19 January 2011

Hadiah Kawan Baik!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam petang Rabu, pembaca!

Hari ini aku nak sertai kontes anjuran En Ell yang ke tiga. Kan Ell kan. Ke tiga kan? Hmph. Apa apa je. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal kontes ni, boleh lah hubungi En Ell di nombor 012 3456789. Lepas tu, operator cakap, 'Nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan kami. The number you have dialed, is not in our service'. Kiki.

Aku punya dua kawan paling baik dan rapat. Cuma, kat sorang je aku akan cerita semua. Lepas di paksa! Haha. Eh, jom  mulakan kontes. Ni dah jam 1.05 petang. Kalau lambat taip, kang pukul berapa aku nak habis taip.

Amaran awal. Zainab, kalau kau baca sila sediakan Zahir kat sebelah. Boleh kau pukul pukul manja dia sambil baca entri ni. Sebab, ada benda yang kau tak tahu. Kiki.



Nama di beri Zainab Abdullah Jawawi. Di lahirkan pada jam tidak pasti tetapi yang pasti pada 26 Disember 1989. Kami bertemu pada 3 Julai 2007. Selepas 18 tahun kami hidup di muka bumi yang masih hijau. Ayat pertama aku guna waktu nak tegur dia, 'Mata kau ori kan? Jangan cakap lens. Aku tak percaya! Cantik.' Lepas tu aku blah, masuk bilik aku.

Kalau orang lain dah sah cakap aku gila. Memang aku gila time tu. Korang tahu, nak tegur dia aku kena sediakan diri berserta dialog. Macam jejaka nak tambat hati si gadis kot! Banyak cara aku guna untuk buat dia bercakap dengan aku. Sebab, pertama kali aku nampak dia hati aku terdetik, 'Aku kena berkawan dengan dia. Berkawan baik!'. Kelakar tak? Kelakar gila.

Haip. Aku dah melalut panjang. Terus ke agenda kontes.
Sebab Pertama dia adalah kawan baik aku
Aku dah nyatakan di atas. Hati aku berdetik untuk jadikan Zainab Abdullah Jawawi kawan baik aku. Tak pernah dalam hidup aku, hati aku berdetik supaya aku berkawan dengan seseorang. 3 Julai 2007 adalah kali pertama dan terakhir hati aku pernah berdetik. Setakat ini. Kata orang, ikutkan hati mati. Tapi, aku tak mati. Sebab ikut hati aku tulah, kitorang berkawan rapat sampai sekarang.
Sebab Kedua dia adalah kawan baik aku

Zainab Abdullah Jawawi dan aku adalah orang yang berbeza dari segala aspek. Contoh, personaliti, pendapat, keazaman dan citarasa musik. Dia sukakan Paramore, aku sukakan Linkin Park. Dia suka buat aktiviti gila gila, aku tak suka. Dia suka bagi pendapat yang memang berbeza dengan aku. Jadi, kumpul semua pendapat dah boleh siapkan assignment. Kiki.




Sebab Ketiga *terakhir* dia adalah kawan baik aku

Zainab Abdullah Jawawi ada waktu aku tiada sesiapa, waktu aku di pandang hina semua orang termasuk pensyarah di kolej. Bulan Oktober 2009. Dia bangkit, menegakkan kebenaran yang aku sendiri biarkan berkubur. Dia pembakar semangat aku waktu aku jatuh bulan tu, tahun tu, semester tu. Dia tak pernah tinggal kan aku waktu tu. Waktu tu lah buat aku sedar balik apa yang berlaku pada 3 Julai 2007.


Jemputan khas dari aku

Mereka yang bertuah, ialah : [TOK ESAH] [YAYA] [NADD[MISH] [KAK DILLA] [ARDILLA NAJWA] [ATEYN] [JAI] [ACHIE]

Tarikh tutup kontes ini adalah pada 4 Februari 2011. Terima Kasih ;)






Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 comments:

Woofer Storm said... BALAS

hehee.ptut sy kwn baik shag tu..huhuuu bgitau mama sy,larikkkk!!!hheeeee tQ tag ye,ada masa n rajin,sy buat...

Ateynmohd said... BALAS

wahhh...sweetnye p'shbtn kowg :)
smoge p'shbtn kowg kkl cmpai ble2 k?

Unknown said... BALAS

uhhhh,...budak kecik shaggy nih suweeet rupenyeeee yeeeee....:D

aiseh...kene tag udah ke?? hoho

shaggy..kalau kak dila ade mase kak dila buat ye sayang..
setakat nih ramai yg tag kak dilla tapi kak dilla x smpat nak buat..huuuu...

insyaAllah kak dilla cube eh sayang :)

mwah

Anonymous said... BALAS

thanks for the supported..=)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Haha. Nak jadi kawan baik? Tarak hal punya~ Jom hari ini 20 Januari Shag declare kita berkawan baik! :P

Okeng, Achie! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ateynmohd : Sweet lepas kitorang tempuh banyak dugaan. 2 tahun baru kitorang jadi rapat serapat nya! :D

Terima Kasih, Ateyn. AMIN!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@luvYOU : Haha. Jangan ingat budak macho ni tak boleh cakap manis manis :P

Okeng kak Dilla. Tiada paksaan. Hehe. Muah balik!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@alienelliz : Sama sama, Ell! Hik ;)

Miss Yaty said... BALAS

so sweet shag..kawan susah dan senang itulah kawan sejati :)

shag kawan baik yaty di alam maya :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miss Yaty : Aah. Dan tahun tu baru Shag sedar. Lepas 2 tahun kitorang kenal. Alhamdulillah Allah tunjuk kan siapa kawan siapa lawan :D

Woah~ terharu k! Yaty pom kawan baik alam maya Shag jugep ;)

wannurfazrini said... BALAS

sangat suwitt gitu . goodluck !

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@wannurfazrini : Terima Kasih sayam! :D

Nadd said... BALAS

bru perasan la shag.
thx tag ye. nnt free nad join. =)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nadd: Okeng, Nadd~! ;D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot