11 January 2011

Nasihat untuk peninggal jejak.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Wajah SB baru aku. CHUN tak?

Salam senja, pembaca!

Aku nak bagi nasihat sikit. Bukan pasal isu panas tu. Bukan bukan, kabi nehi.

Korang korang si peninggal jejak pasti singgah belog belog sambil tinggal jejak kat SB atau nama panjangnya ShoutBox. Kalau boleh, semua belog kau singgah kau nak dorang ada SB. Kalau tak ada korang bagi tahu dorang, 'Letak lah SB senang nak terjah'

Aku pernah buat macam tu jugak. Suruh dorang letak SB. Yela. Dia dah mai belog aku melalui SB. Bila aku tegur dia kat belog dia, SB pulak tak ada. Nak komen entri, aku tak ada idea nak komen apa. Sebab, aku tak paham apa yang cuba di sampai kan. Mungkin terlalu pendek ceritanya dan tak ada klu. Mungkin jugak, sebab aku first time terjah.

Okay, lari tajuk.

Aku nak cakap. Kalau korang datang belog aku ni dan nak balasan terjahan dengan kadar yang segera, korang komen entri aku. Kadar segera di sini bermaksud, balasan pada hari yang sama. Sebab, aku geledah SB dua atau tiga hari sekali. Maknanya, aku akan terjah kawan kawan melalui SB 2 3 hari sekali.

Kotak entri aku dah cantik da. Meh lah komen ;)
Cantik apa entah~

Aku banyak ikut belog. Tak pasti berapa bilangan. Dan bila aku online belog, berlambak entri terbaru. Aku nak baca setiap entri dah makan masa lama jugak. Nak buat entri satu untuk belog aku pun, makan masa jugak. Dan masa aku untuk ber-belog aku terhadkan. Jangan ingat aku tak kerja, aku tak belajar aku ada masa 24 jam ngadap belog. Jadi, masa untuk terjah kawan kawan dari SB memang kadang kadang tak sempat.

Kalau ada tagged belog ini untuk sebarang kontes, giveaways, anugerah dan tags, korang tinggal jejak bersama link di entri aku. Tak kira yang mana entri pun. Okay?

Harap tiada sesiapa terasa atau benci aku lepas ni. Kalau tak suka entri ni, cakap. Aku takkan remove-kan entri ni pun tapi aku cuba perbaiki mana yang salah tu :P

Bye~



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

20 comments:

scripter of us said... BALAS

2 thumbs 4 u

najihah sahami said... BALAS

hak2..sama la shag...hehe..

Mrs Nurul said... BALAS

HUHU AKU TAK BERAPA TGK SB AKU..AKU AKAN TGK ENTRI ENTRI TOP COMMENTATOR DAN KOMEN DALAM BLOG JER..HUHU =)


ENTRI MANTAP & MELETOZZ :
# RAKAM VIDEO PEREMPUAN KENCING#
# HAPUSKAN RASA BENCI#
# CAWAN AJAIB UNTUK PEREMPUAN SAHAJA#

nazirulhazwan~ said... BALAS

nak bgtau, Sb baru punye katoon tu lawa dow

Cik SCC said... BALAS

yeah..betul jugak tu. Tak semua blogger ada masa 24jam depan laptop.
Tapi untuk Comot,masih ada waktu sementara menganggur ni utk jejak balik ikut SB..hehee

Aretikz said... BALAS

Aku lebih pentingkan orang yang komen berbanding di Sb.. hehe.. dulu maybe yes.. semakin lama di dunia blogging.. semakin banyak mengajar kita kan? hehe..

Unknown said... BALAS

xpernah ada SB

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@scripter of us : 4 thumbs up for u! Kiki :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Kiki. Yay. Sep sikit ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@░♥si lampu neon♥░ : Kan? Sebab dorang sekadar singgah. Kadang2 auto BW je. Tu yang malas nak BW thru SB. Haih~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nazirulhazwan~ : Kiki. Katun LP tu Naz! Kiki :D THANKS, Bro!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@sicomot-comel : Shag ada jejak jugak thru SB tapi had kan masa. Untuk lebih menghargai si pengkomen ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Aretikz : Aah. Shag cuba hargai kedua dua pihak cuma pengkomen is my priority ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@E.d.Y : Woah~ Tak apa. Sebab trafik mmg dah kebabom! :P

ardinihumaira said... BALAS

perkara dni buat rasa bersalah kalo letak SB...

1) dni tak tengok SB. tengok sebab terpaksa... sebab blur takat orang tinggal 'singgah' dan tahu tak.. mereka boleh buat semua tu tanpa bw... cuma guna 1 software. jadi, malas nak kasi orang pemalas cemtu berleluasa... biar bw secara sihat

2) dni dapati sekarag ramai suka letak link churp2 kat shoutbox. maknanya kita nak bw tai klik ke link churp2 lak. sama macam diorang praktikkan untuk youthsays dolu kala... tu pasal agak frust...



tips dni... kalau belog tade SB... dan entry latest dia buat kita blur... dni akan godek entry lain tak kisah la entry 2 3 hari lepas asalkan boleh komen ^___^

apa yang best... pengkomen la yang banyak bagi kita support.. ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ardinihumaira : Haa. Tergerak hati jugak nak remove tapi, biar jela. Macam comel pulak katun tu. Hahaha :P THANKS, Dni share tips ni.

No name said... BALAS

ada org cakap SB nie menyusah kan... tapi aku tak shu ssh tang mana...

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Lizzie Yasmin : Menyusahkan part nak cam mana auto BW mana yang manual. Hehe ;)

Bella said... BALAS

sokong en3 shag ni...

tp kekadang tu ade jugak yg bg url email bkn url bl0g..
da x bley nak jejak balik kan..adey2

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Bella : Haa~ Tu lagi satu kes berat. Tak kan nak email mintak URL belog dia pulak kan. Buang masa! :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot