Sila KELIK untuk penambahan lemak! |
Salam tengah malam, pembaca! Maaf aku pinta sebab semalam aku tak jenguk ke sini. Maaf juga sebab aku tak kemas belog dengan entri baru. Maaf juga kerana aku tidak balas kunjungan anda dari kotak jerit.
Tajuk entri aku hari ini tersangatlah panjang. Meh aku ulang taip, Ana Rafali tak patut menang AJL25 !! Sila baca entri sebelum komen. Semput gila aku taip. Okay, aku tipu. Aku salin dan tampal aja dari atas ke bawah. Kiki.
Nampak gambar di atas? Aku bukan nak cerita pasal Ana Rafali tak patut menang AJL25. Tapi, aku nak cerita pasal gambar di atas. Pada Che Anon, sila baca dahulu sebelum menyerang! Kiki. Saja guna Che sebab malas nak taip Cik/En. Che kan boleh pakai untuk dua dua jantina.
Dalam gambar tu, apa yang korang nampak? Alaa~ Jangan lah tengok trafik aku untuk hari ini, 16 Januari. Rendah gila sebab hampir 2 hari aku tak kemas belog dengan entri baru. Jalan terjah belog pun aku tak buat. Dah 4 hari. Ohh~ Sangat sibuk!
Entri pasal, Ana Rafali tak patut menang AJL25 berjaya kutip trafik paling tinggi sepanjang aku ber-belog. Dua ratus lapan belas orang tinjau kau! Tapi komennya sikit je. Mungkin sebab tajuk aku bagai minyak panas atas dapur tapi isi entri sebaliknya. Muahaha. Yela. Isi entri kan aku nyatakan aku sokong Ana Rafali. Tak ramai yang setuju sebab tu sikit je undi. Eh, komen.
Kalah kot entri paling lama aku, Anugerah 50 Pengikut Pertama Belog ShagComot . Dah nak masuk 2 bulan entri tu. Kalah dengan entri yang baru nak masuk seminggu kot.
Kes, Fahmi dan Elia kahwin pun kalah dengan cerita Ana Rafali tak patut menang ni. Tak sangka, cerita busuk ni laku macam tiket wayang kat GSC Alamanda. Cerita Sheila Rusly pun boleh kalah. Walaupun banyak undi. Sekali lagi, eh! Walaupun banyak komen, tapi tinjauan untuk entri ini rendah.
Tengok pulak aku kat akaun Nuffnang aku. Aku keliklah kata kunci untuk minggu ni. Maknanya, dari aku pos entri pasal Ana Rafali sampai hari ni punya kata kunci lah kan. Korang tengoklah. Boleh di katakan, kata kunci yang ramai orang cari kat belog aku adalah berkenaan dengan Ana Rafali.
Alaa~ Aku tahu, kata kunci aku tak seramai eh, tak sebanyak macam korang korang punya. Berpuluh puluh sampai berpeluh peluh tengok. Kan? Aku berbelas je, tak pun bawah 10 je carian nya. Tapi, aku bersyukur sebab ada jugak benda orang cari kat belog aku. Walaupun kadang kadang, terbukti tak baca isi entri aku :P
Okay. Itu je aku nak cerita. Dalam gambar tu ada banyak cerita. Malas aku nak ulas semua sebab selalunya yang ulas Puan Besar. Hmph. Korang tentu rindu kat Puan Besar Shag Yahaya kan? Buat masa sekarang, dia tak ada. Dia ada meeting kat United Kingdom. Alhamdulillah. Tak kacau entri aku sangat. kehkehkeh.
Psst. Esok, insyaAllah aku jalan jalan terjah belog korang korang yang sudi singgah sini.
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
29 comments:
hehhehe!
@alinac lover : Amboi. Sakan cepatnya mai :P
Hahaha! Tu dia penangan ana raffali ;)
heee~ siyes mmg ramai x puas hati ana raffali mng..=) fiqah pon xtau pasaipa sbb fiqah x layan pon AJL...huu~ ehh..komen xde kaitan ngn n3 plak..sori shag..huhu..
dah smbuh ni.ingat nak tdo kat blog ni je la..hehee
tak nak dgr nma ana raffali,nma shag raffali ada ta??hehheee
mat pagi^^
wahhhh .
banyak orang cari keyword tu ?
pandai main SEO ea ? :)
weehuu ~ kebiasaan orang tengok tajuk.. terus mana nak tengok en3 kalau dah hot.. hehe..
wah!!! penangan ana raffali melonjak tinggi viewer.... ^.^ mesti che anon tu dh malu skunk kn..huhu~~
haha.
tak habis lagi orang carik benda ni ek?
XD
haha...mcm pisang goreng panas~!
hot~!
xsgke rmi gaks yg beminat n tajuk anna raffali neh..
klu taw dieya pon nk wt entry sal dye dulu..huhu~
note:cdapnye mkn pisang goreng ptg2 neh..(alamak.lari topik..ahaks~!)
tahniah ana rafali...
menang keyword tertinggi dekat blog ni hehe
@F.a.S.h.E.e.H.a : Cuba Fa cek Fa punya pulak. Entah2 tinggi melangit. Haha :D
@Fiqah Alias : Ada kaitan nya lah Fiqah. Pasal AR. Kiki :P
@Woofer Storm : Tak ada lah pulak tu =.='
@lassiegewdix : Lassie. Shag mana reti main SEO neh. SEO pun kurang ngerti maksud nya. LOL~
@Aretikz : Haha. Hot hot chicken shit betul.
@:: Zanna :: : Haha. Entahlah. Nasib baik Che Anon tak mai serang kat entri tu. Kiki :P
@..hizamirahim.. : Tak habis selagi ABPH tak berlangsung agaknya =.='
@mALd!EyA : Dieya! Jangan lah sebut pisang goreng. Terliur kot!!
Kan. tak pe. Lepas ni cepat cepat buat entri kalau pasal tak puas hati neh :P
@HAZWAN17 : Haha. pemes beno AR :D
woah, ramai gak yg carik ana R. hehe. laris.
wah! ramainya yang tak setuju ana menang..kesian pulak kat dia tapi tu buat dia lagi femes de lah...hihi..
p/s: shag, ptut lah dah tukar watermark dah taknak tunjuk identiti dah ye? hihi ;p
perghhhh..siap keyword benci ana raffali!!! ish3....
wow !!!
masuk2 jeh tgk header shag bushuk nih GARANGNYEEEE !!!!!!!!! :D
takuttttt...wuuuuuu..... hehehehehehe
tak habis2 eh ngn org yg salah komen tuh..hikhik..shag nih comellah..alahai..
shaggy..ble nk jmpe nihh....haih.. :)
@Pinky Pixie : Tau tape! Pemes sakan dia :D
@Miss Yaty : Tulah. Kesian sebab dia pemes sebab orang benci. Adoi.
p/s : Aah, Yaty. Sebab Cik Tom ada pos satu entri hari tu. Terus terdetik hati mengia kan kata kata Cik Tom tu ;)
@luvYOU : Garang ke Kak Dilla sayam? Kata kata nota penting tu ke? Hiks :P
Haha. Saja je. Dah tade idea sangat nak hapdet entri. Kiki.
JOM! Err, tunggu Shag ada duit?
ana rafali mmg tk ptot mng , sbb dye nyanyi ape pon sye tk dgr . konon2 lunak la tu suare . emm yuna ptot mng or faizal tahir . grr . marah nih . haha :DD
@saya shea : Haha. Time tu ada masalah kan. Keke. Rezeki dia ;)
Post a Comment