07 January 2011

Khairul Fahmi dan Elia kahwin?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Gambar di ambil dari belog Elia di entri ini : KELIK

Salam petang Jumaat, pembaca!

Tajuk penuh kontroversi je kan? Haip haip. Aku bukan nak bawak gosip tak betul. Ni bukan gosip pun. Jadi, jangan dok hebahkan kat belog korang, 'Fitnah : KFCM dah kahwin'. Derr. Tak baca sampai habis terus melulu pos entri kutuk belog aku kan. Okay. Lari tujuan utama entri ini.

Kelmarin, aku ada mimpi indah. Tulah. Dok wish, moga mimpi indah malam ini lepas tu AMIN dengan semangatnya. Kan dah dapat mimpi yang manis. Amat manis, kalau benar benar terjadi. Kan Elia? Cakap macam aku rapat gila dengan Elia. Eh eh, tapi dalam mimpi aku rapat dengan dia. Jom cerita!

Aku singgah rumah kampung ni. Cantik. Argh~ Damai gila kot. Bagi Salam, Assalamualaikum~ Pami, Elia. Aku datang neh! Muncul lah Pami [KFCM] di susuli Elia. Makin comel korang ni. Sembang sembang kejap. Pengisian dia aku lupa. Maklumlah, mimpi~

Kejap lagi, Elia dengan Pami mintak diri kejap. Ganti pulak dengan seorang mak cik. Sembang sembang, aku dapat rasakan dia adalah mak Pami. Itu kali pertama aku jumpa mak Pami. Mak Pami tanya aku, macam mana kenal Elia dan Pami. Aku pun dengan semangat cerita.

'Saya mula kenal Elia kat belog, Jejariruncing. Chat chat kat belog lepas tu jumpa kat UiTM Machang. Kitorang setat kawan. Kenal Pami dah lama dah, Maklumlah, pemain bole bola sepak negara. Hehe. Selalu jugak Elia ajak dating bertiga dengan Pami. Setat dari situ kitorang bertiga rapat. Ni datang sebab dah lama tak jumpa dorang. Eh, mana Elia dengan Pami? Cakap nak keluar tadi?' - panjang kan cerita aku.

Mak Pami : Anak dorang jatuh longkang kat hujung kampung. Tu yang kelam kabut pergi tadi. Tak sempat hidang air untuk kamu.
Aku : Woah~ Dah ada anak? *dalam hati* Yeke, mak cik?

Mak Pami : Iye. Haa, tu dorang dah balik.
Pami : Adam *tak ingat nama apa dia sebut tapi A jugak*, salam tangan Auntie Shag.

Gambar ini di ambil dari belog Elia di entri ini : KELIK
Muka Pami dlm mimpi aku macam ni lah! Rambut panjang~

Aku dengan Elia senyum senyum. Lepas tu,

KAKAK BANGUN !! DAH PUKUL BERAPA NI ?!

Haila. Kacau mimpi aku betullah. Tapi kan kan. Anak Elia dengan Fahmi waktu tu dah besar. Adalah dalam 4 5 tahun. Degil dan comel. Tapi, bahagian jatuh longkang tu memang tak logik ye. Tapi, apa nak buat. Mak Pami dah cakap jatuh longkang hujung kampung, terima jela dek otak separa sedar tu. Kiki.

Moga mimpi aku jadi kenyataan tak lama lagi. Haip. Bahagian dorang kahwin dan dapat anak comel tu lah ye. Tapi, kalau bahagian aku jumpa dan berkawan rapat dengan dorang tu jadi realiti okay jugak kan. Hehe. AMIN AMIN!!


Macam mana boleh mimpi? Entah.
Kenapa cakap setat kenal kat belog? Sebab memang kenal kat belog.
Kenapa cakap jumpa kat UiTM Machang? Aku kan dapat sambung belajar sana dulu. Tak jadi pergi je.
Kenapa panggil Pami bukan Fahmi? Kitorang kan kawan baik. Mesti ada panggilan manja gitu.
Macam mana tahu tu Mak Fahmi bukan Elia? Dalam mimpi kita ada gerak hati kan.

