14 January 2011

Bukti pembaca tidak baca isi entri kita.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Selamat tengah malam, pembaca!

Pertama sekali aku ingin memohon maaf kepada pembaca serta pengunjung belog aku sebab hari ini, aku tak balas komen dan kunjungan korang. Petang tadi, aku keluar teman Mama pergi KL. Cousin aku di masukkan ke wad. Pengisian dia, aku akan cerita kemudian.

Kedua, aku nak bincangkan sedikit kekecewaan yang aku alami setelah penat baru balik dari KL. Haip. Apahal ayat aku tunggang terbalik semacam? Pendek cerita aku kecewa! Bukan pada teman lelaki kerana sesungguhnya aku masih janda bujang!

Aku kecewa kerana hari ini terbukti pembaca belog aku tidak membaca isi entri. Mungkin dia tak reti membaca atau mungkin dia malas membaca. Ohh, mungkin juga kerana isi entri aku amat membosankan. Hmph. Kalau boleh pilih, aku nak pilih dia tak reti baca! Bye~

Ini bukti nya, komen di entri ini : KELIK 


Nasib baik dia taruk nama Cik/En Anon. Kalau kasi link mahu je aku hentam belog dia. Muahaha. Bagi sesiapa yang tak paham apa yang cuba di perkata oleh Cik/En Anon ni, meh aku terang kan dengan lampu stadium! Maksud, dengan bahasa Melayu yang betul.
Ya. Lagu Ana Rafali masih belum layak untuk masuk ke AJL25. Tengok macam Dato' Siti, Aishah dan sesiapa lagi yang bawak lagu dengan pakej, penyanyi tu yang patut menang. Mungkin juri tidak tahu pilih mana yang lebih bagus. Kalau Ana Rafali betul-betul layak, kenapa ramai yang berbunyi. Ramai yang kesal. Jadi fikirkanlah, ya.
Olahan Puan Besar Shag Yahaya. Tak sempat aku jawab, Puan Besar dah mai.

Cik/En Anon. Argh, terlampau panjang nama anda. Jadi, saya pendekkan kepada Anon je. Pertama sekali, saya ingin menasihati Anon supaya cakap dengan lebih jelas maksud nya. Jadi, tidak perlu saya memberi sebarang olahan.

Menurut Anon, dia sokong TAJUK entri Shag Comot, Ana Rafali tak patut menang AJL25. Lalu, dengan tidak baca isi entri, dia terus meninggal kan komen bahawasa nya, Ana Rafali tidak layak masuk AJL sekaligus menentang kemenangan beliau pada malam itu. Tidak berpuas hati lagi, dia menuduh pula juri juri malam itu tidak peka dan tidak arif. Padahal juri tu dah lama berkecimpung dalam dunia seni tanah air.

Anon mengatakan penyanyi dengan pakej sahaja layak untuk masuk AJL. Pakej bagaimana ya? Baju belah sana sini? Baju singkat? Anon jugak suruh Shag Comot memikirkan sesuatu. Sesuatu itu tidak pula di nyatakan apa. Mungkin pikirkan sama ada nak pos entri pasal dia atau pun tidak kot? Saya tidak pasti.

Akhir kata untuk Anon, lain kali sila baca isi entri sesebuah entri tersebut. Jangan sekadar baca tajuk, kemudian lepaskan komen menyetujui tajuk entri sahaja. Bukan menyetujui isi entri.

Balasan komen dari aku. Kiki :P

Tu dia. Cik/En Anon kena hentam dengan Puan Besar. babe! Hahaha. Maaf Cik/En Anon, sebab aku terpaksa popular kan kau kat sini. Kalau tak suka aku bercakap pasal kau, sila bagi tahu. Aku boleh tolong removekan. Err, removekan nama Anon ganti dengan Tiada Nama. Hehe.

Aku agak kesal. Aku buat tajuk begitu sebab ramai gila tak setuju dia menang.

Bye~




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

34 comments:

Anonymous said... BALAS

Yeahh, betol betol. Saya setuju, seriously. Grr. Geram jugak. Tak nak baca tu oke lagi, tapi kalau nak komen, tapi tatau langsung isi entri tu... memang tak boleh blah. ISh3

Takpe kak. Tak payah kesal. Dia yang patut kesal. Kang dah popular dia tuu. huhuu

mizayusof said... BALAS

aduhai. kelakar pulak cik anon ni. selalunya cik anon menghentam tapi kali ni buat lawak pulak. hehehe :)

Woofer Storm said... BALAS

apasal tuduh sy mcm tu shag??tak patut betul la.heheeee cian malukan sy sebgai En ANon..so jgn pula shag membuktikan shag tak baca komen sy..heheee jazzzzz,hehee
sy tak mnt AJL,dan tak tgk pun..tapi bgi sy la kan,kalah menag adat pertandign...buat apa nak kecoh3 buat page sana sini..dah tkde keja la tu,n 4 u Shag..sbr je la layan karenag anon tu,dan sy sekali ni..heheeee

Fiqah Alias said... BALAS

hehe...sabar shag...fiqah pon slalu dh kena gtu..kne hentam siap..tp yg hebatnya..bkn dr miss anon..org tu siap bg link..komen bkn men pnjg berjela...bukan men cm phm sgt jer ngn n3 kte..pdahal..lari habih laaa..bce tajuk jer upenyer..adoyaaiii...klo fiqah kuar ngajor nnt ad student jwb gtu mmg kasi 0 markah laaa...huhu..

