Salam tengah malam, pembaca!
Aku nak buat entri pasal, Jika aku seorang Green Hornet. Macam karangan budak budak kan? Tapi, aku bukan budak budak. Dah dah, jom mulakan karangan budak budak tapi aku bukan budak ni!
Jika aku adalah Green Hornet, aku akan cuba pelbagai cara untuk mengelakkan dari berlakunya jenayah. Jenayah bukan sahaja di tepi longkang di mana bayi di buang. Malah, jenayah jugak berlaku di laman sosial. Jadi, sebagai Green Hornet si pencinta hijau, aku akan menyanyi untuk menghalang dari berlakunya sesebuah jenayah. Ya, menyanyi!
Bila masa aku nampak wanita atau jejaka ingin membuang bayi yang baru di lahirkan atau ingin mencuri atau merompak atau meragut atau apa apa lagi. Cepat cepat aku akan menyanyi,
Wonder Pets Wonder Pets! Aku datang
Menghalang kamu dari melakukan jenayah.
Aku tak handsome, dan juga tak lawa
Tetapi bila bekerjasama, aku boleh halang jenayah
Woooo, wonder pets!
Itu baru bahagian aku hindar orang dari lakukan jenayah buang bayi. Jenayah lain seperti pendakwahan dengan cara mengaibkan seseorang, aku akan gunakan cara yang berbeza. Kerana ini melibatkan jiwa paling terlembut seseorang. Aku perlu lembut kan suara aku jugak. Jadi,
Sepohon kayu, daun nya rimbun
Lebat bunga nya serta buah nya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa guna nya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa guna nya.
Mungkin lagu aku guna tak kena dengan situasi. Tapi, peduli apa aku. Insaf jugak orang dengar lagu ni. Kan kan kan?
Tengok? Aku hadapai jenayah tanpa kekerasan, beb! Nyanyi je dah cukup. Kata aku Green Hornet ;)
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
6 comments:
hihi..kreatip lah shag ni...marilah kita nyanyi sama-sama untuk mengelak jenayah macam ni berpanjangan..
lagu sepohon kayu tu memang mendamaikan hati.....
ahak..nyanyi lagu saujana tuh
memang terbaik la der..
@Miss Yaty : hahaha. Kan? Dari kecik suka lagu tu. Tak adalah kecik mana time tu. Tapi, mmg sentap jugak kadang2 :P
@Syafiq Rosli : Jangan main main. Super Heroes pun kena lah tahu nyanyi lagu Nasyid kan?
@Amy Syaquena : Thanks, der! :D
Post a Comment