Itu je. Kan aku cakap, tak ada gosip tipu, tak ada fitnah kat sini. Hanya satu perkongsian cerita manis. Mari doa ramai ramai supaya tahun 2011 ni bawak lebih keceriaan. AMIN AMIN.

Oh ya, Noh Hujan nak kahwin Julai ni. Aku harap, Azizul Hakim dapat bawak aku ke sana. Siapa Azizul Hakim? Nanti aku cerita.




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

46 comments:

Elia Si Jejariruncing said... BALAS

hehehe..tergelak kecil sy baca entry ni..kalau jd kenyataan pon ok gak kan??huhu..

Bella said... BALAS

pergghh..

mimpi Shag lg hebad...wah2..:)

p/s: sian anak Pami ngan Elia jatuh longkang tp comel je mimpi shag ni..:P

efa said... BALAS

wo0..igt betul la td masa tgk tjuk entry ni..adess sekali mimpi adess shag ni huhuhu

Cik Tqah said... BALAS

shag siap mmp2 tuh..lawak tol shag nieh

Faten Rosli said... BALAS

woo.. minat KFCM ke sampai termimpi2 ni..huhu..

Elia Si Jejariruncing said... BALAS

kelakar bab jatuh longkang tu sbb elia ms kecik pnh jatuh longkang smpai skrg fobia nak langkah longkah..huhuhu

mALd!EyA said... BALAS

hahaha....best gler entry neh....
nak mmp pahmi gak laa...oopss~
sory ye cik jejariruncing..hehehe...
insyaALLAH..if ade jodoh..xkemane..
suke la tu..(cik jejariruncing mst tgh thinking or mengelamun cmne agknye muke anak dorang kan..hahaha..ofcoz le kiut cam papa n mama dye..)

Unknown said... BALAS

cish budak kecik nihh
buat saspen akak aje....
cubet karang! huhuhu

Anonymous said... BALAS

hehe. amin. moga menjadi kenyataan untuk mereka. lagipun dorang sweet apa. :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Elia Si Jejariruncing : ELIA? Okeh. Ni macam terkejut nampak artis. Kaver kaver.

Bukan setakat okay Elia, tapi BAGUS GILA! Ramai yang doakan korang tau tau! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Bella : Haha. Entah macam mana boleh mimpi macam ni =.="

p/s : dah kata MIMPI~ Hahahaha

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@efa : Haha. Itu namanya main dgn keywords :P Tajuk utk mimpi kelmarin je.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Cik Tqah : Hahaha. Jgn ingat Shag tak pos pasal KFCM time Malaysia menang dulu Shag tak amik port pasal Elia dgn KFCM :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@misz FaTiN : Huish. Tak minat. Sebab dia dah ada yang punya. Shag setia dgn Chester Bennington. Kalau footballer Shag stick to Didier Drogba. Kiki :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Elia Si Jejariruncing : Yeke? Kira nya mmpi Shag ada kaitan sikit dgn kisah silam Elia lah :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@mALd!EyA : haha. Mimpi lah! Elia tak jealous punya. Dalam mimpi je. LOL~

Dalam mmp tak sempat nak tilik muka. Kalau tilik pun bukan ingat. Haip~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@luvYOU : Hahahahaha. Okay. Tak boleh stop gelak dr komen 1st smp skrg.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Rara Nasiha : Dorang memang SWEET! :D

najihah sahami said... BALAS

hahaha..shaq ni..adeh...koya la tu sebelum tdor. kan kan?

