Salam pagi Khamis, pembaca! Moga hari ini, dapat makan sedap sedap berbanding semalam. AMIN!
Hari ni aku nak cerita pasal Rumah-KU Pejabat-MU. Kenapa begitu tajuk entri aku hari ni. Haa, ini lah yang aku nak kongsi. Err, sebenarnya lebih kepada luahan rasa. Macam entri semalam. Pasal, Betul apa kata Sheila Rusly. Tak lama lagi lah ni. Asyik emosional je aku neh.
Berbalik kepada tajuk entri, tadi waktu aku sedap landing nak ngadap belog ada orang calling calling tepon rumah. Aku bajet Mama. Sebab, Mama suka sangat nak cekidaut apa yang aku buat bangun bangun tidur. Sebenarnya, selalu nak pesan dia balik lambat. Dan, supaya aku cari makanan sendiri. Ohlala.
Tapi tapi, tadi aku dapat call dengan tak ada salam. Dah sah bukan Mama. Suara pun buruk. Okay, tak baik kutuk orang! Lepas tu, dengan suara gaya berlagaknya, dia cakap,
SAMBUNGKAN PADA AKAUN!
Aku macam, 'Erk', kejap. Yelah. Dah lah salam tak ada, hello tak ada. Macam ni gaya nak cari orang? Ini gaya nak cari gaduh, babe! Terus aku cakap, 'Awak salah nombor. Maaf.' Dan terus letak telefon. Aku masih dalam mood baiklah sebab tu aku buat macam tu je. Nada lembut. Heyy, ini baru di namakan perempuan Melayu!
Cehh. Sekarang, aku banyak puji diri sendiri kot! Pakai jaket, butang sendiri, babe!
Komen Puan Besar Shag Yahaya. Aik, ada balik minah ni?
Kesian awak kan. Terpaksa tukar rumah menjadi sebuah office. Haha. Tapi, saya bukan nak ejek awak. Baru, saya muncul kat entri awak ni. Saya nak bagi sedikit nasihat lah pada pembaca pembaca entri awak ni. Kalau ada lah ya.
Kalau dah gaya kalian yang menelefon orang, sila bagi salam dahulu. Salam tak bermaksud, Assalamualaikum sahaja. Banyak lagi salam yang boleh kalian gunakan. Antaranya, Selamat Pagi, Selamat Tengah Hari dan Selamat Petang. Jadi, untuk keselamatan kot kot si peng-angkat telefon bukan beragama Islam, boleh lah guna salam yang lain lain tu.
Dan, kalau boleh hindarilah gaya percakapan yang sombong. Jangan ingat customer service yang angkat telefon korang tu tak ada hati dan perasaan. Saya ada pengalaman dalam bidang angkat call ni. Dulu saya kerja kat Pusat Panggilan Banci. Macam macam jenis orang saya jumpa dalam telefon. Ada yang bongkak, ada yang rendah diri. Walaupun macam tu, dorang masih tak lupa diri untuk bagi salam.
Akhir kata, walaupun kalian hanya bercakap melalui telefon dan tidak bersua muka, jagalah percakapan kalian ya. Bahasa jiwa bangsa!
Okay, itu dia sampukan dari Puan Besar Shag Yahaya. Panjang pulak kali ni dia bebel. Adoi adoi. Moga lepas ni tak adalah orang call rumah aku suruh sambungkan pada Pantri ya! Bye!
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
22 comments:
hoho.. kuang ajaq je kol2 trus ckp cm2..kalo angkat kol dpt duet cm kt hotfm kalo ckp cm2 okey jugak la.. haha.. cik tqah dulu pon kije customer service.. tp terima kol jer la..hihi
betul3.. sakit ati kalo gtu huhu
@Cik Tqah : Haha. Kan! Nasib baik mood bersih lagi. Hahaha. kalau naik hangin mampuih dia kena tahan telinga kot! :P
@ardinihumaira : Kiki ;)
SAMBUNGKAN PADA ALLY ISKANDAR!
lallalala nk felling jd org sombong tu gak =p
haha..lawak2~!
taw xpee...igt dye tuh bosss sgt kee???
helloooo..PM pon xcmtu okeyh~!
sgt menyampah kt org yg rser drnye itu VIP..
dah la salah no..klu dieya...da sound da..bia betepek kt muke caller tu balik..huhu~"cantek bahase"
ooops~
salam Puan Besar Shag Yahaya~LOL~
note=ckp dlm fon pon ley jumpe erk~???
urm...(heee)
@nora: Hahahaha. Kalau tu, Shag jawab.
'Ni siapa? Maaf, ABANG Ally tengah mandi.'
hahahaha :D
@mALd!EyA : Tulah pasal. Patut Shag gayut je kasi bil dia naikkan. Hahaha :D
Wasalam Dieya! Kiki. Boleh kalau plan nak jumpa! Muahaha. Kan?
haha..
abis la
@Shag
eh..betulla~(sore upin ipin)
hehe..
"hello kubur no 217," lain kali jawab macam tue.. hahaha
betul2 bahasa menunjukkan bangsa..
bersopan santun amalan mulia
pergghh..panas siot hati kalau macam ni
Hoho.. pernah juga jadi macam tu.. tp balik2 kena kol.. dorang cakap numbe tu memang pejabat punya.. hakikatnya itu rumah parents beta.. ish3x~
apapapun.. stuju! hehe..
@Lizzie Yasmin : Idea paling baik! Lain kali nak jawab macam tu. Biar terkedu pemanggil. Haha :D
hello . justin bieber ade ?
oke fine takde kne mengene :P
@HAZWAN17 : Yeah! Betul betul betul!
@E.d.Y : Panas! Fuh fuh kasi sejuk ;)
@Aretikz : Ohh. Nasib baik tak jadi macam tu kat Shag. Kalau tak hangin jugak! Hahaha :D
@hamzah ian : Habis! :P
@mALd!EyA : Alolo comel nya suara dia. Kikiki.
@lassiegewdix : Err, dia tengah salin baju dalam bilik I, Lassie. Ada pesanan? Hahaha :D
Post a Comment