Cik Yaya said... BALAS

hahahha anon dah pandai melawak beb

emieysandra said... BALAS

hahaha..lawak gak :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Mimi ! : Hahaha. Grrrr~ Kena letak sepanduk atas pos entri, 'Kalau tak reti baca jangan baca!'. lmfao~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miza Yusof : Tu lah. Pelik jugak. Banyak kali Shag baca. Dia nak hentam ke apa. Haha :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Haip~ Takkan Achie kot? Kiki. Haip~ Shag baca neh. Tgh balas kot. Hehe.

Tulah. Yang buat hal peminat. Artis relax, cool, chill je. Hmph~

Tengah sabar neh. Sebab tu siap buat lawak balas komen Anon tu. LOL~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Fiqah Alias : Fuhh~ Takut lepas ni sakan Anon datang menghentam belog ni sebab dah famous kan sorang ahli dorang. Muahaha :D

Haha. Jom kasi 0 markah kat pengkomen macam ni. Reti baca tajuk je. Ceit. Main tipu! Kan dah kantoi~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@.cik yaya. : Shag pun tak kurang lawak nya. Padan muka Anon! haha.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@emieysandra : Jadi bahan lawak Anon malam ni :P

muas said... BALAS

hahha,.ade jugak ek org yg pakat REDAH je,.
adess,.funny,.=)

Pia said... BALAS

owhh..biasa jugak jadi kak blog sthn jagung akk tu..kita tulis entri siap tepek gambar2,pastu kt komen dia tanya balik.."cantik gambar,kat mana tu kak?"Adoii,penat aku citer...dia tgk pon tidak..jeling je gambar tu..Tp sbb masih baru akk tk brani nk jerkah2 org...diam je..

Bella said... BALAS

alala..ade plak org mcm tu..

tngok tajuk je pastu tros komen eak,,heee..
xbace pun en3 smpai abes..haha,.saba je la shag oii..:)

fasheeha said... BALAS

Hahahaha! Saba je lah. Mungkin dier overexcited nak luah yang dier tak puas hati ngan kemenangan ana raffali tu yg terus komen tu :)

Syat0za Zai said... BALAS

erkk.. >_<" ish3~ baca dahulu sebelum komen,.. dah macam fikir dlu sebelum buang..haha xD

CIK TOM said... BALAS

shag...cik tom punya entry pun selalu dpt komen yg tak kena mengena dgn entry...pastu ada jgk yg asyik komen asyik2 "terbaik"..pe kes??kalau entry takde kena mengena...so cik tom conclude mmg si dia xbaca entry cik tom tue...just main komen je...kdg2 rs sedih jgk...huk3... :(

Miss Yaty said... BALAS

Memang cik anon tu just baca tajuk je...entry tak baca....ish3..

tajuk shag bikin kontroversi..hii;p

KNS said... BALAS

hahaha..
nk komen semudah 1 2 3 agknye..
kui2

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@muas: Redah entri macam redah hujan! Hahaha :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Piasara : Haha. Tu lagi ternyata tak baca isi entri. Kelakar gila Anon2 macam ni. :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Bella : Ada je. ramai yang dah kena macam ni :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@F.a.S.h.E.e.H.a : Tu lah. tapi, pandai lah pilih entri. Entri Shag tu tunjuk Shag sokong Ana Rafali menang, masalahnya. Hahaha :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Syat0za : Aah! Dalam dunia belog ni kena berpikir jugak ;) Macam berpikir dulu sebelum cakap :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@CIK TOM : TERBAIK komen Cik Tom. Haip~ Shag baca tau :P

Shag banyak terjah belog2 pemes macam Cik Tom, Suratan kebetolan, suara bawah tanah, belalang, segala ceritera, kompem jumpa ayat 'TERBAIK' tu. Lepas tu dah habis. Haha :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miss Yaty : Kontroversi yang kita mahu. Hahaha :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nasuha Salleh : Haha. Agaknya lah. Tapi, sedaya upaya tu nak komen. Kalau setakat nak cakap tu, jerit kat SB cukup kot? :P

deCrewz said... BALAS

Ha3 kantoi.. Rasanya si Anon tu tengah nak lepaskan geram kot, malas nak baca..hu3

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@deCrewz : Hahaha. Tulah pasal. Adoi adoi.

Anonymous said... BALAS

hahha..saya pun klu entry banyak sagt tulisan xde r baca sepatah2,...review je n cri isi penting jer...xde r baca tajuk jer....kan.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Mr.IX : Tu boleh terima. At least tahu isi jugak pasal apa. Haha :D

mALd!EyA said... BALAS

haha~
cian che anon...
tp klu dieya pon..bce point penting jek..
tp ni da kne sound..agak "SEGAN" nk komen..
ty tesilap komen..huhu~

note:kesianlaa kt anna raffali..rezeki pon dipersoalkan peminat..mst dye sebe salah kan..hmmm..

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@mALd!EyA : Haha. Baca point penting tak apa. Ni tak baca langsung terus kasi komen. Pening kepala Shag.

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot