !

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Oh tidak. Tak boleh bom Alamanda. Bom Bonia cukup :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Umie Nadhirah : Haha! Sangat gila. Gila lagi pekerja! :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Cik Liyana : Boleh ke? Tak pe lah kot! Haha. Setakat kerja jadi promoter/sales assistant biar jela :P

Faten Rosli said... BALAS

adakah macam itu?.. diskriminasi sungguh..
tak patut..tak patut..!!!

Scorpio Warrior said... BALAS

eee! teruknya!! banned!

♥ Teacher Nonoi ♥ said... BALAS

Memang tak faham lah apsal boleh kena banned.... Cerita-cerita indo yang karut tu tak pula kena banned... lagi le tahyul..

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@misz FaTiN : Yeah! Ni nak taruk lagi Bunkface! hahaha :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@BlueberrY CheesE : Err, nak banned kedai ke banned cerita kat TV/wayang?

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@n0n0i♥a'n'l : Kan, Kak Nonoi Donut? Haih~ Pelik betul dengan LPF. Rasa nak lempang lempang jadi lempeng!

Unknown said... BALAS

shag dear~

sy baru je kene.but,now sy sedang kerja kat company yg sama.mmg masa inteview dia mintak sy freehair.alasan : "fashion industry lebih selesa ngan perempuan freehair n make-up bagai~" then,i ask them back : "ada termaktub dalam akta ke yg sy wajib freehair if nak keje sini?if ada,i'll cancel my application lah.sy lebih rela menganggur drpd keje tanpa tudung sy!" memang nekad sgt masa tu,if tak dpt keje semata-mata sy bertudung,sy redha je.Lagipun masa tu sy dah ada keje bagus..Huhu~

but, a month after,they call me back n alhamdulillah dpt.tp cerita pasal sy 1st and the only 1 pekeje bertudung masih hot sampai sekarang.

perasaan?buat bodoh jela.sy nak cri rezeki halal,bukan buat striptease pakai bertudung!sy just nak buktikan,bertudung juga boleh 'laku' tarik customer.

so,shag jgn give up.jadikan ni semua cabaran.u just futher study until dpt keje lagi bagus.time tu,datang bonia bawak beg coach ori k,bia terbuntang mata si diskriminasi itu~haha

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@izzah si parapara : Wahh panjang! Kiki.

Yeah! Ayat tu Shag tak terpikir waktu dia cakap tak nak bertudung. haha. Tak pe tak pe, Shag take note. lepas ni boleh pinjam ayat Izz ;)

Hoyeah! Pedulikan apa orang nak cakap. Kita yang bertudung mampu je tarik perhatian orang. Lain orang lain cara kan?

Mmg tak give up. Hari tu cari kerja sebab nak ganti duit Abah bayar UiTM. Kiki. Tak minat coach. Shag nak hidup simple tak perlu barang branded. Beli utk mama kot coach nt? Muahaha :D

Thanks, Izz kongsi pengalaman dan sekaligus kasi semangat sikit! Maklumlah Shag baru mula bertudung. Jadi, lemah lagi dalam hal nak maintainkan tudung ;)

muas said... BALAS

tulah negara kita,.istiharkan sebuah negara ISLAM,.ISLAM ke kalau macamtu? erm sedih bila pikirkan, kiter sebagai org ISLAM di negara ini tidak diberi peluang hnya semata2 kiter bertudung,salahker mngamalkn apa yg diwajibkan,.
huhu,.MUAS selalu kna macam tu,.yg paling sedih bila dorunk terima MUas tapi MUAS kna suru FREE HAIR n kna pkai SKIRT. oh no!!macam2 dugaan di negara sendiri.xpela SHAG, itu salah satu ujian drpda ALLAH swt,.keep it up ur HIJAB=)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@muas: Yeah. Memang akan kekalkan. Nak tunjuk kat minah bonia tu Shag mampu berjaya dengan tudung di kepala! ramai dah yang bertudung berjaya. Poyo je dorang tu!

aQi + GenGkey said... BALAS

mmg ramai kwn aQi yG bertudung susah dpt kije..
tp rezeki kt mne pun ade kn..
jgn putus asa cri kije ye sis..:D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@aQi GenGkey : Alaa~ Tu keja kat Alamanda jadi salesgirl je. Bukan dream job pun. Haha. Yup. Rezeki mmg ada di mana mana. Kena usaha je cari ;)

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot