03 November 2010

25 rahsia aku di canang dengan percuma di sini!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




UPDATE 23 April 2012



Salam pagi Rabu, pembaca!

Yay. Aku di tagged oleh Cik Lin untuk membongkarkan 25 rahsia hidup dan mati aku secara percuma. Oh nehi nehi. kabhi nehi. Rahsia mati tak boleh bongkarkan. Sangat mengaibkan. Uff. Jadi, ayuh kita sama sama lihat apakah dia 25 rahsia hidup aku ;)
  1. Aku beranak di lahirkan dekat rumah. Pakai bidan je. Sebabnya, aku tak bagi amaran kat mama awal awal suruh p hospital. Hahaha.
  2. Lepas tu, aku kena tahan dekat wad hospital seminggu ke dua minggu sebab aku kena demam kuning. Haiyak!
  3. Mama cerita, kalau aku lambat keluar dari perut mama, aku mungkin dah Innalillah lame. Sebab, tali pusat melilit leher aku. Ommo. Alhamdulillah aku still hidup.
  4. Waktu aku budak budak besar Hagemaru, aku tak suka adik perempuan aku tu, Baby.
  5. Aku banyak kali ponteng mengaji, lari p Kafe Siber. Lama lama kantoi sebab Tuan Haji call rumah tanya kenapa aku dah lama tak datang mengaji. Harharhar. [zaman kanak kanak lah]



  6. Aku pernah masuk ekspedisi dengan kawan kawan abah waktu umur 10 tahun. Ktorg p redah* Gua Tempurung, tangkap udang. Pergh~ *panjat naik, merangkak dalam sungai yg cetek penuh dengan batu tajam.
  7. Aku tak suka pakai baju yang ada brand tinggi tinggi. Sebab, bagi aku harga sangat tak berpatutan dengan design. Orang cakap yang penting kualiti. Aku cakap yang penting luaran!
  8. Sama dengan Nurul, dulu aku benci gila kaler merah jambu. Tapi, tak tau lah kenapa sekarang macam banyak pulak barang aku kaler merah jambu.
  9. Bak kata Hannah [best friend aku], aku ni ada perasaan yang terlebih lebih. Contohnya, asik ada crush je. Kat tepi jalan TAR pun aku ada crush. Hohoho.
  10. Aku susah nak buat kawan dah lepas kes aku kena tikam belakang oleh orang yg pernah masuk dalam My Best Friend's List aku.


  11. Pernah putus cinta sebanyak 2 kali, Dua dua tinggalkan aku sebab perempuan lain. Nampak sangat dorg bukan untuk aku.
  12. Aku frust menonggeng atas tilam seminggu, tak berhenti menangis bila latest ex-bf aku blah. Haha. Dah setehun beberapa hari aku membujang.
  13. Aku tak selalu bagi hadiah kat kawan aku. Sebab, aku tak reti pilih hadiah untuk dorg.
  14. Aku mula belajar kayuh basikat roda dua waktu umur aku 12 tahun.
  15. Aku tak boleh makan pedas. Bagi korang tak pedas tapi bagi aku itu dah boleh buat aku tercirit berbirit. Bayangkan yang pedas buat korang menangis tu. Aku agak agak nya macam mana eh? Haila.
  16. Aku mula terjebak dengan permainan boling pada umur aku 16 tahun.
  17. Waktu umur 17 tahun, aku masuk Majlis Sukan Negara [MSN]. Jurulatih aku suruh tukar bola baru. Dia paksa aku pilih bola yang berat 14lbs. Bayangkan dari 10 berhijrah ke 14? Tangan aku membesar sebelah.
  18. Aku ter-crush dengan jurulatih boling aku tu. Tak hensem tapi pro kot main boling. Hikhik. Dia dah berkahwin ye. Anak dia comel!
  19. Mata aku punya kuasa silau yang tinggi. Lepastu, tak boleh pakai kaca mata sebab nanti aku pening tahap babun dalam kandang!
  20. Aku suka gigit kuku bila gelabah! Kaki pulak tak berhenti henjut.



    UPDATE 23 April 2012
  21. Aku gayat!! Tapi, gayat aku pelik. Sebab, bila naik bangunan|tempat tinggi aku tak takut bila pandang bawah, tapi takut bila pandang atas!
  22. Aku gayat bila naik eskalator sengsorang. Tade orang sebelah, depan dan belakang. Terasa macam ada orang tarik aku dari belakang, tolak aku dari depan.
  23. Aku baru sekali je merasa pakai firsthand handphone, bukan tangan-kedua atau secondhand. Malangnya, Along tolong hilangkan handphone tu. Terima kasih.
  24. Aku tak pernah pakai eyeliner hitam, maskara, fake eyelashes, malah foundation pun tak pernah. Kenapa? Sebab, kulit aku lain dari korang. Bila pakai foundation, kulit aku jadi gelap even aku beli yg cerah sikit dr kulit muka aku. Aku tak boleh pakai eyeliner sebab kelopak mata aku akan tutup garisan celak tu bila bukak mata.
  25. Aku amik masa dua jam nak siap kan entri ni sahaja. Adohai bonda ku!



  26. Aku terus lompat dari nombor 5 ke 25 sebab dah tahu apa nak tulis kat atas ni. Kiki ;Pp
  27. Eh, tak sedar dah lepas limit lah. Terasa macam tak cukup je 25 rahsia. Siap terlajak sampai ke 27. Hahaha ;DD
Haa. habis 25 rahsia pasal aku. Korang bace tak? Penat je aku dok pikir rahsia aku. Sebab, aku ni banyak sangat rahsianya ;Pp

Sape nak amik lah buat kat belog. Hikhik ;)


Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

6 comments:

Lin said... BALAS

hahaha..buat jugak..tag sape?

eiela said... BALAS

hehe,,saya pun kena tag jugak 25 rahsia nih kat sorang blogger tuh,, xtau nak buat bila..

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

Lin :
Semalam dah janji arini nak buat. Lame tuu amik masa ;Pp Err, tade idea. Sape sape jela. Haha ;DD

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

Eila :
Buatlah. Hehe. Hentam je. Kena tunjuk kan kat blogger tu kita appreciate dia. Dia ingat kita lah tu sebab tu tag kita ;)

zainabzawawi said... BALAS

Aku baru nak buat :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@zainabzawawi
Buat lah weh! Boleh aku baca. Hiks ;Pp

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot