Salam malam, pembaca!
Nampak gambar di atas? Siapa tak nampak, baik pergi tempah lubang sekarang! hehe. Lawak yang melampau, Shag!
Pagi tadi, dengan semangatnya aku bangun mandi macam aku je yang nak pergi sekolah! Siap sakan. Pakai cantik cantik tapi, tak adalah cantik mana pun. Pakai wangi wangi tapi, tak ada sembur minyak wangi pun. Cucuk jarum sana sini kat kepala. Tunggu adik adik aku yang nak pergi sekolah bersiap.
Macam biasa, pasti Mama aku menyanyikan lagu keluarga iaitu membebel kat Boboy dengan Adeq. Aku dah lah dah lambat nak kejar bas Rapid KL jam 7 pagi. Mama sempat nak menyanyi lagi. Haih. Nasib baik sampai kat WTT [West Transportation Terminal], bas ke KL tak gerak lagi. Penat aku ber-jog dalam kereta.
Lawak~
Buat apa aku pergi KL pagi pagi buta? Meh aku jawab. Aku nak pergi hantar borang penerimaan tawaran oleh UniKL untuk sama sama semak kat situ bersama berpuluh ribu pelajar lain. Tapi, kenapa tajuk : Senaman pagi pagi sambil membeli belah? Meh sini aku cerita. Bab senaman tu dah nak masuk ni. Bab membeli belah lepas perenggan senaman. Okay?
Mengikut peta minda Mama, aku kena naik Rapid KL Star turun kat stesen Sultan Ismail. Lepas tu jalan terus terus sampai jumpa Maju Junction Mall. Lepas tu, aku tak ingat peta Mama tu. Aku telefon Mama, tak berjawab. Haih. Jalan sikit lagi, aku putus asa. Pinggang aku nak tercabut. Seriously! Singgah CIMB, tanya mak cik jaga nombor. Dia cakap kena jalan terus lagi. OMG. Jauh gila! Jalan jalan dekat 15 minit dari CIMB tu, aku nampak bangunan besar tulis Universiti Kuala Lumpur. Ohh~ Lega dah sampai.
Bab paling kelakar tambah malu gila, aku salah naik lif. Macam ni, aku kena naik ke tingkat 3 untuk hantar borang tu. Tekan butang naik, satu lif bukak, aku masuk jela. Tekan 3, tak mau nyala nyala. Api aku yang bernyala sakan! Heh. Baby intai intai lah satu lif. Rupanya, lif tu tak naik ke tingkat 3. Damn damn. Keluar lif ada 3 jejaka tidak handsome tengok aku dengan Baby. Damn damn lagi.
Dah hantar, terus belah. Jom masuk bab membeli belah pulak. Dah alang alang sampai KL, dekat dengan Jalan TAR pulak tu. Apa tunggu lagi? Membeli shawls dengan inner lah jawabnya! Aku dengan Baby semangat jalan kaki dari UniKL ke TAR. Aku macam rasa, jarak dari UniKL ke TAR sama je jarak dari Star Sultan Ismail ke UniKL.
Aku baru tahu, kedai murah tu namanya Muaz. Haha. Selama ni beli, tak tengok pun beg pelastik tu. Kiki.
Hari ini, berat aku turun! Wahh~ Gembiranya kalau tiap hari macam ni. Err, tak nak aku. Okay. Aku terkena keracunan makanan. Badan aku rasa lemah, tapi gagah gila kan pergi jalan sana sini?
SESIAPA YANG PERNAH TAG AKU UNTUK KONTES/GA/TAG, SILA KASI LINK KAT AKU. SEBAB, AKU RE-FORMAT LAPTOP AKU. LUPA NAK SIMPAN SEMUA LINKS KAT BOOKMARK. OMMO~
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
18 comments:
aarrh murahh!!! pos sinii!!!
budak bushuk shaggy !!!!1 :)
sory syg lama x lawat blog..
wah2..dh antar borang ye.. moge sumenye berjlan lancar ye deq..akak doakan yg baik2 aje utk awak :)
okeh..sgt geram tgk inner kt atas.. apesal murh gilo!!!!!! especially yg ade aksesori tuh.. inner shawls yg plg murh akak jmpe ialah rm4.90..itupon plain aje...
akak nak !!!!!!!!!!!!!! arghh....
@Ain Abia : Boleh! Tapi, pos sana bape hinggit? :P
@luvYOU : Yeke lama tak mai? Shag tak BW thru SB dah. Sbb badan tak berapa sehat nak BW thru Sb tu.
Meh lah KL Kak Dilla. Banyak barang murah punya! :D
Kalau saya pakai barang atas tu leh? haha.. len kali nek guna tangga.. baru namanya senaman.. hehe..
@Aretikz : Boleh je! Tiada halangan, bro! :P
Err, tangga bergerak boleh? Kiki.
lawaklah shag ni..len kali hati2 naik lif ye...
rugilah jmpa 3 mamat tak handsome tu;p
shag,yaty doakan shag berjaya ye :)
sayang shag :)
awat murah sangat..ni rasa tergugat ni
hahaha
owh anta borang nak masuk study ye...good luck dear shag..
haa nak request design template dgn cik tom..huhu..rsnya shag punye lg mantap dr cik tom...
@Miss Yaty : Haha. Kalau handsome kan best! Tak adalah malu sgt :P
Thanks, Yaty! Muah kanan kiri. Ouh. Terharu~ Sayang Yaty jugak!
@alinac lover : Haha. Tergugat gilakah, Yong? :P
@CIK TOM : Aah, Cik Tom! Thanks a zillion! :D
Aik. Merendah diri sangat ni Cik Tom. Haip~
uish...jga kesihatan ye..
kracunn mknn tu bahya gk..uuu
@Fxysche Nas : Minum air masak banyak2 insyaAllah okay kot. Thanks sebab concern! :D
moy jgn btaw org tmpt rahsie kite!!
@MollyAhmad : Kau lambat! Aku dah ter-bagi tahu :P
@shag: tak merendah diri la tp mmg betul2 rendah 149cm je..hihi ;)
@CIK TOM : Eceh! Haha. Siap kasi tinggi betul tu! :P
Post a Comment