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Hahahaha. Okay. Koya tu apa. Buat muka paling blurr. Macam pernah dengar :P

Prettyvrach said... BALAS

sakan tidur smpi mimpi2 ek.kikiki..

p/S:award tu buat dekat bligee.com.die da bg sume,tinggal pilih n letak je nk lip lap lip lap mne satu =)

Siti Safiyyah said... BALAS

hahaha bace sambil tergelak..lawak gle.. :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@miszlullaby : Hahaha. Skrg tiap hari tidur kompem ada mimpi. Cuma indah tak indah jela. Kiki.

p/s : yeke? Okeng! Thanks kongsi link ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Siti Safiyyah : Haha. Shag dari 1st komen dok gelak. Tak ke ada 6 packs perut nanti? :P

Ateynmohd said... BALAS

wahhh..hebatnye mmpi shag..

mmpi KFCM lagiii... :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ateynmohd : Adoi. Dalam ramai ramai orang KFCM terpilih masuk mimpi Shag. LOL~

::Cik Zatie:: said... BALAS

malam ni sambung mimpi lg ek. nk tau sambungan cerita dia..hek hek

SAJE-SAJE|SUKE-SUKE

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@::Cik Zatie:: : Haha. Harap tak ada sambungan cerita ni. Happily ever after :P Nak hero lain pulak. Haha.

Unknown said... BALAS

tudia kagum
hahhaa

Unknown said... BALAS

haha..lawak

Z.Z said... BALAS

KAKAK??? i tot you're a boy.haha!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@alinac lover : Haha. Terima Kasih! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@E.d.Y : Mimpi memang lawak dan indah~ ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@.:: Zul ::. : Yes! LOL? Seriously? Boleh di maafkan sebab nama Shag asal dari Shagy yg lebih famous dengan Shaggy yg nyanyi lagu Angel ;)

wahida said... BALAS

hahaha...x agak2 la mimpi u ni...
err, salam kenal, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!!

Unknown said... BALAS

semakin glamour la diorg ni kan..sana2 sini org cita..

FIFIEY LYCHEE MARATION said... BALAS

macamna mimpi jd kenytaan.. u have supernatural power then..

hha, msa bca entry ni, sempat kerutkan muka, biar betoii, eh eh eh, tup tup, mimpi;) keren habesss ceritanyaaa!

Lassie H. said... BALAS

hahaha .
sampai terbawak3 dalam mimpi .
sila mimpi saye mlm ni otey ?
mimpi saye kawen dgn JB ker ?
heeee ~

Miss Yaty said... BALAS

haha..shag ni bikin suspen je....hihi...siap mimpi tu;p

p/s: sowey dear mlm td x sempat bw sebab tidor awal penat keje...hihii :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@wahida : Haha. Mimpi tak boleh di set dan tak boleh di rancang :P

Salam kenal jugep! ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@MrS. F!zA : Aah! Kiki ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@FIFIEY LYCHEE MARATION : Wuish. Kan tak pepasal orang suruh Shag mimpi dorang kahwin. Kahkah :P

Kiki. Mimpi teramat manis! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@lassiegewdix : Kahkahkah. Kahwin dengan Bieber? Dia dah kena kurung dgn Mak dia. Nnt Shag mimpi Lassie boleh jalan tembus dinding lepas tu jumpa JB dalam bilik dia. Cukuplah smp kat situ dulu. Hahahaha :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miss Yaty : Kiki. Saspen sangat ke, Yaty? haha :D

p/s : di maafkan ;)

CIK TOM said... BALAS

wah elia mai komen tue..hehe...pndi shag buat cerita..best2!!hehe...

eh cik tom xpasti dah jawab belum soalan shag sblm ni..tp nasihat cik tom, banner better letak dlm pages utk senang loading...

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@CIK TOM : Haha. Penceritaan macam sedikit terabur bila baca balik. Tak apa, boleh belajar lg :P

Cik Tom dah jawab! Hehe. Shag dah adjust sikit. Tinggal header dgn footer je. Still atas 100kb. Haiyak~

Thanks, Cik Tom!

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot